Kenyataan Akhbar Tentang Penyalahgunaan Bauce Buku

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

sumber google

MAKLUMBALAS TERHADAP PENYALAHGUNAAN PROGRAM BAUCER BUKU 1 MALAYSIA (BB1M)

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedia maklum tindakan pihak pekedai dan pelajar dalam pelanggaran peraturan program BB1M seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar pada minggu lalu. Kementerian juga telah mengeluarkan mengenai perkara tersebut.

Pada masa ini Kementerian terus melaksanakan tindakan pemantauan termasuklah melalui cara penyamaran. Maklumat yang diperolehi akan digunakan untuk melakukan siasatan lanjut sebelum keputusan dibuat untuk menyenarai hitam pekedai dan pelajar yang terbabit.

Kementerian tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang tegas. Sehingga kini sebanyak 4 kedai telah disenarai hitam kerana pelanggaran peraturan program BB1M.

Kementerian mengalu-alukan maklumat dari mana-mana pihak yang boleh membantu penguatkuasaan dilakukan untuk membenteras penyalahgunaan yang berlaku.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
Putrajaya
5 April 2016



2 comments:

  1. kemudahan yg diberikan ada saja manipulasinya ya...

    ReplyDelete
  2. biasalah manusia bila dah diberi kemudahan banyak pulak onarnya.. hurmmm..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.