Hilang

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum... salam sayang....

HILANG // Dah seminggu duk cari kunci-kunci almari dalam bilik ofis saya.... tak tahu la, mana adik Zara letak... duk cari tak jumpa-jumpa... bila tanya dia memang dah lupa letak kat mana..... memang bersepah bilik bila diserang adik, diserang kakak okey lagi... kakak dah besar dia dah pandai kemas...


Letih maknya... Hari ni kena serang lagi, saya tak hantar dia ke tadika pagi ni, terpaksa kunjung pusat kesihatan lagi. Kelmarin saya yang ke sana, hari ni adik dan daddy pula, kesihatan tak berapa nak okey, Allah sayangkan... 

Bila di pusat kesihatan jumpa rakan-rakan ofis. Masing-masing bawa anak yang juga tak sihat! Ingatkan saya sahaja. Kata rakan aka senior saya, anaknya muntah-muntah dari kelmarin,,,, erm... samalah dengan suami saya, pagi tadi muntah-muntah, sampai sini pun masih muntah kat luar tadi.... masa nak keluar rumah pagi tadi jiran ada tegur suami saya kenapa sebab dia lalu depan rumah suami saya tengah muntah kat tepi longkang..... katanya, anak dia pun tak pergi sekolah juga ni, sama muntah-muntah....

Haish.... kami makan makanan yang sama semalam, tapi suami saya yang kena.... kata senior saya pun sama.... makan makanan yang sama, tapi anaknya yang muntah-muntah.... flu la tu kak! 

Simboliknya: kerana Allah sayang! flu itu cuma asbab, Allah akan panggil hambaNya dekat dengannya dengan mendatangkan pelbagai ujian.... terima dengan redha insyaaAllah akan tenang..... kata cikgu saya:

Salam, kuman itu makhluq Allah yg dicipta oleh ya kholiq, dihidup oleh ya muhyi. Hanya boleh dimatikan olh ya mumit, antibiotik atau ubat tidak boleh mematikan.. seru byk2 nama ya mumit insyaAllah Allah matikan kuman.. zikir 1000x insyaAllah, Allah suka hambaNya byk menyebut2 namaNya. 
Sekiranya kita yakin ubat dan antibiotik mampu mematikan kuman bermakna kita telah menafikan keesaan Allah dlm mematikan makhluqNya dan ini akan mendpt murkaNya. Doalah 'Laailahaillallah, Ya Allah ya Muhyi ya Mumit, daku menafikan ada makhluq yg mampu mematikan kuman melainkanMu ya Mumit, cukuplah hanya kepadaMu saja kami letakkan pergantungan ya Somad'.

Saya ada juga macam ni disebabkan batuk yang tak mahu nak berhenti, kelmarin saya pergi ambil ubat batuk. tapi baru sebiji makan.... doktor ada tanya "nak antibiotik tak" saya cakap "tak payah la doktor"... dia bagi ubat biji sebab saya kata nak ubat biji.... bila tengok pada belakang ubat tu 10mg.... erm... boleh untuk ibu mengandung!.... malangnya, semalam dan hari ni memang tak lalu dah nak makan ubat batuk tu.... membazir saya rasa.... 

Nak tak nak harus bergantung pada Allah Ya Somad.... sebab hanya itu sahaja jalannya! Dia yang memberi sakit dan dia juga Ya Salam Yang Maha Menyembuhkan.... 

Bab kunci almari bilik saya, masih dalam pencarian.... Nasib baik tak ada perkara penting dalam almari-almari tu..... Kena zikir Allah Ya Alim, Ya Muid, Ya Mujib banyak-banyak ni.... 

Biar hilang kunci, tapi jangan hilangkan Allah di dalam hati.... 

2 comments:

  1. Ubat tu usaha kita untuk sihatkan ;) yg menyembuh itu Allah. Smoga kak sheila dn kluarga dlm keadaan baik :) Amin..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.