Doa Untuk Tuan Guru Nik Aziz

Bismillahirrohmanirrohim....

Di kala untuk aku memulakan entry ini hati tersangat sedih dari semalam duk fikir tentang kesihatan tuan guru....

Solat hajat ku panjangkan buat tuan guru...

Sebak di hati duk menahan akhirnya terburai jua titisan air mata... terkilan sangat!!! sebagai anak Kelantan asal Kelantan percaya atau tidak aku tidak pernah berjumpa live dengan tuan guru....

Ya Allah terukkan aku.... aku pun tak tahu di mana aku dibesarkan.... langsung tidak didedahkan dengan syarahan tuan guru.... padahal tika itu beliau menteri besar Kelantan.... berjumpa merenung wajahnya langsung tidak pernah....

lagi sebak teramat bila aku fikirkan tentang aku dahulu kala yang menetap dan dibesarkan di Kelantan Darul Naim... kenapa aku tidak pernah berjumpa dengan tuan guru?

Ya Allah teruknya aku! ulama seperti beliau langsung tidak aku endahkan. entah ke mana agama aku tika itu... selepas aku sekolah aku meneruskan pengajian ku di IPTA baharu aku sedar aku anak Kelantan bila aku di hina rakanku benci dengan orang Kelantan seperti ku... bukan kerana apa kerana aku tidak bertudung...

Di akhir pengajianku bila masa aku memegang skrol ijazah, teman kelasku memuji aku "ini baru rakyat serambi Mekah" dengan nada gurauan....

Dan yang aku paling ingat semasa PRU13 yang ada yang menghina tuan guru depan aku... kelu lidah aku rasa nak menangis time tu gak rasa hiba rasa berdosa sangat aku dengar tentang hinaan terhadap beliau.... lama aku duk fikir? kenapa mereka cakap begitu? balik Kedah sampai tak boleh nak tidur seakan macam tak percaya apa yang aku dengar. Aku doa dan terus doa...... masih terngiang kat telinga aku.... Ya Allah..... astagfirullah.......

mereka pun Islam... kenapa? kenapa kata begitu,,, tidak percaya kah kita kepada Allah swt....

besar sungguh ujian mereka yang menjadi pemimpin ni... Rasulullah pun tidak pernah senangkan untuk Islam...

Aku mula sedar dan sedar bila aku di bawa Allah swt ke bumi Sintok. Allah berikan aku sedikit hidayah untuk aku sedar kerana aku dikekelilingan oleh makhluk ciptaannya yang 24 jam zikir dan zikir kepadaNya....

Allhamdulillah....

sedih! pilu tidak pernah dengar tuan guru mengajar, hadiri kuliah beliau.... dapatkah peluang untuk aku bertemu melihat wajahnya???

semoga tuan guru cepat sembuh untuk Islam....


1 comment:

  1. Doakan terbaik saja ye sis. Walaupun saya bukan orang kelantan, tapi sangat sanjung jasa beliau kepada rakyat

    ReplyDelete

Powered by Blogger.