Sapu Kabus Hati

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah... salam sayang....

Lumrah, bila hati ada titik hitam suka tengok orang daripada tengok diri sendiri... semoga kita dicuvi dan dibersihkan dengan titik-ttik hitam yang bertitik semakin lama semakin menebal jika tak dicucikan....

Mula lah nampak orang yang salah itu dan ini.... Jangan banyak mengomel, makin menebal nanti titik hitam itu. Terima apa yang Allah dah tentukan baik atau buruk hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui apa yang ditentukannya....

Allhauakhbar, bukan apa teguran juga untuk diri sendiri yang sangat naif ini.... Banyak merungut semacam tidak terima apa yang sudah diberikan. Kenapa begitu dan kenapa begini? Bila tak faham hati mula merungut ini salah, ini yang betul.... 


Mula nampak orang yang silap, hanya diri sendiri sahaja yang betul. Bahaya jika tidak dibendung dan disucikan. Takut nanti memakan diri sendiri. Cuba bertenang, fikir sejenak. Apa yang berlaku, terjadi adalah milik Allah Yang Maha Memiliki dan Yang Maha Mengatur.... Dia Ya Malik Dia Ya Baari' membuat semuanya perancangan bagi menguji sejauhmana iman sejauhmana keteguhan hambaNya terhadap ketentuan yang ditentukan olehNya. Dan semua itu adalah Qada dan QadarNya....

Sejauhmana keteguhan dan kepergantungan serta kepercayaan kepada Rukun iman anda? Cuba periksa dalam hati? Bukan salah itu dan ini! Allah Yang Maha Segalanya. Senang sahaja untuk menguji iman hambaNya!

Bak kata biar berkabus di luar jangan berkabus di hati. Jika ada kabus menempek harus cepatnya sepsntasnya di lap. Jangan disimpan, kelak jalan pun tak nampak.... Tersadong tersepak jika gelap di hati... 



2 comments:

Powered by Blogger.