Ketika Hati Penuh Dengan Ujub dan Riak

Ketika Hati Penuh Dengan Ujub dan Riak / Allhamdulillah.... Assalamualaikum, salam sayang.... Sebagai hamba yang dhaif kita tidak terlepas pandang dengan sikap ujub dan riak. Apa pun haru lah kita sentiasa memperbaiki diri untuk dihindari daripada sikap dan sifat ini. Apa yang selalu kita kadang-kala terlepas cakap seperti "saya buat itu untuk dia, nak bagi dia maju.... itu semua saya la yang tolong dia".... tanpa disedari apa yang diperkatakan mengandaikan "kita, saya" lah yang maha kuasa berdaya upaya buat itu dan ini, untuk si polan-si polan. Sebagai contoh si polan mendapat rezeki sebab saya lah tolong.... itu yang sering terlepas cakap dari mulut kita yang dhaif. Tanpa menyedari walhal diri kita tiada sedikit pun daya upaya dan bukan Yang Maha Memberi Rezeki. Jom sama-sama kita hayati sifat yang kadang-kala terlepas pandang dengan sifat ujud.


sumber google
Jika Allah memudahkan bagimu mengerjakan solat malam, maka janganlah memandang rendah orang-orang yang tidur

Jika Allah memudahkan bagimu melaksanakan puasa, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak bepuasa dengan tatapan menghinakan

Jika Allah mememudahkan bagimu pintu untuk berjihad, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak berjihad dengan pandangan meremehkan

Jika Allah memudahkan pintu rezeki bagimu, janganlah memandang orang-orang yang berhutang dan kurang rezekinya dengan pandangan yang mengejek dan mencela. Kerana itu adalah kiriman Allah yang akan dipertanggungjawabkan kelak

Jika Allah memudahkan bagimu untuk memiliki zuriat dariNya ucapkan syukur dan jangan sesekali kamu menghina orang yang belum dikurniakan zuriat dariNya kerana itu adalah rezeki Allah yang tidak terhingga buat kamu
sumber google

Jika Allah memudahkan pemahaman agama bagimu, janganlah meremehkan orang-orang yang belum faham agama dengan pandangan hina

Jika Allah memudahkan ilmu bagimu, janganlah sombong dan bangga diri kerana Allah lah yang memberimu pemahaman itu

Boleh jadi orang yang tidak mengerjakan qiyamul lail, tiada haji atau umrah, tidak hadir usrah, puasa sunat, tidak berjihad, dan sebagainya lebih dekat pada Allah daripada dirimu kerana ada amalan lain yang dia rahsiakan

Sungguh engkau terlelap tidur semalaman dan pagi harinya menyesal lebih baik daripada qiyamul lail semalaman namun pagi harinya engkau merasa takjub dan bangga diri. Kerana orang yang merasa bangga dengan amalnya tidak akan pernah naik (diterima) amalnya

Yaa Rabb, bahkan ibadah ini hanya sepercik air, baktiku tiada erti. Bagaimana mungkin sepercik air itu dapat memadamkan api nerakaMu

Kredit : Ibnul Qayyim

6 comments:

  1. allahu. hmm, jangan tipu, kadang memang terlepas daripada mulut kita kononnya kita nak sedarkan dia yang kita ni bantu dia. nak suruh faham la kononnya. tapi kita lupa, kita hanya pengantara. Allah nk bagi rezeki tu pada dia sebenarnya. moga allah terima taubat kita.

    ReplyDelete
  2. Minta dihindari dari sifat ujub dan riak serta sifat negatif lainnya,baik sedar atau tidak sedar..

    ReplyDelete
  3. Semoga sentiasa perbaiki diri dari sikap ujub dan riak ni..nauzubillah..

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.