Perjalanan Hidup Kita Tak Sama

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah...
Baharu dapt buka blog. Banyak sangat agenda pada pagi tadi. Seperti biasa pergi hantar anak sekolah, terus ke pusat sukan jogging. Lama juga di sana, mandikan bersihkan diri. Dah dua hari guna kemudahan di pusat sukan ni sangat selesa bagi saya. Allhamdulillah. Dengan toiletnya yang besar, ada 3 jenis toilet, mandi, salin pakaian dan tandas biasa. Walaupun sunyi tetapi memberanikan diri jua. hehehe.... "no thinking".


Meneruskan urusan harian, sempat lagi melencong ke car boot car. Meriah sangat. Jamu mata. Baru dapat masuk bilik kat ofis. Allah Ya Fattah Yang Maha Membuka, bukan hijab dan jalan hidup ke ke jalan yang benar, Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq.


Mood duk chapter 4.... semoga cepat habis sebelum September. Banyak kena belajar dan belajar. Saya bukan pandai pun. Dan memang tak pandai. Allah sahaja yang Maha Pandai. Semoga dibuka kan jalan untuk saya memahami apa yang dibuat. Kalau diberi pilihan seperti mereka mahu sahaja meminta dan membayar sesiapa sahaja untuk mengajar saya. Tak apa la memang ini takdir saya. Mohon untuk kuatkan hati dengan penuh kesabaran apa yang ditakdirkan. Allah Maha Mengetahui dan lagi Maha Bijaksana.


Rasa nikmat yang diberi gembira melihat mereka gembira sudah cukup. Senang hati. Bila resah berbicara dengan makhluk Allah yang lain, berbicara dengan Allah, berbicara dengan zikir. Sudah cukup tenang. Hebat sungguh,,,,, Nikmat Allah yang diberi dengan ketenangan hati sangat menakjubkan.

Namun adakala juga, apa yang Allah bagi lihat dan dengar sedikit melemahkan semangat. Kenapa kita tak macam mereka? Kenapa mereka begitu? Kita tak pernah pun ada peluang seperti mereka? Memang itu la syaitan bila ada detikan di hati. Syaitan mula meracuni jiwa. Kuatkan senmangat untuk menjauhi bisikan-bisikan syaitan.


Kerana apa yang Alah takdirkan buat hambaNya adalah terbaik. Kadang kala jika sentiasa fikir kenapa kita begitu dan begitu? Walaupun kita tak tahu sebenrnya orang yang senang itu juga banyak masalah dan dugaan mereka lagi banyak.

Apa yang terbaik adalah hati kita. Jika hati kita ok maka ok lah hidup kita walaupun sesusah bagaimanapun kais pagi makan pagi pun, jika dia rasa itu adalah terbaik baginya. Dia tdak akan rasa membebankan. Dan,,,, gembira lagi tenang mereka hadapi.



~entry pending 2 hari lepas~
Rabu 24/2/16



2 comments:

Powered by Blogger.