Kisah dan Teladan : Musibah vs Anugerah

Ketika pagi masih dingin, si penjual sayur itu sudah memetik sayur-sayurnya lalu diatur di adlam pedati. Dia kemudian ke bangsal untuk mengambil kudanya.

"eh kenapa dengan kuda ku ni?" dia mendekati kudanya yang terbaring. Ternyata kudanya sudah mati. Si penjual sayur itu terduduk lalu termenung, memikirkan bagaimana dia hendak mengangkut sayurannya.

Si penjual sayur menemui seorang ulama dan menceritakan maslahnya. "ini lah musibah yang paling buruk yang pernah berlaku kepadaku". Si penjual sayur itu berkeluh-kesah. Ulama itu mengangkat bahu smabil menarik nafas. 

"mungkin ya, mungkin tidak", spontan ulama itu menjawab. Si penjual sayur berkerut dahi. Dia kecewa dengan jawapan ulama itu. Lalu dia pulang ke rumah, matanya terpaku. Seekor kuda liar mengibas-ngibas ekornya sambil berdiri tegap di hadapan rumahnya.

"bukan kah itu satu anugerah?" Si penjual sayur memberitahu ulama itu. Sekali lagi ulama itu mengangkat bahu.

"mungkin ya, mungkin tidak", spontan ulama itu menjawab. Si penjual sayur berkerut dahi. Dia kecewa dengan jawapan ulama itu lalu kembali ke rumahnya. Setibanya dia tiba di rumah, dia terkejut. Anak lelakinya sedang terlantar kesakitan di sisi kuda liar yang terlepas dari tambatan. Kedua-dua kaki anaknya patah akibat dipijak oleh kuda liar itu. Si penjual itu menangis sambil memeluk anaknya. 

"aku fikir kuda itu anugerah, taetapi membawa musibah", si penjual sayur itu berkeluh kesah.

Tadak lama selepas itu dia terdengar akan berlaku peperangan. Semua pemuda diwajibkan menyertai peperangan. Namun, oleh kerana anak lelakinya masih dirawat, maka anaknya dikecualikan menyertai peperangan tersebut. Si penjual itu bersyukur. Baru dia sedar musibah yang melanda juga adalah anugerah.




1 comment:

  1. btl tu..ssb tu semua yg berlaku ada hikmah disebaliknya..jgn kita mudah berputus asa :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.