Sensation Seeking on Ramadhan 9

Ramadhan ke 9, datang mu penuh kegembiraan, alami mu penuh kepayahan.... 

Cuba butakan mata, pekakkan telinga, butakan hati, namun Allah sahaja yang tahu akan kelemahan diri yang jahil ini. Tergoda juga,,, berperang dengan jiwa sangat susah di kala memasuki universiti Ramadhan ini. Cuba sedaya mungkin. Namun tewas di awal Ramadhan jua. Salahkan diri ini.... dek usikan media sosial yang menggila mencairkan nafsu.


Lonnglai dan terus kaki membiarkan jajari menggerakkannya sendiri bagai di hijack. hahaha.... parah dalam kelam. Bila mata memandang satu persatu nafsu bergelora. Mahu menghapus kan bagi punah dek hawa nafsu yang menggila. Kuatnya iman kuat lagi nafsu mencabar. 

Aduiiihhh... pasrah! bagai jatuh terhempuk, Ramadhan menjangkau ke 9, tanpa tahan punah jua akhirnya. Mana tingkat puasa mu khusus.... belum mampu kesampaian para nabi para wali.... hati mu masih hitam, mensuci dan disuci mesti dibuat jika mahu dirimu didekati Ya Qarib

Iman mu tidak sekuat nabi mu, iman mu masih digenggam nafsu, kamu bukan siapa? masih jauh diperjalanan.... bersimpang siul harus diterjah, jangan mudah mengalah. Pilihlah nakhoda yang tepat, agar dapat membimbing ke landasan keredhaan. Bukan siapa bukan apa, sunnah dan Al Quran itu adalah tetap. Tataplah ia setiap masa, ikutilah ia setiap saat. Agar jiwa mu mampu menahan gelora. Ikutlah sunnah ia penghulu mu... 

Belum terlewat, dan Dia tidak pernah menghukum. Tadah la belasnya, sucilah hati mu dengan godaan dunia dan nafsu. Jauh lah langkah mu melahirkan diri dari dunia mu. Ia bukan kamu meninggalkan dunia, namun dekatkan diri mu kepadaNya, dunia akan mengejar mu. Betul! ia benar sudah dinyatakaNya dalam surah Muhammad ayat 7:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
 
"Hai orang-orang mu'min, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."

Mana mungkin Dia menipu mu, tidak pernah Dia memngkuri janji. Ikutlah pesannya Al Quran dan sunnah menjadi pegangan. Insyaallah kelak bahagia akhirnya!

2 comments:

  1. "Hai orang-orang mu'min, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."


    deep :lv

    ReplyDelete
  2. Nice entry and good reminder. Salam Ramadhan 😊

    ReplyDelete

Powered by Blogger.