The Ukhwah Gathering: Doa 4 Ummah

sebarkan kebaikan, cambahkan kasih sayang dan pupuk semangat BERKONGSI

Salam Ukhwah,
Azila Aziz
#TheUkhwahGathering:Doa4Ummah



Assalamualaikum,

InshaAllah, pada 16 September 2014 sempena cuti am HARI MALAYSIA, Telekung Project berhasrat untuk mengadakan satu 'gathering' yg dapat mengumpulkan kekuatan 800 anak-anak yatim/fakir miskin daripada pelbagai rumah kebajikan di sekitar Selangor/Kuala Lumpur.

Tujuan Utama:
1. Semua orang tahu, doa anak yatim adalah salah satu doa yang mustajab dan makbul. Makanya TP berusaha utk membawa mereka berkumpul di dalam satu majlis khusus utk kita berdoa, memohon pertolongan ALLAH terhadap situasi yang berlaku disekitar kita kebelakangan ini iaitu:

 Penderitaan Keluarga kita di Palestine sejak 60 tahun lalu dan kini diserang oleh Isreal dan anak-anak kecil serta orang awam menjadi mangsa.

 Penderitaan Keluarga-keluarga Islam kita di seluruh dunia seperti Syria, Mesir, Iran, Afganistan, Myanmar, dan banyak lagi sehingga mereka menjadi pelarian.

 Mendoakan agar urusan membawa balik pulang jenazah MH 17 dimudahkan utk disempurnakan.

 Mendoakan MH370 yang masih dirindui semua kerana hilangnya tidak meninggalkan jejak.

 Mendoakan keselamatan Malaysia yang diancam seperti kes tembakan anggota keselamatan dan anggota yang masih diculik agar selamat.

 Mendoakan kesejahteraan dan kekuatan utk kita semua menempuh kehidupan, dan mampu membantu mereka yang memerlukan...serta berdoa agar kita punya generasi yang prihatin dan tidak mudah terjerumus dalam masalah sosial dan masalah akhlak.

2. Setiap yang hidup pasti akan mati dan kita semua juga adalah bakal jenazah yang akan mengadap PENCIPTA. Majlis ini juga bertujuan utk kita merapatkan ukhwah dan bersedekah doa buat yang telah pergi seperti:

 Para syahid di medan perjuangan di Palestine
 Para syahid yg berjuang utk kita mencapai KEMERDEKAAN seperti hari ini.
 Allahyarham ibu bapa atau keluarga kita yang telah pergi dahulu mengadap ILAHI

Event ini diharapkan dapat mengingatkan kita tentang tanggungjawab seorang anak yang soleh dan baik adalah berdoa utk kedua ibu bapa yang telah pergi kerana itu adalah amalan yang tidak putus...

3. Meraikan anak-anak yatim di dalam satu majlis KEKELUARGAAN dan memberi mereka ruang berkenalan dgn antara satu sama lain dan yang terbaik mereka dapat meluang masa berdoa bersama-sama dengan kita.

Tentative Aturcara:

 Selepas Asar :
Ketibaan anak-anak yatim dan sahabat-sahabat yg mahu bersama-sama MERAPATKAN SAF

"Perkongsian Petang: Mengapa Palestine begitu penting Buat Kita Mempertahankannya"

 Persiapan Maghrib:
Solat Maghrib Berjemaah
Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah
Solat Taubat
Solat Hajat
BACAAN DOA QUNUT NAZILAH

 Solat Isyak Berjemaah

Jamuan makan di dalam talam (merapatkan ukhwah)

InshaAllah, berdasarkan maklumat di atas, TP sedang berusaha utk menjadikan hasrat ini sebuah kenyataan. TP merupakan NGO berdaftar yang selama ini tidak pernah mendapat penajaan korporat atau kerajaan kerana TP bertujuan mengumpulkan "SUARA KECIL" utk melaksanakan "PROJECT UTK MENGGEMBIRKAN ORANG LAIN" berdasarkan motto "Everybody can Participate, Everybody Can Donate"

Oleh yang demikian, TP sedang membuka peluang kepada yang berminat utk menyumbang dalam perlaksanaan event ini dan setiap sumbangan ini boleh diniatkan utk TAHLIL ARWAH. Nama-nama Allahyarham dan Allahyarhamah akan dicetakkan di dalam prospektus edaran utk diniatkan di dalam majlis itu nanti dan diaminkan oleh anak-anak yatim/miskin dari rumah-rumah kebajikan yang dijemput.

Kepada yang berminat utk menyumbang SEIKHLASNYA, boleh melakukan demikian sebelum 31 OGOS 2014 (kerana nama-nama arwah perlu dicatatkan, ditaip utk dimasukkan di dalam prospektus, mencetak perlu tempoh dari pihak cetakan). Salurkan sumbangan ikhlas anda melalui:

 CIMB PERTUBUHAN KEBAJIKAN TELEKUNG PROJEK
8600 56 3331

 MAYBANK NORAZILA ABDUL AZIZ (AKAUN KHAS ADMIN UTK TP)
5127 7250 1950

   INI SANGAT PENTING, Kemudian isikan maklumat sumbangan dan nama arwah

Link ini sangat penting utk urusan audit pertubuhan kami

Email transaksi (optional) kepada telekungproject@gmail.com dengan menyatakan DOA4UMMAH @ In case nak berikan admin notification transaction melalui sms/whatsapp boleh guna number ni 0193337151

Akhir sekali, admin merayu kepada semua yang telah memahami dan membaca hasrat TP ini utk sebarkan kebaikan ini dengan seramai mungkin utk menjayakan event ini utk membawa 800 anak yatim dari pelbagai rumah kebajikan berada dalam satu majlis yang sama. Admin tidak minta utk kita semua terbeban utk menyumbang dgn banyak.

Contoh:
Jika ada 1000 insan menyumbangkan RM 5 = kita sudah ada RM 5000
Jika semua likers TP yg berjumlah 194k menyumbang hanya RM 1 = Kita sudah ada RM 194k lebih daripada cukup utk menjayakan beberapa event seperti ini.....

InshaAllah....

akhir sekali, admin perlukan doa sahabat semua yang paling utama.... Ini hanyalah usaha 'gila' admin dan admin berdoa agar dimudahkan oleh ALLAH.

Salam Ukhwah,
Azila Aziz
 — with Salmah Binti Rabun.

4 comments:

Powered by Blogger.