Ilmu Itu Perlu Jujur Mempelajari

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Life long journey... Rasulullah saw juga mengungkapkannya selagi mana hidup itulah pelajaran kita. Selagi mana jantung tidak berhenti berdenyut itu la ilmu... Setiap hari ada sahaja ilmu baharu yang dipelajari... Namun, setiap zarah ilmu yang masuk dala diri mahunya ke jiwa dan roh supa ia kekal untuk bawa kita ke jannah...

Jujur
Itu perkara sekali tengok ada apa dengan "kejujuran". Kejujuran itu adalah tanda aras kita yang bergelar abdi. Abdi itu akan membawa kepada taqwa! Semoga apa jua ilmu yang kita dapat dan pelajari biarlah ia jujur mendapatkannya. Baru tersemat di sanubari. Dari mana sumber ilmu jujur untuk diambil, jujur untuk mempelajarinya.... 



Susah sangat ke nak berlaku jujur?
Bukan susah tapi kena bijak. Bijak mendapatkan ilmu. Back to Al Quran dan Sunnah. Apa yang Allah cakap dan ajar dan apa yang Rasulullah saw sharing. Rasulullah saw bukan seorang pendidik namun bagin seorang yang berkongsi. Mendidik dan berkongsi satu perkara yang mungkin sekali tengok nak sama tapi bila tengok dengan mata hati ia sangat jauh bezanya. Berkongsi apa yang ada dalam dirinya dengan kasi sayang Allah Ya Rahman Ya Rahim, Dan baginda tidak pernah merasa dirinya hebat bijak pandai kerana baginda sedar baginda adalah abdi. Abdi kepada Allah swt. Kalau Metod yang baginda gunakan membezakan baginda berkongsi dengan mendidik. Perkongsian ilmu yang baginda gunakan dengan penuh kejujuran dan wasatiah. Tidak pernah memaksa sesiapa sahaja yang mahu menerimanya. 

Ilmu dunia semua ilmu Allah. Tiada satu pun ilmu yang lahir di dunia ini diciptakan oleh makhluk. Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid yang menguasai semua ilmu kerana dia Ya Malikul Mulk, Ya Dzul Jalali Walikram. Setiap ilmu tiada salah hanya makhluk sahaja yang tidak menggunakan ilmu tersebut dengan baik. Sampaikan ilmu walaupun sepotong ayat. Itulah perkongsian. Jujur dari hati ikhlas dari hati tanpa ada riak dan ujud dengan pinjaman semata. 

Salam Sayang
Diri ku yang fana lagi hina..... 




2 comments:

Powered by Blogger.