Menikmati Chinese Food di Elly Impian Cafe di Rumah Rehat Kampar

Menikmati Chinese Food di Elly Impian Cafe di Rumah Rehat Kampar / Allhamdulillah, pada 26 November 2018, memulakan cuti persekolah bersama team blogger pantai timur dengan jayanya. Terima kasih Ya Rabb, Ya Baarik Yang Maha Merancang dan Menyusun segala agenda. Trip team BPT kali ini ke Perak dengan tujuan utama untuk ke The Cedar @ Bidor. Saya dan keluarga daripada Kedah untuk sampai ke The Cedar, Bidor kami singgah di Kampar untuk makan tengahari. Saya kurang arif tempat itu, Sis Awa tolong cadangkan tempat tersebut. Berpusing juga saya mencari tempatnya walaupun ada waze, apa pun memang waze yang betul cuma tak yakin tempatnya.



Elly Impian Cafe
Ia terletak di dalam Rumah Rehat Kampar. Sangkaan saya ia mungkin di tepi jalan. Dan tidak menyangka ia berada di dalam rumah rehat ini. Disebabkan malas turun untuk bertanya sesat jalan jadinya. Sangat senang rupanya memang waze akan bawa jalan yang betul. Kami disambut mesra dengan mesra yang dipanggil kak Elly pemilik cafe ini.



Wah... rupanya cantik Rumah Rehat Kampar ni. Apabila anda melangkah naik dan masuk ke Rumah Rehat Kampar ni, sebelah kiri ada reception table dan sebelah kanan adalah Elly Impian Cafe. Semasa kami sampai di sana ada pelanggang yang juga baru masuk seiring kami. Nak tahu cerita lanjut tentang Rumah Tamu Kampar ni boleh boleh terjah blog SisHawa.Com


Di Elly Impian Cafe menyediakan hidangan Chinese Food yang disediakan sendiri oleh chef yang merangkap suami Kak Elly sendiri. Berpengalaman bekerja di hotel kini memasak di dapur sendiri. Kami dihidangkan dengan menu utama Ayam Cili Kering, Sizzling Tauhu, Dorry Masam Manis dan Kailan Ikan Masin.

Ayam Cili Kering

Sizzling Tauhu (RM12.00)
Hidangan ini memang disediakan untuk lima orang makan, kerana ia ditimbang dan jika memesan untuk beberapa orang, hidangannya akan sama banyak. Tidak perlu risau ia akan cukup dengan berapa orang yang dipesan. 

Dorry Masam Manis
Dorry masam manis inigabungan masam dan manis menjadi satu kelainan dalam masakan Cina yang boleh anda cuba kerana ia istimewa bagi saya. Begitu juga dengan kailan ikan masin yang betul-betul menggunakan jenis kailan yang bermutu tidak seperti baby kailan yang anda dapati di dalam masakan thai food.

Kailan Ikan Masin

Tidak lengkap menu Chinese Food jika tiada noodle. Pelbagai noodle yang terdapat di sini seperti Krispy Meehoon, Ba Wong Me dan Wan Tan Hor. Dengan rupa hidangan membuatkan saya sangat teruja menjamu selera sehingglah masing-masing sangat kekeyangan. Menu noodle ni tidak pedas anak-anak saya suka sebab masing-masing tak suka makan pedas... tapi untuk umpppp kan lagi noodle ini ia disediakan dengan cili kicap yang sangah perghhhh pedasnya.... boleh mau berasap kalau yang tak berapa suka makan pedas. Bagi saya ia memang sedap, lagi pedas lagi meletupppp.... Manakala, harga yang ditetapkan adalah sangat berbaloi dan tidak perlu risau ia tidak melebih RM20.00 setiap satu menu untuk lima orang makan. 

Ba Wong Mee

Crispy Meehoon

Wan Tan Hor
Kami berpusahati dengan menu yang disediakan dengan kerahmahan Kak Elly dan suami amat kami hargai. Saya memandang Elly Impian Cafe ini akan terus maju kerana tempatnya yang strategik di dalam Rumah Rehat Kampar memberi satu platform cafe ini terus maju dengan menunya yang sedap dan pelbagai. 

Terima kasih Kak Elly dan keluarga memberi peluang kepada kami menikmati hidangan yang lazat. Sebelum pulang kami sempat berselfie, meriahnya suasana.... Kak Elly, InsyaaAllah ada rezeki kita bertemu lagi...


Dan.... di Elly Impian Cafe juga menyediakan perkhidmatan buffet masakan kampung dan dan pelbagai jenis kuih. Ia juga menyediakan perkhidamatan untuk pelbagai jenis keraian seperti majlis perkahwinan, majlis perpisahan dan sebagainya. Anda boleh mendapatkan perkhidamatan di Elly Impian Cafe. Anda juga boleh memilih apa sahaja menu Chisene Food atau Local Food. Untuk mendapatkan perkhidmatan di Elly Impian Cafe bolehlah melayari:

Facebook




11 comments:

Powered by Blogger.