Tazkirah : Allah Gembira Menerima Taubat Hamba

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum, salam sayang,

Daripada  Abu Hamzah Anas bin Malik al-Ansari RA – khadam Rasulullah SAW – menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda  : 

Sesungguhnya Allah lebih gembira menerima taubat hamba-Nya ketika dia bertaubat kepada-Nya, daripada kegembiraan seseorang yang mengendarai binatang tunggangannya, kemudian binatang tunggangan itu hilang di padang yang luas, sedangkan di atas binatang itu bekalan makanan dan minumannya hingga dia rasa berputus asa daripada menemuinya kembali. Lalu dia berteduh di bawah sepohon kayu dengan perasaan putus asa daripada mendapatkannya kembali. Dalam keadaan itu, tiba-tiba muncul di sisinya binatang tunggangannya yang hilang tadi dan dengan segera dia memegang talinya seraya berkata dengan penuh gembira, “Ya Allah, Engkaulah hambaku dan aku tuhanmu,” dia tersalah sebut kerana terlalu gembira. (Sebenarnya apa yang hendak disebut ialah Engkaulah tuhanku dan aku hambamu). (Riwayat Bukhari dan Muslim)

koleksi peribadi

😊😊😊

Huraian Hadith: 

1.     Gembira bagi manusia adalah perasaan yang timbul dalam hati disebabkan tercapainya apa yang diingini manakala bagi Allah gembira adalah salah satu sifat yang layak bagi-Nya dan ia bukan seperti kegembiraan makhluk.

2.       Allah swt suka menerima taubat hamba-Nya dan menyuruh mereka sentiasa bertaubat dan penerimaan taubat hamba adalah salah satu rahmat Allah yang besar.

3.            Kesalahan yang tidak disengajakan tidak dianggap salah dan tidak berdosa.

4.     Allah sangat gembira menerima taubat seorang hamba melebihi kegembiraan
        orang yang mendapat kembali barang yang disayanginya.


Wallahua’lam


2 comments:

Powered by Blogger.