Kerana Mulut Juga Transformnya Hati

Kerana Mulut Juga Transformnya Hati / Allhamdulillah.... tentang tajuk ni saya belajar dengan ilmu makrifat! Saya pun tak faham dan tak tahu juga apa maksudnya. Susah nak faham saya ni bab ilmu makrifat ni memang berkatan dengan hati... Apa yang saya amat faham, hati kita bersih maka itu la yang kita akan transform menerusi perkataan dan tingkah laku. Bila sedikit demi sedikit belajar saya mula faham, mulut kita jika banyak bercakap banyak juga yang kita dedahkan keburukan diri....

Hati
Imam Ahmad meriwayatkan daripada Anas, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Iman seseorang tidak akan sempurna kecuali apabila hatinya bersih. Dan hati seseorang tidak akan bersih apabila lisannya terjaga daripada ucapan yang kotor dan keji.”



Kerana Mulut
Bab mulut juga saya kurang faham pada awalnya,,, dan selepas beberapa tahun saya mula mengerti ye! ye memang benar! tentang mulut ni.... Saya dapati mereka yang disekeliling saya berubah 360 darjah, jika dahulu mereka banyak bercakap, banyak melontarkan idea dan pelbagai namun perubahan amat ketara bila saya lama tidak berjumpa dan kembali berjumpa, mereka kurang bercakap. Saya terkejut, kerana perubahan mereka mendadak 360 darjah.... Sebab apa ang mereka buat bukan banyak bercakap tapi telah bertukar kepada kelakuan yang drastik. Yakin diri bila berhadapan dengan pelbagai situasi ada kala dikritik tapi mereka ni sangat hebat sedikit pun tidak melatah. Apa sahaja yang dilakukan jika ada sahaja bantahan dan tidak kesetujuan mereka langsung tidak menghiraukan. bagi mereka apa yang dilakukan hanya kerana Allah... Biar apa sahaja orang kata tiada lagi mulut dan perkataan yang dilontarkan untuk menyedapkan hati atau defend diri sendiri. Mereka berserah sahaja kepada Allah... Ya Allah bagaimanakah saya? Adakah seperti mereka? Tidak....

 

Hanya sedikit mereka berkata-kata, berkata hanya perlu. Perlu yang dimaksudkan di sini adalah kerana untuk menjawab pertanyaan dan kemusykilan agama. Itu sahaja yang dibicarakan. Tiada lagi kata-kata itu dan ini,,, Allahu.... apa yang dikeluarkan di dalam adalah potensi-potensi kecermerlangan. Baharu sekarang saya faham bercakap hanya yang perlu, jika banyak mengeluarkan kata-kata maka akan banyak keluarkan apa buruk kita. 

Rasulullah saw bersabda, "Janganlah banyak bercakap selain untuk berzikir kepada Allah, sesungguhnya banyak bercakap akan menyebabkan hati menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah ialah mereka yang berhati keras".
(HR Tirmizi)

Rasulullah saw pernah ditanya tentang sebab paling banyak yang mengakibatkan orang masuk syurga, Nabi menjawab, takwa kepada Allah dan akhlak mulia. Nabi juga ditanya tentang sebab paling banyak yang mengakibatkan orang masuk neraka, maka Nabi menjawab, mulut/lidah dan kemaluan.
(HR. Tirmidzi)

Susah nak Dapat
Bagaimana nak dapat potensi kecerlangan? Sebenarnya kita dilahirkan sebagai orang yang hebat dan cemerlang sejak dari azali semasa bagaimana sperm dan ovul bertemu dan bercantum. Yang bercanyum itu mengharungi beribu dan berjuta lautan dan hanya satu yang sampai ke kemuncak dan itulah kita! Apa yang ada pada kita adakala tidak yakin diri dan terlalu yakin diri. Nak dapat kecermerlangan bukan mudah tapi kena usaha. Usaha bukan menindas orang lain tapi usaha dekatkan diri dengan Allah. Allah akan bagi jika kita nak.


Saya mengambil petikan daripada hmetro.com.my 18 September 2018:

Sebab itu, setiap kali hendak mula berbicara atau mengeluarkan sebarang kenyataan, teliti dan fikir dahulu kesannya.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Antara tanda keislaman seseorang sudah baik, dia mampu meninggalkan hal-hal yang tidak berguna baginya.” (Sunan Tirmizi dan Ibnu Majah)
Malah, apabila seseorang membicarakan hal tidak berfaedah pasti akan mengurangkan pahalanya serta salah satu sebab menjadi penghalang dirinya masuk syurga.
Begitu juga cuba elakkan diri daripada banyak berbicara meskipun perkara yang dibualkan itu dibenarkan dalam agama.

Apabila terlalu banyak bercakap, pasti akan ada kata-kata yang tersasar dari perkara pokok sehingga menyinggung perasaan orang lain tanpa disedari.

Ibn Umar meriwayatkan sabda Nabi Muhammad yang bermaksud: “Janganlah kalian banyak bicara tanpa mengingati Allah. Sesungguhnya banyak bicara tanpa mengingati Allah boleh menyebabkan kerasnya hati. Sedangkan orang yang paling jauh daripada Allah adalah orang yang hatinya keras.” (Sunan Tirmizi)

Selain itu, dalam hadis sebelum ini juga menyatakan orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah memuliakan jiran tetangga dan tetamunya, jauh sekali menyakiti hati mereka.
Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah ditanya mengenai wanita yang rajin solat malam dan berpuasa pada siangnya namun mulutnya celupar sehingga menyakiti hati jirannya.
Baginda bersabda yang bermaksud: “Tidak ada kebaikan pada dirinya. Dia masuk neraka.”
Kemudian Nabi Muhammad ditanya mengenai wanita yang rajin solat, berpuasa pada bulan Ramadan, bersedekah dan mulutnya tidak menyakiti jirannya. Baginda berkata, “Dia berada di syurga.” (Riwayat Ahmad dan al-Hakim)
Sumber: hmetro.com.my


Ia membuatkan saya terfikir, saya hamba yang berdosa, dan dosa saya banyak. kerana mulut dan tulisan di dalam blog ini juga sedar mahu pun tidak ia banyak membawa kepada dosa yang saya tak nampak. Saya sangat kagum dengan sahabat yang boleh mentransform diri mereka tanpa banyaknya berkata dan menjaga mulut...

Saya mohon maaf entry ini cuba untuk berkongsi dan mengingati diri saya kerana saya juga hamba yang berdosa. 


No comments

Powered by Blogger.