Memulakan Langkah : Rumah McDonald HUSM

Memulakan Langkah : Rumah McDonald’s HUSM / Allhamdulillah, permulaan langkah pertama yang baik dengan majlis solat hajat, bacaan yasin dan tahlil sempena permulaan kerja-kerja pembinaan Rumah Ronald McDonald di Hospital Sains Malaysia, Kubang Kerian pada 1 Oktober  2018 yang lalu.




Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Presiden RMHC atau Pengaruah Urusan Mc Donald's Malaysia, iaitu Encik Azmir Jaafar, Timbalan-timbalan Pengarah serta ketua-ketua Jabatan Hospital USM dan juga kakitangan McDonald's Malaysia di Pantai Timur serta kakitangan RHMC Malaysia. 


Objektif 

Antara objektif utama majlis ini adalah untuk: 
  • Melancarkan Bulan Komuniti McDonald’s yang diadakan pada setiap bulan Oktober bertujuan untuk menyokong masyarakat setempat dan mendekati golongan kanak-kanak.
  • Majlis Doa selamat adalah bersempena dengan kerja  pembinaan Rumah Ronald McDonald (RMH) di Hospital USM yang akan bermula 2 Oktober ini.

Latarbelakang Rumah Ronald McDonald



A)     Rumah Ronald McDonald di PPUKM, Kuala Lumpur

  • Rumah Ronald McDonald merupakan program utama RMHC dan Rumah Ronald McDonald yang pertama di Malaysia telah dibina oleh RMHC pada tahun 1999 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Kuala Lumpur.
  • Rumah Ronald McDonald yang pertama ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr Siti Hasmah Binti Mohamad Ali pada 21 Jun 1999 dan juga merupakan Rumah Ronald McDonald yang pertama di Asia.
  • Semenjak Rumah Ronald McDonald di PPUKM ditubuhkan kira-kira 19 tahun yang lalu, lebih 850 keluarga kanak-kanak telah menggunakan kemudahan ini dan RMHC telah membelanjakan lebih RM5.5 juta untuk tujuan ini.

Kemudahan yang disediakan di dalam rumah Ronald McDonald di PPUKM, Kuala Lumpur



B)     Rumah Ronald McDonald di Hospital USM, Kelantan

Rumah Ronald McDonald di Hospital USM merupakan Rumah Ronald McDonald yang kedua di Malaysia dan dijangka akan dibuka pada bulan Mac 2019.

  • Rumah ini merupakan kediaman berkelengkapan penuh yang menampilkan 18 buah bilik tidur, ruang makan, dapur, bilik dobi, bilik permainanan dan lain-lain kemudahan untuk penghuni.
  • Rumah Ronald McDonald kedua di Hospital USM menyediakan tempat tinggal sementara kepada keluarga pesakit kanak-kanak yang sedang menjalani rawatan di Hospital USM.
“I knew about Ronald McDonald House when my daughter Fathul Nur Amani was hospitalized at PPUKM. RMH really made life easier for families with sick children like us. Not having the burden of paying for hotel expenses was a huge relief, for a stay-at-home mum like me and especially when treatment took such a long time. We are so grateful that we can stay at RMH. Thank you very much, RMHC Malaysia.”

Armieza Binti Md Zaini
Melaka
Ini adalah antara pendapat waris pesakit yang telah menggunakan RMHC di PPUKM.  
  • Kewujudan rumah ini akan dapat membantu pesakit kanak-kanak dan keluarga dengan meringankan kos penginapan dan memudahkan mereka berurusan sewaktu menerima rawatan di Hospital USM.
  • Kerja-kerja pembinaan Rumah Ronald McDonald di Hospital USM akan bermula pada 2 Oktober 2018.
  • Pembinaan Rumah Ronald McDonald di Hospital USM memerlukan belanja sebanyak RM 4 juta.
  • Sehingga kini, RMHC telah berjaya mengumpul sebanyak RM 3.6 juta untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald – di mana jumlah ini diperoleh daripada sumbangan syarikat-syarikat korporat semenjak beberapa tahun yang lalu  dan orang ramai menerusi tabung derma di kaunter-kaunter restoran McDonald’s di seluruh negara.
  • RMHC masih memerlukan sejumlah RM 400,000 untuk menyempurnakan pembinaan Rumah ini.
  • Orang ramai dialu-alukan untuk membuat sumbangan menerusi tabung-tabung derma di kaunter-kaunter McDonald’s di seluruh negara atau menerusi pindahan bank atau online ke akaun Maybank Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia: 5125-3014-1938. Maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh didapati di https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/.

Sekitar Majlis majlis solat hajat, bacaan yasin dan tahlil sempena permulaan kerja-kerja pembinaan Rumah Ronald McDonald di Hospital Sains Malaysia, Kubang Kerian pada 1 Oktober  2018 yang lalu yang telah dihadiri oleh Team Blogger Pantai Timur #teambpt #teambloggerpantaitimur. 








Bagi anda yang mahu menghulurkan infaq untuk RMHC bolehlah melayari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/.

Semoga program ini dapat dipermudahkan dan disiapkan dalam masa yang ditetapkan.... Aminnn

Baca artikel selanjutnya:

2 comments:

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.