Kasih Kepada Rasul

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: “Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu: cintakan Nabimu, cintakan keluarga Nabimu dan membaca al-Quran”.

(Hadis Riwayat al-Dailami dan as-Suyuti)

Huraian:

1.   Menjadi kewajipan para ibu bapa mengajar anak-anak mencintai Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya kerana kita perlu beradab dengan Rasulullah SAW dalam semua keadaan sekalipun baginda sudah wafat. Ibu bapa juga hendaklah sentiasa menitikberatkan anak-anak supaya membaca al-Quran dan mengamalkannya.

2.    Mengasihi Rasulullah bukan sekadar berselawat memuji baginda sahaja tetapi hendaklah beserta dengan mencontohi segala tindakan dan akhlak baginda. Mengasihi Rasulullah SAW
mestilah disertakan dengan segala tindakan anggota badan iaitu dengan mendirikan segala kewajipan beribadat serta berusaha melaksanakan tuntutan yang lain sebagai menandakan keyakinan yang tidak berbelah bahagi terhadap kebenaran Islam yang dibawa oleh baginda.

3.   Cintakan keluarga baginda pula bererti menjaga kemuliaan atau nama baik keluarga Rasulullah SAW dan tidak membiarkan sebarang fitnah dan cercaan dilakukan oleh orang-orang kafir atau pihak musuh Islam.

Al-Quran sebagai kalam Allah dan peninggalan Rasulullah SAW, maka sebagai menjaga keteguhan iman dan akidah, seorang Muslim itu hendaklah sentiasa membacanya dan menjadikan al-Quran sebagai petunjuk dan pedoman agar terhindar daripada kejahatan dan kesesatan.


Jom Selawat bersama Raihan

3 comments:

  1. jom kita banyakkan selawat kepada Nabi...

    ReplyDelete
  2. salam maulidur rasul.. semoga kita emningkatkan lagi kecintaan kita kpd Rasulullah dan Allah SWT

    ReplyDelete

Powered by Blogger.