Mulakan Sajian Pagi Anda Dengan Susu Nestle Every Day




بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Mulakan Sajian Pagi Anda Dengan Susu Nestle Every Day /Allhamdulillah, di pagi hari memang hari yang kalut dan kelibut bagi saya. Apa pun kalau anak-anak request nak bawa bekal saya akan masakkan tuk mereka. Biasa kakak Amani dia memang request nak nasi goreng, so dalam kelam kelibut saya akan sediakan juga. Boring makan makanan kat kantin katanya.


  • Menu minggu lepas saya sediakan
  • nasi goreng
  • potato bakar dengan sambal ikan
  • dan keropok

Disebabkan menu apa yang ada memang tak cukup la gizi seimbang buah-buahan. Suka katanya dengan potato bakar tu. Kawan dia tahu mama bubuh sambal ikan kan... A aa...

Untuk memenuhi nutrien anak-anak walau pun tak ada buah yang disediakan saya melengkapnya dengan susu Nestle Every Day. Anak-anak saya yang sedia maklum semua jenis kecil. Kawan saya selalu duk kata kesian tengok kak ngah ni... hehehe kecil sangat macam tak cukup zat... A aa tu la nak buat camana diorg ni memang macam tu...  hehe... tak apa la nanti besar mau la diorg makan banyak. Macam kakak, request ja nak bawa bekal! Tak pa kak ngah, minum susu untuk kekalkan stamina harian dan nutrisi dalam badan....

Pelbagai Pilihan Makanan
Dengan kepelbagaian makanan yang mudah diperolehi anak-anak di sekolah, belum tentu menjamin kesihatan yang baik dan kelengkapantenaga mereka yang cukup.

Keadaan sebegini lebih dikenali sebagai Hidden Hunger yang menggambarkan keadaan kurang nutrisi seperti vitamin dan mineral. Ia boleh menyebabkan tubuh tidak dapat menjalankan fungsi dengan baik serta boleh mengalami gangguan kesihatan yang serius.

Piramid Makanan Malaysia
Untuk makluman anda Piramid Makanan Malaysia menyarankan dua hingga tiga sajian susu dan produk tenusu perlu diambil pada setiap hari. Ia juga bersamaan dengan tiga gelas susu sehari. Atau pun anda juga boleh memberikan anak anda dengan satu gelas susu dan satu cawan yogurt mahupun satu keping keju sehari.

Biasanya ibu bapa memberhentikan pengambilan susu di kalangan kanak-kanak sebaik saja mereka melangkah ke prasekolah. Dan ini akan melambatkan tumbesaran mereka. Dulu saya pun stop bagi susu pada kakak dan kak ngah bila mereka habis menyusu botol dan juga breasfeeding. Namun, dengan kesedaran dan pelbagai matlumat yang disaluran untuk kesihatan anak-anak, saya mula memberkan mereka susu bagi menjamin kesihatan dan gizi seimbang mereka. Ye la... anak-anak saya semua jenis yang kecil molek, makan pun tak seperti mana anak-anak lain... Sikit-sikit je mereka makan terutama kak ngah, nak tak nak saya berikan dia minum susu untuk membekalkan nutrien dalam tubuh badan dia.

Khasiat
Selain kandungan kalsium dan protein yang baik untuk tulang dan tumbesaran, pelbagai lagi zat lain yang terkandung dalam susu serta faedahnya kepada kanak-kanak. So, mommy-mommy sebolehnya memberikan anak-anak susu kalau berkemampuan... Ada juga yang tak berkemampuan apa pun saya sangat yakin Allah itu Maha MEncukupi. Allah tahu apa yang Dia kurniakan pada kita mampu atau tidak. Dengan pengalaman saya, ada juga yang tidak mampu memberikan anak-anak susu walaupun anak mereka cuma setahun... tapi saya yakin Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.... dengan ketidakmampuan tersebut, saya yakin Allah membekalkan kecukupan nutrien pada anak-anak mereka.

Apa pun semua nikmat Allah tidak mampu kita sangkalkan, dan siapa kita untuk argue nikmat Allah Yang Maha Esa...

Allhamdulillah...


3 comments:

  1. Moga khasiat setiap apa yang dimakan menjadi tenaga dan kebaikkan sepanjang hayat.. Aamiin.

    ReplyDelete
  2. abe kie minum susu tepung Every Day dan Fernleaf gak. Ikut mood la. Dah jrg minum susu pekat manis sbb ada diabetes. Huhuhuhu..
    P.S. Blog Sheila kembali tersenarai di blog list abam kie. Thanks for the MOU, OK?

    ReplyDelete
  3. Amar pun suka juga makan potato bakar,sedap

    ReplyDelete

Powered by Blogger.