Cerita Ku Kuew Teow Goreng

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah, rezeki malam....


Keuw Teow Dalam Hidup Ku
Menu malam makan depan tv ler encik husband tengok bola.... Jarang masak keuw teow atau mee kuning sejak mak ayah pencen.... nak cari yang orang Melayu buat susah....

Saya dibesarkan dengan kue teow... Dah sejati dalam diri ni! Korang suka tak makan kue teow.... Umur 7 tahun saya dah dilatih cuci beras dalam besen besar untuk buat kue teow. So, life saya budak-budak seronok di samping kue teow, kerana ayah dan mak saya pengusaha kilang kue teow.... Pada ketika itu ayah dan mak saya merupakan satu-satunya pengusaha bumiputera. Walau bagaimanapun, kilang terpaksa ditutup kerana tiada pewaris, dan persaingan zaman 2000an semakin mencabar! tak sama seperti zaman mula-mula mak dan ayah saya membuka kilang kue teow pada tahun 80an dahulu.... Saya dan adik setuju sahaja kalau mak dan ayah pencen daripada mengusahakan kilang tersebut, memandangkan kami dua-dua pun ada kerja sendiri. Sesungguhnya Allah jua Yang Maha Menyusun segala ketetapannya untuk kita semua!

Apakan daya, rezeki Allah dah tertulis..... So, banyak perit suka dan duku di kilang kue teow tu.... Dan di situlah mendewasakan saya! Seronok, Allah menganugerahkan rezeki yang baik. Setiap kurniaannya adalah terbaik untuk kita semua.


Saya dan Kue Teow Tak Boleh dipisahkan

Sampai sekarang saya suka makan kue teow.... dan kue teow bumiputera memang ingredientnya tak sama dengan bukan Islam... Sebagai pengusaha kita tahukan! bukan ramai pengusaha kilang kue teow bumipututera kat Malaysia begitu juga mee kuning. 

Disebabkan arwah atuk saya pengusaha kilang mee kuning, dan saya seluruh keluarga di besarkan juga di kilang mee, sampai sekarang la memori kami sepupu sepapat masih ingat la masa kerja tolong nenek dan atuk di kilang mee.... Disebabkan itu juga kami sepupu sepapat memang rapat macam adik-beradik....


Memori Kilang Mee

Memori besama membesar bersama di kilang mee dan kue teow tak mampu kami lupakan.... Seronok macam-macam telenovela ada! Apa pun mesen mee arwah atuk masih ada walaupun dah buruk! itu kenangan untuk kami semua! Saya cucu sulong dan mak saya anak sulong dalam legasi keluarga kami. So, banyak yang saya lalui di dalam kilang-kilang tersebut. Di situlah mengajar kami erti hidup dan kekeluargaan, kasih sayang sayang, tanggungjawab dan sebagainya. 

Semoga Allah mencucuri rahmat arwah atuk dan nenek dan ditempatkan mereka di kalangan hambaNya yang bertqwa.... 

So korang suka ke idak makan kue teow goreng atau kue teow sup! Kalau saya memang fav. makan kue teow sup juga! tapi kue teow sup siam atau juga orang panggil kue teow celup! perghhhh sedap weis kalau kena yang sedap la....




Legasi Pak Lah Mee

Kalau mee pula, kami satu family besar "anak cucu Pak Lah Mee" memang suka makan mee kuah! huhu.... itu resepi yang diwarisi dari arwah nenek kepada mak saya dan makcik-makcik saya! hehehe.... kalau balik cuti berkampung kat kampung mesti aje ada trip makan mee kuah rumah makcik or pakcik saya itu kalau tak rumah saya la....


Resepi Nenda

Mee goreng lak, resepi arwah nenek la paling sedap! Saya masih ingat kalau sebulan sekali arwah atuk akan sedekahkan pada jemaah masjid di kampung saya.... so kalau kena giliran rumah arwah atuk, nenek saya akan goreng mee kuning... Saya ada je menyibuk kat tepi kuali.... hehehe... Perghhhh memang sedap! Cincai-cincai masak dah sedap! apa lagi siap je nenek masak rasa la dulu.... Nenek saya dia suka masukkan kicap pekat manis dalam botol empat segi jenama apa saya lupa, tapi kalau tengok kat kedai saya tahu botolnya.... kicap tu menaikkan kesedapannya.





Kicap Apa Korang Guna Untuk Goreng Kue Teow atau Mee?

Kalau saya goreng saya main belasah je apa kicap yang ada kat umah, nak nak kat rumah memang guna kicap cap mudim sebabnya botol plastik.... Kicap itu la yang saya buh. Dan kalau saya masak saya dah tak masuk garam sebab dalam mee memang dah ada garam.... Yang penting korang kena cuci dulu mee tu sebab kat dalam air bancuhan mee tu ada diletakkan asid borik....


Asid Borik Dalam Makanan

Asid Borik ni la pengusaha guna banyak untuk bagi ketahanan mee atau kue teow... Saya pernah ikut ayah ayah ke makmal penyelidikan untuk tahu tentang kandungan dalam kue teow... Banyak jenama yang kami bagi untuk dibuat uji kaji tuk tahu kandungannya.... sebab itu penting ye, kandungan asid borik yang tinggi dalam makanan sangat bahaya....

Korang kena hati-hati juga dalam pemilihan makanan.... 

Korang ada special resepi atau petua tak nak goreng kue teow or mee goreng ni??? kalau ada boleh kongsikan dengan saya. 


Allhamdulillah





6 comments:

  1. perkongsian yg sangat menarik bangga dgn kemampuan keluarga shiela mengusahakan kilang mi kuning n kueteow memudahkn muslim mendapatkan produk halal n xmeragukan. mungkin suatu masa kelak kilang tersebut boleh dimajukan semula.

    ReplyDelete
  2. Sha kurang suka kuew teow ataupun mee.. Sesekali je makan..
    Nak goreng pun tak berapa pandai..

    ReplyDelete
  3. sedapnya nampak.. insyallah ada rezeki boleh teruskan legacy. skrang makin ramai yang mula cari product Muslims jadi apa kata kembalikan yang dah berhenti tu ?

    ReplyDelete
  4. seronoknya ada kilang buat kuew teow. buat guna resepi turun temurun mesti lagi sedap. Susah nak jumpa mee buatan bumiputera. skang pun suka beli yg numee gardenia tu.xxde petua apa, kalau masak mee kuning mmg suka letak kicap pekat tu dan xperlu letak garam. Masak kuew teow suka masak macam chinese style.simple je

    ReplyDelete
  5. bestnya ada kilang mee sendiri. boleh makan dengan puas. saya nak beli kat seremban ni selalu was-was ..

    ReplyDelete
  6. Sedapnya kuew teow goreng. Dulu tak suka makan juga. Sekarang dah suka lah pulak makan kuew teow goreng ni

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
Powered by Blogger.