Life is Like Roller Coaster

Life is Like Roller Coaster / Allhamdulillah. Syukur,,, macam ni la hidup kita selagi nyawa dikandung badan. Ada kala naik dan di atas ada kala turun dan di bawah. Namun, sedar mahu pun tidak ke mana arah tujunya? Kalau naik roller coster dah tahu penghujungnya? Nak naik kerana nak merasa bagaimana cabarannya, excitement apabila berada di atas sana. Namun, ada yang tewas ada juga yang berjaya! mengikut kepada ketahanan dan enjoyment seseorang itu. 

google image


Walau apapun, dalam hidup kita ke mana arah yang harus dilalui sememangnya sudah terpancar dan tertulis di kalam-kalam indah, dek disebabkan butanya hati ini tidak nampak akan jalannya. Begitu juga dengan saya, jalan dah terbentang luas namun ada kala turun dan naik emodi itu. Ada kala di atas, ada kala di bawah... Namun, yang pasti banyaknya di bawahhhh... ahakkkksss.... 

Nak mengejar satu yang pasti itu susah. Beremosi sendirian boleh di menjadi singa jika tak kena dengan gayanya. huhukkk... apa nak buat kalau selalu duk paras bawah ni, tak de la rasa akan cabaran roller coster itu. Sedangkan jika menikmati keseronokan roller coaster ia sentiasa ada naik dan turunnya. Sedangkan saya banyaknya di bawah!

Kesiannya ko mu Sheila! Bila bermonolog banyak pula alasannya itu dan ini. Bagai samar mengaburi segalannya. Mood dan jiwa semakin memberontak di kala masa pantas berlalu. Bagaimana jua harus dilalui, bagaimana jua harus diatasi. Nampak sukar membina jalan. Menempuhi duri yang menajam mencucuk disegenap tubuh. Harus jua diaatasi jika tidak rosak jadinya.

Membina semangat yang hilang memang payah. Mengejar sebuah impian tanpa arah juga sukar. Mahu tak mahu demi menuju ke puncak jaya harus dibuang dikikis semua perasaan. Roller coaster harus bergerak lalu. Turun naiknya mesti diharungi dengan keseronokan agar sampai ke puncak jaya di mana tempat berhentinya ia.

Ingat agama itu untuk apa. Ingat tujuan hidup itu untuk apa? Bila berada di bawah itu biasa. Namun, apa yang luar biasa jika mampu bangun berdiri naik dan bangkit semula seperti si gagah perkasa. Itu yang dinamakan luar biasa. Jangan mudah berputus asa. Ingat keluarga, ingat mereka yang berada disisi yang sentiasa doakan harapan.

Rasulullah SAW
Kalaulah Rasulullah masih hidup di zaman ini, mesti dia malukan ada umat seperti ini. Hinanya diri tidak ketepian. Bagai menyorok di celah deduri melihat baginda yang sangat terpuji. Apakah mampu untuk betemu kelak? Berikan diri kekuatan agar menjadi umatnya yang ampuh. Hari meniti hari selang berganti pantas berlalu, diri tidak kemana jua. Cepat bangkit, ayuh menuju pada yang satu. Menggapai satu tujuan, merangkak, berdiri bangun gagah berlalu. Cekalkan hati, tekat kan tujuan, pusatkan harapan. Bangkit menuju kejayaan. Berilah ruang berilah peluang. Kita semua sama, sama mahu Berjaya. 

Apa yang diharap sebagai umatnya, sudah tentu mahu menerima dan bertemu dengan kekasih Yang Maha Agong. Teruskan usaha, apa yang dilakukan, perjuangkan apa yang ada. InsyaaAllah aka nada cahaya itu jika perteguhnya iman. Akan ada jalannya jika mempeteguhkan iman. Akan ada jayanya dengan kuatnya iman. 

Bangun mengadu pada si dia. Jangan mudah berpaling pada mereka. Dia hanya satu. Dia hanya menanti mu. Jangan pergi pada yang lain, kelak kecewa dengan mereka. Datang peluk pada yang pasti, InsyaaAllah pasti akan dipegang erat. Jangan mudah mengalah, jangan mudah ditewas, jangan mudah berpaling, mulakan dengan bismillah. Dengan nama Nya Yang Maha Pengasih. Pasti tidak kecewa dia sentiasa menunggu, pasti tidak akan berpaling kerana dia tidak pernah beralih arah. Sabar menanti, sabar menunggu setiap masa dan ketika, panjatkan doa, luahkan segala…..

Roller Coaster itu
Akan berhenti di tempatnya, akan memberi keseronokan pada setiap yang mahu merasa. Nikmatnya keseronokan. Bahagiannya rasa. Itu pasti. Dia yang maha memberi, raihlah dengan kesyukuran. 


5 comments:

  1. nak pi naik roller coaster kat funfair la nanti..

    ReplyDelete
  2. Naik turun kehidupan..pasti ada cabaran.Mungkin kecil atau mungkin besar..apa Allah beri ikut kemampuan.

    ReplyDelete
  3. Sedihnya bila baca catatan akak ni..tersentuh rasa hati pulak...

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.