Bukit Bunga Raya Risda Tg. Genting Sintok Lokasi Riadah Seisi Keluarga

Bukit Bunga Raya Risda Tg. Genting Sintok Lokasi Riadah Seisi Keluarga / allhamdulillah,,, sejak dua minggu lepas juga saya mula terjebak dengan hiking pula. Setiap petang apabila pulang dari kerja, cuma melihat kawan-kawan gigih mendaki. Ketidaklapangan masa di kala itu disebabkan dengan kalut ambil anak sekolah, dan saya lebih memntingkan masa pada waktu pagi untuk melakukan aktiviti riadah.


Disebabkan perasaan mahu mencuba yang tinggi, mahu cuba mendaki saya meloloskan diri untuk mencuba riadah di waktu petang. Terima kasih Ya Rabb meminjamkan masa itu untuk saya mengagumi ciptaanNya Yang Maha Agong. 


Kalau ikut ketinggian yang sudah dilabelkan, bukit bunga raya Risda Tg. Genting ini adalah 600 kaki dengan 1.2km dan tidak begitu tinggi. Disebabkan jarak dan ketinggian ini membolehkan seisi keluarga dari bayi sehinggalah warga emas mampu mendakinya. Bukit Bunga Raya ini mula popular sejak dua tahun lepas setelah pokok-pokok mula ditebang dan sesuai untuk mendaki.

Kemudahan Yang Disediakan
Pihak Risda telah menyediakan kemudahan di puncak Bukit Bunga Raya ini seperti wakaf tempat berehat, kerusi dan meja, tempat membuang sampah dan tempat cuci tangan. 





Anda juga boleh berkelah di atas bukit sambil menikmati 360 darjah kawasan Sintok dan UUM. Tidak hairanlah pada waktu cuti sekolah dan hari minggu bukit ini menjadi tempat riadah utama bagi penduduk di sekitarnya malah kepada pelajar UUM juga. 


Waktu Paling Sesuai Mendaki
Biasanya waktu yang sesuai boleh naik sebelum pukul 7 pagi, kerana waktu itu belum panas dan cuaca masih berkabus. Anda akan merasai kesejukannya. Hanya 15 minit sahaja untuk sampai ke puncak mengikut kelajuan dan kecerdasan fizikal seseorang.


Saya bawa kak ngah mendaki pada waktu petang lepas pukul 5 petang setelah balik kerja. Waktu itu sedikit panas, allhamdulillah dia seronok dan tidak merungut.



Manakala, saya juga bawa kakak Amani mendaki pada waktu pagi, juga selamat sampai.... Mau tak sampai baby pakai pampers pun boleh naik.... siap boleh lari-lari lagi. Dan saya belum bawa adik Nur Jannah, naik.... Memang nak sangat bawa dia naik, tapi kekangan daripada husband saya cukup la saya dengan adik tunggu di bawah. 

So, kalau anda datang ke UUM khususnya, dan spent time di sini sehari dua jangan lupa nikmati pendakian dia Bukit Bunga Raya Tg. Genting. Walaupun ia tidak mencabar tapi cukup untuk mengeluarkan peluh jantan bersantai riadah.

4 comments:

  1. first time tahu pasal bukit bunga raya ni! Cantiknya pemandangan dari atas :D

    ReplyDelete
  2. gigih nampak tu hiking hii.. cukup lengkap dengan kemudahan ok dah tu...

    ReplyDelete
  3. rajinnya..kalau awa mau lembik lutut haha

    ReplyDelete

Powered by Blogger.