Tazkirah Menjelang Ramadhan : nikmat, seronok, makan dan minum....

Assalamualaikum... salam sayang semua....

Allhamdulillah, segala puji bagiNya dapat bersua untuk hari ni.... tadi kat ofis ps, ada bacaan yasin dan tahlil sempena penubuhan ofis ps buat tahun pertama.... Selepas bacaan tahlil tu, ustaz yang mengetuai bacaan yasin ada bagi sedikit tazkirat sempena Ramadhan. Inti patinya:
kenikmatan dan keseronokan
    • kenikmatan dan keseronokan dunia ni hanya sementara. Contoh kalau kita makan ayam golek masa berbuka puasa 5 hari berturut-turut, lepas tu kita akan rasa tak mahu dah.... Jemu kan... sekejap jer kita rasa sedap, seronok n nikmat makan.... 
    • contoh seterusnya, kalau kita ada rumah besar, kereta besar, baju cantik, sampai bila kita seronok tengok? mesti lama-lama kita akan jemu tengok, nak yang lain pula lagi hebat dari tu.... sedangkan semuanya tidak akan bersama kita bila kita akan masuk di dalam liang lahat. 
    • sebenarnya keseronokan dan kenikmatan hakiki di alam sana.... di dalam syurga.... dalam syurga ada sungai mengalir air susu, arak, kita boleh minum... hari ni minum rasa sedapnya, nikmatnya, esok minum lagi, lagi akan rasa sedap dari kelmarin, sehingga tak puas nak minum....
    • itu lah bezanya seronok, nikmat di dunia dan di akhirat....
    • moral of the story: 
      • biar susah, tak seronok tak nikmat, tak cantik, tak de pangkat besar di dunia ni... tapi kita sentiasa bertaqwa pada Allah swt..... InsyAllah akan dapat keseronokan dan kenikmatan hakiki di akhirat.
 Makan dan minum
    • jaga makan dan minum semasa bulan Ramadhan. sebagai contoh, seharian kita puasa penuh berkatnya, kita jaga puasa kita dan beribadah kepada Allah, bila nak beli makanan untuk berpuasa, kita beli makanan yang dijual tanpa mengikut syarak seperti murtabak atau roti canai yang dijual, dibuat tidak membasuh terlebih dahulu telur yang digunakan. Itu dikira najis. Bila berbuka kita makan, kurang pahala puasa kita.
    • contoh lain: kena pilih jurujual yang patuh kepada Allah seperti memakai  tudung dan menutup aurat. Kadang-kadang kita kesian kat jurujual tu, tapi kita kena tengok dia patuh atau tidak kepada perintah Allah.... kalau kita membeli juga makanannya seolah kita menggalakkan rezekinya sedangkan dia tidak mengikut syariat Allah swt......
Kesimpulannya, kadang kala, memang kita tak fikir semua tu. Kita anggap ia tak salah kan... sekarang ps baru sedar.... Terima kasih kepada ustaz tersebut memberi sedikit tazkirah kepada kami..... ps cuba kongsikan bersama apa yang disampaikan... semoga kita renungkandan berfikir baik buruknya.... kalau yang tak setuju mohon maaf dan ampun...

3 comments:

  1. bagusnya perkongsian akak ni akak panjangkan... baru saya tersedar.. memang betul pasal membeli barang pada penjual yang patuh pada ajaranNya.. yang tu saya penah dengar...

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian ini.. mudah2an kita semua yang membaca ni termotivasi makin bersemangat mencari redha Ilahi di dunia ini... =)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.