Kesan Zikir Kepada Anak-anak

Kesan Zikir Kepada Anak-anak / Allhamdulillah, segala puji hanya kepada Allah.... Tersentuh dan terharu bila mendengar kisah-kisah dan cerita para ibu tentang amalan zikir untuk anak-anak mereka. Apa yang saya belajar tentang zikir yang utama adalah membaca Al Quran. Saya pun baharu tahu tentang ini, "membaca Al Quran juga dikatogarikan dalam zikir" dan ia merupakan zikir utama dalam kehidupan seharian. 


Membiarkan Anak Bergaduh
Situasi saya anak-anak ketiga orangnya perempuan, dan bila mereka meningkat alam persekolah dengan kakak Amani dah tahun 4 manakalah kak ngah Adelia pula 6 tahun, mereka mula merasa tidak puas hati dalam banyak perkara sehingga kan sering dibawa bergaduh. Saya kalau dah tak tahan memang akan nasihat dan ada kala merahkan mereka. Namun, disebalik semua itu, saya terpaksa mengawal emosi marah, kerana dengan emosi tersebut tidak akan mendatangkan kebaikan buat semua. Apa yang saya buat, saya hanya membiarkan mereka bergaduh dan emlihat situasi mereka sambil berzikir. Lama kelamaan mereka akan reda dengan sendiri. Bukan, bermaksud di sini saya suka berzikir, tapi saya ni sebagai ibu memang akan emosional juga bila anak-anak bergaduh. Nak nak dengan saya akan naik hanginnnn... hehehe... Untuk mententeramkan jiwa saya yang juga cepat marah dengan karenah anak-anak, hanya itu cara yang terbaik untuk cool downkan perasaan saya sendiri. 



Bila dah Cool Down
Salah seorang akan kalah dan menangis, mula la mereka datang mencari saya, dan masa itu saya akan memujuk mereka. 

Apa Yang Saya Zikir?
Antara amalan yang selalu saya buat,
1. membaca Al fatihah
2. Al Ikhlas
3. Ayat Kursi
4. Zikir Asmaul Husna "Allahumma Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Jaami, Ya Latif'"

InsyaaAllah, mereka akan lembut hati, bila anak-anak dah mula menangis dah kalah dalam pergaduhan, masa kita kita mula memainkan peranan kita sebagai ibu.... dengan menasihatkan mereka, beritahu buat itu salah dan ini betul. 

 

Anak-anak kecil ni kena jelaskan secara terperinci supaya mereka faham. Sebagai contoh kita tanya kenapa gaduh, macam anak saya dia dia cakap "kakak tak mahu belikan makanan kat dia bila balik sekolah" dia menangis nak suruh kakak belikan juga. Sedangkan kakak dah cakap kakak bawa duit hanya cukup-cukup sahaja. Mungkin dia tak faham, dan masa itu kita jelaskan secara terperinci kenapa kakak tak nak belikan dia makanan.... dan mula memujuknya tak apa nanti esok mama tolong belikan.... 

Kadang-kala perkara kecil sebegini juga boleh membawa gaduh antara anak-anak kecil kita. Mereka cuma tahu apa yang mereka nak. Mereka tidak tahu perkara disebalik itu. Sebagai ibu bapa harus memainkan perananan yang secukupnya. Anak-anak, mereka tak faham kalau jawapan kita subjektif. Kita harus menerangkan secara jelas dan terperinci kenapa itu berlaku dan ini berlaku.

Contoh Penjelasan Untuk Kanak-Kanak
Sebagai contoh: kita membawa mereka menziarahi rumah kawan. Dan kita mesti menerangkan kepada mereka "nanti bila sampai rumah kawan ibu, duduk diam-diam" Itu yang biasa kita akan cakapkan kepada mereka. Walhal, apa yang harus kita cakapkan secara terperinci kepada mereka bermaksud: "nanti bila sampai rumah kawan ibu, adik kena duduk di sofa diam-diam, kerana kat rumah kawan ibu anak baby kecil nak tidur kalau, adik bising, baby akan nangis".... 

Sebab dan Akibat
Memang akan panjang penerangan kita tapi kena terperinci dan kena jelaskan sebab dan akibat supaya mereka faham.

Kesan Zikir
Berbalik pada kesan zikir juga, ia membuatkan anak kita mudah grab dengan alunan zikir dan mereka tidak mudah terpengaruh dengan bunyian lain yang mempersonakan mereka. Malah, jika diamalkan sejak di dalam kandungan kesannya sangat menakjubkan yang kita sendiri tidak terfikir dengan akal yang cetek.


Pengalaman Saya Semasa Mengandung Tak Cukup Makan
Saya bukanlah orang yang kuat berzikir kadang-kala memang lupa pun nak berzikir, namun semasa mengandungkan Nur Jannah, saya sedang struggle menyiapkan tesis dan sampai sekarang pun masih dalam correction tesis. Pada ketika itu juga, penyelia saya memberi kelonggaran kepada saya supaya saya membuat penanguhan pengajian selama satu semester. Dan pada masa yang sama, life saya pun sangat kesempitan.... ada masa saya tidak mampu nak makan makanan yang sedap berbanding semasa saya mengandungkan kakak-kakaknya. Ada ketika saya cuma makan sekali sehari sehinggalah saya melahirkan dia. Dengan kesempitan itu saya hanya mampu berzikir setiap masa, supaya anak yang saya kandungkan kuat, saya risau dengan ketidakcukupan vitamin akan memudaratkan kandungan saya. Ada ketika sehinggalah saya 8 bulan saya terpaksa menggadaikan barang kemas untuk membeli makanan, serta vitamin untuk kandungan saya serta kelengkapannya. 


Tapi sangat menakjubkan bila Nur Jannah lahir 3.5kg. Saya rasa semasa saya mengandungkan dia saya tak dapat makan pun, makanan yang sedap-sedap, balik keje kat rumah saya makan nasi dengan kicap dan telur dadar, itu la rutin saya mengandungkan dia.... Hinggakan sampai satu tahap saya dah tak ada rasa nak makan apa, sebab saya tahu saya tak mampu.... Sampai sekarang saya jeles, bila tengok ibu-ibu mengandung makan makanan yang sedap-sedap, dilayan seperti permaisuri... yea saya sangat jeles! Sebab saya tak dapat semua itu. Saya hanya memujuk diri saya sahaja pada ketika itu, "Ya Allah, berikan kesihatan yang baik pada anak dalam kandungan ku, apa jua rezeki yang Engaku datangkan pada ku itu cukup untuk anakku"... dan Nur Jannah dilahirkan gelap berbanding kakak-kakaknya, nak buat camana saya banyak makan nasi dengan kicap, telur dadar saja.... hehehe... Tak apa la adik, janji adik sihat!


Saya juga selalu bisikan kat baby dalam kandungan, "baby kita makan je apa yang ada, kita tak boleh memilih tau, itu rezeki Allah, apa yang Allah bagi adalah terbaik, Allah sayangkan baby"..... dan apa yang saya amalkan pada ketika itu:

"Allahumma, Ya Aziz, Ya Qawiy, Ya Matin".... Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat, Yang Maha Teguh.

Dia Sangat Kuat dan Pantas
Kawan pejabat saya, selalu cakap Nur Jannah ni kencang, pantas, tubuh dia walaupun kurus, kecil tapi kental.... Mana taknya sekali dia tarik kak ngah Adelia yang umur 6 tahun pun rebah.... Budak ni memang pick up lain macam, sekali saya cakap dia dah faham. Apa-apa aktiviti harian kita dia faham. Sebagai contoh, bila saya cakap kak ngah pergi mandi, sudahhhh laaaaa...... harus cepat-cepat dia buka seluar nak pergi mandi. Kalau kak ngah dah siap mandi nak pergi sekolah, dia terus ambilkan baju untuk kak ngah..... kekekeke..... bab pantas jangan citer, saya memang pening. Tangan dan kakinya memang cepat. Tak boleh tangan, dia guna kaki, tak boleh kaki dia guna mulut.....

Sejak Dalam Pantang
Umur dia 3 hari dia dah mampu mengangkat kepala dan badannya. Saya terkejut! Biar betul budak ni.... dengan usia semacam ni dia mula mengangkat badannya.... 

Pengalaman Sahabat
Daripada pengalaman sahabat juga amalan zikir yang dibuat sejak dari kandungan juga sangat menakjubkan.... baby mereka tidak akan tidur jika ibu mereka tidak mengalunkan zikir penyucian Asmaul Husna.... Apa itu zikir penyucian Asmaul Husna??? 

Zikir Penyucian Hati Asmaul Husna

boleh rujuk juga.... Zikir Untuk Ibu Mengandung

..... bila ibunya dah habis zikir baru mereka akan tidur... Ya Allah Subhanallah,,,,, 

Kesan zikir kepada anak-anak sangat hebat! cuma tepuk dada tanya hati sama ada kita nak buat atau tak. Saya mengaku saya ni malas! kalau ingat baru zikir, tak apa... kita semat dalam hati selalu ingat insyaaAllah dengan ingat kita akan amal walaupun sepatah...

Subhanallah
Allhamdulillah
Walailahaillallah
Allahuakhbar!

Kalau anda ada cerita hebatnya zikir kesan kepada anak-anak bolehlah kongsikan bersama....



8 comments:

  1. Allahu, betapa terkesan nya saya dengan perkongsian sedikit kisah hidup puan. Semoga puan makin tabah dan dilimpahkan rahmat Allah Taala sentiasa. Aamiin

    ReplyDelete
  2. SubhanaAllah..bila kita betul2 tawakkal padaNYA..luar biasa kesannya kan kak..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian menarik boleh sama-sama amalkan untuk anak-anak

    ReplyDelete
  4. Setiap masa mmg ada pasang zikir kat rumah... Anak2 sampai dah hafaz zikir di bibir

    ReplyDelete
  5. subhanallah.
    indahnya kandungan entri ni.
    tq for sharing.

    ReplyDelete
  6. Masyaa Allah indahnya berzikir kan. Tapi kita aselalu lupa nak berzikir. Tq atas peringatan especially kesan untuk anak2 tu.

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.