SAKIT DAN PENYEMBUHAN ANGGOTA BADAN MELALUI ASMAUL HUSNA YANG RAMAI TAK TAHU

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Sakit Dan Penyembuhan Anggota Badan Melalui Asmaul Husna Yang Ramai Tak Tahu | Asaalamualaikum, Salam Ahad... Semoga hari minggu anda sentiasa ceria, bermanfaat dan sihat serta dimurahkan rezeki. Bercakap bab sihat ni, boleh jadi macam-macam, sihat mental, sihat rohani, dan hari ni saya nak kongsikan tentang kesihatan badan.... Kalau macam saya ni memang ini la perkara yang digusarkan. Huh... selalu sakit urat, badan... Kalau tak dibendung, lama-kelamaan akan lebih mudhorat. Namun, apa yang selalu saya buat seperti ---->>> walking, jogging dan juga hiking... kerana bagi saya exercise juga penting untuk kesihatan mental dan fizikal. Malah ia juga bagus untuk kesihatan mata hati kita.  

Ia telah ditemui oleh Doktor Ibrahim Karim (biologi) bahawa Asma ul Husna, nama yang baik kepada Allah (SWT) mempunyai kuasa penyembuhan untuk sejumlah besar penyakit. Kat sini ada beberapa nama Allah yang boleh kita amalkan menerusi zikir dan betul-betul kita percaya serta yakin dengan kebesaran Allah swt.

"Dia menggunakan kaedah ketepatan dalam pengukuran tenaga dalam tubuh manusia dan mendapati bahawa setiap satu daripada nama-nama Allah (SWT) merangsang tenaga dalam sistem imun badan manusia untuk berfungsi dengan cekap di dalam badan manusia yg tertentu. Beliau mendapati bahawa sebutan (membaca) dengan nama-nama Allah (SWT) membawa kepada peningkatan dalam trek Bio Energy dalam tubuh manusia, dan selepas 3-tahun penyelidikan Doktor Ibrahim Karim sampai kepada yang berikut":

Kaedah Rawatan 

Kaedah rawatan: Letak tangan anda pada tempat sakit dan memuji nama Allah (SWT) di atasnya sesuai dengan penyakit anda sehingga sembuh insyallah.

01. Telinga - As Sami
02. Tulang - Al Nafi
03. Tulang Belakang - Al Jabbar
04. Lutut - Al Rauf (The Clement)
05. Rambut - Al Badi (Pencipta)
06. Jantung - Al Nur (Cahaya)
07. Otot - Al Qawi (Maha Kuat)
08. Gelombang Jantung - Al Wahab
09. Jantung otot - Al Razaqq
10. Saraf - Al Mughni
11. Arteri - Al Jabbar
12. Perut - Al Razaqq
13. Kanser - Al Jalil (The Mighty)
14. Tiroid - Al Jabbar
15. Thigh- Al Rafi (The Exalter)
16. Migrain - Al Ghani (The Rich One)
17. Mata Arteri - Al Mutaali
18. Buah Pinggang - Al Hayy
19. Colon - Al Rauf (The Clement)
20. Usus - Al Razzaq
21. Hati - Al Nafi
22. Pankreas - Al Baari
23. Lemak Sacks - Al Nafi
24. Rahim - Al Khaliq (Pencipta)
25. Pundi Kencing - Al Hadi (Panduan)
26  Reumatik - Al Muhaymin (The Guardian)
27. Prostat - Al Rashid
28. Saraf Mata - Al Zahir
29. Kelenjar pineal - Al Hadi
30. Tekanan Darah - Al Khafed
31. Paru-paru - Al Razzaq
32. Thymus Kelenjar - Al Qawi
33. Kelenjar atas Buah Pinggang - Al Bari
34. Rambut Peel - Al Jalil (The Mighty)
35. Rongga Hidung - (Al Latif, Al Ghani, Al Raheem)
36. Mata - (Al Nur, Al Basir, Al Wahab)


Yang penting anda mesti membuat penyucian hati terlebih dahulu kerana sakit yang Allah beri itu adalah dengan rahmatNya. Sakit itu adalah penyucian dosa, untuk kita lebih dekat dengan Allah hanya dengan sakit sahaja kita stop dari membuat kerja, Allah Ya Rahman Ya Rahim memberi kasih sayang dengan kesakitan, kadang kala kita lalai dan leka dengan dunia. Solat tidak kusyuk ingat dunia dan sebagaiNya.... Untuk menarik kita kembali ingat kepadaNya Dia memberi kita kesakita yang penuh dengan kerahmatan kerana masa sakit 70,000 malaikat datang mendoakan kita....

Sakit Para Nabi dan Rasul 

Hati yang bersih dan suci akan mudah menyingkirkan kotaran dosa dan mudah menyembuhkan kita.... Sepertimana Nabi Yusof Ayub a.s readha dengan kesakitan yang Allah berikan kepadnya sehinggakan isterinya juga lari tidak sanggup menghadapinya....

Pengalaman Saya Dengan Zikir Asmaul Husna

Semasa mengandung, Allhamdulillah saya selalu amlkan zikir ini terutama apabila HB saya rendah. Daripada mengadung anak pertama sehinggalah anak ketiga, masalah HB rendah saya selalu alami. Namun, syukur, masa mengandung anak ketiga, saya diberi pengetahuan tentang zikir ini. Itu lah yang membuatkan saya kuat walaupun masa mengandung macam-macam cabaran yang berlaku kerana masa tu saya memang kelam-kabut dengan pengajian saya. Tapi itu la, syukur! Allah permudahkan proses mengandung sehingga lah melahirkan Nur Jannah. Nak tahu apa yang saya buat boleh baca sini ---->>> Zikir Asmaul Husna Semasa Mengandung. Itu la, kadang-kadang tak percaya! realitinya macam tu la, bila kita fikir kita boleh dan kuat, energi positif itu Allah alirkan bersama kita. Allah datangkan daya-dayaNya untuk kita terus zikir dan solat. Seterusnya, kita berserah diri kepadaNya... 

Al Khafed / Al- Qafidth / Al-Khafid 

Yang bererti Yang Maha Merendahkan: Anda boleh mengamalkan zikir Asmaul Husna Al Khafed ini jika mengalami sakit tekanan darah tinggi. 

Al Raafi' / Al Rofi'

Yang beerti Yang Maha Menaikkan: Ia selalu saya bacakan ketika HB saya rendah. Malah kalau anda mempunyai sakit tekanan darah rendah juga boleh mengamalkan zikir nama Asmaul Husna Al-Khafidh ini untuk menaikkan tekanan darah anda. 



Jangan Alpa

Apa pun, apa yang Allah pinjamkan kepada kita, jangan pula kita alpa, sombong dan megah. Adakala mulut kita ni tidak boleh kontrol dan tersasul juga. Bila tersasur tu mula la kita mengaku yang kita ni hebat sebab kita la yang buat semua tu... Kita sihat sebab kita makan itu dan ini yang boleh memberikan kita sihat... uhh... jangan, jangan! 

Apa pun, bukan daya kita semua sebagai manusia yang lemah! Ada orang cakap yang sebut yang kita lemah! It's ok, tapi dalam hati kita kena yakin kita kuat sebab Allah bagi daya! realitinya kita memang tidak berdaya. Jika Allah tak bagi kita daya, kita tiada kemampuan kekuatan itu... 

Kesilapan Tafsiran Terhadap Ubatan

Namun, jangan pula salah anggap! takkan tak ambil apa-apa ubat? Salah ke nak ambil ubat? Tak salah, ubat juga Allah yang hadirkan, setiapa apa yang ada di muka bumi ini Allah yang hadirkan. Kita usaha dengan apa cara pun, ubat tu jika asbab untuk kita sebuh jangan lupa dan leka pula ambil ubat. 

mesti mesti mesti kongsi ...

semoga bermanfaat buat kita semua.. aamiiin..


5 comments:

  1. Oh baru tau pasal pengubatan cara Asmaul Husna ni kak, thanks ye share info. Lepasni boleh try amalkan selalu..

    ReplyDelete
  2. Wah, bagus info ini kak. Ilmu kerohanian seperti ini mmg bagus diamalkan. selain dapat pahala dengan izinNya, kita juga dapat sembuh kan diri kita daripada penyakit dengan izinNya juga. InsyaAllah.Aamin.

    ReplyDelete
  3. betul tu, ubat tetap kena ambil, itu antara usaha kita..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.