Rezeki Yang Hebat Pemilih Kepada Si Hebat: Bicara Si Ibu dan Anak

Rezeki Yang Hebat Pemilih Kepada Si Hebat: Bicara Si Ibu dan Anak / Allhamdulillah, baca entry Abam Kie di SINI, terdetik untuk berkongsi kerana pagi tadi awal pagi 6.45 saya dan kakak amani keluar rumah untuk hiking... Banyak yang saya dan sahabat bualkan semasa kami mendaki dan menurun... Allhamdulillah selesai mendaki dan turun dalam 7.40 pagi kami stop sarapan. Dalam perjalanan pulang semasa memandu kakak Amani tanya tentang rezeki.... bayak yang saya bualkan dengannya supaya dia faham tentang rezeki. Saya bukan pandai tapi memberi contoh apa yang Allah tetapkan kepada kami sebagai kefahaman untuk kakak yang seusia 10 tahun itu. 


rezeki itu colorful of life


Doa
Dan.... kakak bertanya apa yang mama doakakan masa solat subuh tadi? Lalu saya kaitkan dengan rezeki, saya cakap "pertama mama doakan akhirat, syurga, dijauhkan seksa kubur dan neraka, mati dalam hasnulkhitomah, dan jumpa dengan Rassulullah saw"... balas kakak, "mama tak doa ke tuk pelajaran mama?" "mama doa, la... mula-mula kita kena doakan akhirat dulu lepas tu mama doala tuk pelajaran mama, kakak dan semua orang".... o.... kakak tak doakan tuk Rasulullah, tapi kakak doa berjaya di dunia dan di akhirat. "tak apa, tapi kita disarankan doa tuk akhirat dulu, nak jumpa Rasulullah dan sebagainya,,,, kalau kita doa tuk akhirat insyaaAllah Allah akan permudahkan hal dunia dan rezeki kita di dunia",,, "sebab tu kita kena tolong buat hal akhirat seperti bantu anak yatim dan sebagainya, nanti Allah akan tolong kita hal dunia".... 


Jangan Membanding Rezeki Orang Dengan Rezeki Kita
Saya memang tak pandai bab ini, tapi saya cakap apa yang saya belajar dan buat..... Anak-anak sekarang kena jelas kan dengan terang agar mereka faham tentang hidup di dunia dan di akhirat, dengan pelbagai dugaan dan dunia yang penuh mencabar, harus banyak menerangkan kepada mereka apa yang salah dan betul... tapi kadangkala apa yang kita buat itu ada kala tersembunyi dan tak perlu menghebahkan. Hal itu hanya kita dengan Allah sahaja yang tahu. Yang utama elakkan supaya mereka membuat perbandingan rezeki mereka dengan kawan-kawan mereka.... Selalu saya dengan anak-anak cakap, "dia tak apa la, ayahnya kaya, mak dia kaya, banyak duit".... Cuba elakkan perkataan ini muncul dari mulut mereka dan kita juga sebagai dewasa.... kerana harus tengok rezeki itu Maha Luas.... selalu suruh mereka pandang golongan susah anak yatim dan sebagainya....

Allah Ya Razzaq
Apa pun Allah Yang Maha Memberi Rezeki memang akan menzahirkan rezekiNya kepada mereka yang hebat. Jika anda orang yang hebat InsyaaAllah itu rezeki anda. Bersykur apa yang ada, jangan membandingkan rezeki kita dengan orang lain. Jangan rasa rendah diri dengan apa orang lain ada dan apa yang kita tak ada. Sebab Allah akan menzahirkan kepada kita tentang apa yang haq kepada kita.... 

Fahamkan Anak Tentang Apa Itu Rezeki
Saya selalu cakap kat kakak Amani, bila dia menyapa saya,,,, "mama risau tak cukup duit ke nak beli barang sekolah kakak, bayar yuran.... " kata saya "tak ada la, Allah dah beri kita cukup rezeki, tapi kita je yang selalu rasa tak cukup, sebab kita nak macam-macam.... itu yang selalu kita rasa tak cukup.... tak apa, semua akan dipermudahkan, Allah akan susun semuanya" "ooo... ye ke, baru kakak tahu".... 

Terdorong dengan Persekitaran
hehehe.... anak-anak sedang membesar, mereka ni mula bertanya dan mula memahami dan belajar sesuatu perkara. Harus memainkan peranan kita sebagai ibu bapa memberitahu dan menjelaskan supaya mereka faham tentang apa itu rezeki takut nanti mereka salah faham. Ye la anak-anak ni dia terdorong dengan rakan-rakan mereka. Contohnya sekarang musim sekolah kat group wasup kawan-kawan sekolahnya ada saja kawan-kawan dia wasup dan buat video pergi berjalan sana sini.... Saya cakap kat dia, jangan tengok orang yang lebih dari kita, tengok mereka yang lagi bawah dari kita! supaya mereka tidak terdorong dengan apa yang kawan-kawan mereka ada...

Katanya "kakak tak nak la kawan dengan mereka yang suka tunjuk-tunjuk, kakak dah left group mama"....

So, ibu-apa yang hebat di luar sana boleh share bagaimana anda jelaskan sesuatu keadaan terutama bab rezeki kepada anak-anak untu saya pelari bersama.... 



13 comments:

  1. Betul tu.. Tuhan dah tetapkan rezeki setiap orang.. Harus sentiasa bersyukur

    ReplyDelete
  2. Ana setuju dengan point kak sheila. Cuma ana akan cuba lazimi bacaan surah alwaqiah sebelum tidur setiap malam. Salah satu anjuran Nabi juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ana,,,, insyaaAllah semoga akak pun istiqomah dgn surah tersebut

      Delete
  3. Allhamdulillah zaza,,, terima kasih...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Perkongsian bermanfaat kak.

    ReplyDelete
  5. harap budak-budak tu membesar dengan baik dan matang

    ReplyDelete
  6. Pengkongsian baik mengenai rezeki.. Betul apa kak sheila kongsikan itu

    ReplyDelete
  7. Bagus ajaran akak pada anak-anak, saya pun nak belajar cakap perkara islamic dan positif macam ni jugak la..

    ReplyDelete
  8. nice sharing kak sheila. boleh guna tips ni

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.