KEMANGKATAN DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA KEDAH

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Dengan sedih dan dukacitanya dimaklumkan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah,Tunku Haji Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah, telah mangkat di Wad DiRaja, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Kedah pada pukul 1:00 pagi, hari Ahad, 29 November 2015 Masihi, bersamaan 17 Safar 1437 Hijriah.

Jenazah Almarhum Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah akan disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit, Alor Setar bagi istiadat penghormatan terakhir.

Bagi istiadat penghormatan terakhir untuk orang awam adalah pada jam 1:30 tengah hari hingga 2:30 petang, manakala untuk Kerabat dan Kenamaan adalah pada jam 2:30 petang hingga 3:30 petang.

Jenazah akan dibawa ke Makam DiRaja Langgar, Alor Setar Kedah untuk istiadat pemakaman pada jam 4:45 petang.

Sebagai menghormati kemangkatan Almarhum Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah, Kerajaan Negeri telah mengisytiharkan Negeri Kedah berkabung selama tujuh (7) hari bermula pada 29 November 2015 hingga 5 Disember 2015. Bendera Persekutuan dan Negeri hendaklah dikibarkan separuh tiang selama tiga (3) hari sehingga 1 Disember 2015. Semua acara hiburan, keramaian dan perayaan dibatalkan dalam tempoh berkabung tersebut.

Marilah sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah S.W.T, semoga roh Almarhum Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para syuhada dan solihin. 

Al-Fatihah


1 comment:

  1. al-fatihah buat almarhum...

    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #20 dan blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2015/11/senarai-url-blog-20.html

    ReplyDelete

Powered by Blogger.