Status Pakaian Terkena Najis Suci Dengan Mesin Basuh

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Jom kita dengan penjelasan cara mencuci pakaian yang terkena najis dan tidak terkena najis menggunakan mesin basuh automatik dan semi auto,,,, 


Bagi ibu yang ada anak kecil ia penting untuk pengetahuan bersama..... 



SAYA ingin bertanyakan soalan mengenai status kesucian pakaian bernajis yang dibasuh bersama dengan pakaian kotor lain dengan menggunakan mesin basuh. Adakah pakaian itu suci untuk dibuat bersolat walaupun setelah hilang warna, bau dan rasa?

Saya musykil kerana pernah terbaca yang mesin basuh tidak menggunakan air mengalir tapi air yang akan bertakung dalam mesin itu, apatah lagi kuantiti airnya lebih sedikit daripada isipadu dua kolah untuk menyucikan sebarang najis. Jadi, apakah pula status pakaian suci lain yang turut dibasuh bersama pakaian bernajis itu?

JAWAPAN:
Kekotoran biasa yang ada pada pakaian seperti daki, debu, sisa makanan seperti kuah dan sebagainya tidaklah termasuk dalam kategori najis. Oleh itu, pakaian dengan kotoran seperti ini boleh dimasukkan ke dalam mesin basuh. Namun bagi sisa makanan, seelok-eloknya dibasuh sedikit terlebih dahulu atau dikikis terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh dan bercampur dengan pakaian lain.

Adapun pakaian yang terkena najis, maka tidak seharusnya dimasukkan ke dalam mesin basuh dan dicampur dengan pakaian kotor yang lain. Contoh najis adalah seperti tahi dan sebagainya. Jika pakaian bernajis dimasukkan ke dalam mesin basuh, maka najisnya akan melarut dalam mesin basuh dan terkena pada pakaian yang lain.

Oleh itu, najis yang ada pada pakaian hendaklah dibuang terlebih dahulu, dibasuh sehingga hingga zat najisnya kemudian barulah dimasukkan ke dalam mesin basuh.

Begitu juga bagi pakaian anak yang terkena kencing. Tidak seharusnya pakaian yang terkena air kencing terus dimasukkan ke dalam mesin basuh. Sebaliknya pakaian tersebut hendaklah dijirus dan dihilangkan bau air kencing kemudian barulah dimasukkan ke dalam mesin basuh.

Dalam aspek najis, najis yang biasa berlegar dalam masyarakat kita ialah najis mukhaffafah dan najis mutawassitah. Najis ini hendaklah dihilangkan zatnya, warnanya dan baunya. Itulah yang paling baik. Apapun, basuhan terhadap tempat najis pada pakaian adalah penting dan perlu dilakukan sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh.

Sumber : UtusanOnline




2 comments:

  1. Alhamdulillah jelas dan nyata...terima kasih ye kongsi..ulangkaji..kadang kita terlepas pandang..

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang amat bermanfaan. Ramai yang terlepas pandang soal ni.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.