Pengalaman Kali Pertama Main Minor Extreme Games

Pengalaman Kali Pertama Main Minor Extreme Games / Allhamdulillah, baru nak trowback aktiviti yang lalu. Pengalaman yang sangat seronok bila melibatkan diri dengan aktiviti lasak. Bila dah bergelar ibu dah lama saya tinggalkan aktiviti lasak. Yela kan masa sekolah dan budak-budak dulu lain lah, kehidupan di kelilingi alam walaupun rumah kat tepi jalan besar, tapi petang-petang main lasak-lasak panjat sana sini.... naik beskal pusing kampung... kekeke.... naik rakit, memancing, dan lain-lain lagi. Lain dengan life anak-anak kita sekarang, duk rumah taman, dalam rumah tengok gadget sahaja. Anak nak keluar saya sendiri pun tak bagi... hehehe.... takut macam-macam jadi.... memang life sekarang tak macam dulu.....


So, bila kami berpeluang ke Bukit Gambang Resort City, baru la berpeluang untuk merasa permaianan separa extreme ni.... naik mini sky trail, paintball, flying fox serta memanah yang di sediakan di Active Academy. Saya berpeluang untuk join sky trail, flying fox dan juga paintball.... huh berpeluh juga la.... Terlebih dahulu kami diberi penerangan oleh para pelatih Acyive Academy terlebih dahulu. 

Kak Ngah Zara main paintball


Kakak Amani pun join paintball juga

Paintball


Kali pertama pegang senapang paintball tu.... Syok giler bila sasaran terkena... itu yang menguji kepekaan dan ketepatan serta ketajaman mata dan fikiran. 



Mini Sky Trail 


Lepas tu bersedia pula untuk menguji kekuatan mental dan fizikal dalam aktiviti mini sky trail, memanah dan juga flying fox. Bila tengok kawan-kawan dah naik mini sky trail tu saya rasa macam boleh tak boleh jer.... dah sampai giliran saya, fuhhhh kecut perut weihhh... 


bila kaki nak pijak tali tu, memang habis satu badan dari kaki, lutu ke tangan menggeletar... uhhhhhh.... takut bangat..... rasa macam gemuruh bagai tak tahu apa nak cakap. 


"Boleh ke tak aku jalan atas tali ni?" 2, 3 kali langkah menggeletar tak habis kepala lutut..... orang kat bawah dah sound.... hehehehe


Then, cuba cool down, tarik nafas panjang-panjang mula melangkah.... Allhamdulillah... seronok pula bila dah mampu melangkah.... Dah sampai pit stop pertama, baru dapat relex skit dan cuba atasi rasa gemuruh dan mula bina keyakinan.... 


Akhirnya saya mampu mengharungi semua ringtangan di dalam aktiviti sky trail itu..... 


Flying Fox

Kali pertama juga saya naik flying fox, dulu kala duk tengok orang naik jer, kita duk perhati kat bawah, tapi kali ni saya nak juga naik dan rasa macam mana..... saya tengok kawan-kawan saya especially blogger kak limah relex jer... fuhhhh memang salut la..... hehehe.... 


then bila sampai giliran saya, cuba jer turun fuhhhh.... melayang best, syokkkk giler..... tak sangka saya mampu naik dengan seronoknya rasa..... 



En husband, siap dua kali naik.... kekeke.... tak puas naik kali pertama la tu..... yuhuuu... memang seronok sangat dengan aktiviti tersebut..... kalau ada lain kali dan diberi peluang lagi, memang saya nak cuba. InsyaaAllah.... dengan izin Nya.


Banyak yang saya belajar daripada aktiviti tersebut terutama untuk membina keyakinan diri. Disiplin penting dalam melakukan apa-apa perkara, harus faham tektikal dan juga teknikal dalam setiap perbuatan dan kelakuan. 

Allhamdulillah, terima kasih kepada pihak Bukut Gambang Resort City (BGRC) yang menaja kami di sana. 

Nak tahu apa yang membuat saya kecewa di Bulit Gambang Resort City jom baca ----->>> SINI



6 comments:

  1. bestnya dapat main sukan extreme nii. Dah lama x involve dalam aktiviti macam ni. Kena cuba pulak ni..

    ReplyDelete
  2. WAH SERONOKNYA SEKELUARGA MENIKMATI AKTIVITI EXTREME

    ReplyDelete
  3. lama dh tak main benda ni.. flying fox pling suka

    ReplyDelete
  4. wah bestnya kak sheila.. tahniah boleh naik main minor tu

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.