Ilmu Parenting Penting ke?

Ilmu Parenting Penting ke? / Allhamdulillah..... dua tiga hari ni memang mood pening dan gembira dengan gelagat Nur Jannah. Masa dia kecil dulu saya paling geram kat dia paling chubby. Ye la anak ke3 dia punya berat masa lahir 3.5 kg paling besar daripada kakak-kakaknya dua orang cuma 3.0kg.... Tapi memang masa kecil dari hospital lagi dia kuat nangis. Dia lapar, susu saya tak keluar lagi.... Sampai balik rumah dalam pantang, pantang pun cuma kejap je kat kampung terus balik Kedah.... dan... dia asyik nangis dan nangis..... Badan besar nangis pun kuat! 



Sabar
Tak pernah saya alami semua ni sebelum ini,,, bila dah beberapa bula berat dia cuma naik sedikit demi sedikit sahaja sehingga la setahun dan kini , seminggu lagi cukup setahun 7 bulan.... Masa kecil geram sangat macam mana la budak ni kalau dah cakap.Sekarang, dalam dua tiga hari ni, mulut dia bagaikan mulut murai tak bhenti cakap "deddey, tatak, ngangah, mama" yang tu la dia duk ulang.... Sabar je la saya dibuatnya,,, selagi saya tak menyahut selagi tu dia sebut "mama, mama, mama......." then macam-macam gelagat dia buat!


Mula la Saya Pening
Dengan gelagat anak kecil ni macam-macam saya mula pening tapi disebalik gembira dengan telatahnya..... budak ni seperti yang saya cakap dia lain macam aktif skit berbanding dengan kakak-kakaknya.... Ingatkan kak ngah dah aktif tapi yang ni lagi aktif.... aduihhhh.... cepat je dia! dengan sekelip mata ada sahaja dia kat atas meja makan.... mula la saya jerit takut jatuh. 


 

Bila Anak Bercakap dan Bertanya
Bila dia dah mula bercakap, saya mula la pening,,,, ini baru sikit dia tahu sebut, ntah macamana la bila dia dah boleh cakap semua benda nanti! kekeke..... lagi pening saya nak menjawab. Tapi itu la sebagai ibu dan bapa harus didik mereka bercakap yang baik-baik sejak dari kecil lagi. Macam kak ngah dan kakak mereka ni suka bertanya? itu kenapa? ini kenapa? setiap perkara yang mereka tengok mereka akan tanya kenapa dan kenapa?? kadang-kala saya sendiri pun buntu apa jawapan yang saya nak bagi ye! ermmmm..... 



Ilmu Parenting Bukan Kepada Mereka Yang Bergelar Ibu Bapa Sahaja
Sebagai hamba, nak kena timba ilmu parenting, walaupun belum berkahwin dan ada yang belum dapat anak... sebab setiap ilmu itu sangat berguna kadang-kala kita tak sangka ilmu itu ditentukan kepada kita pada satu ketika dan masa walaupun kita belum ada anak dan belum berkahwin. Mungkin ada situasi yang luar jangka yang harus kita hadapi tentang anak-anak kecil, dan sebagainya disebabkan ilmu perenting yang cetek, maka kita tidak mampu menghadapinya. Sama juga seperti saya ketika masih belajar, belum  berkahwin saya ingatkan ia tak penting rupanya sangat penting. Tak cukup sekadar empati kepaa anak-anak kecil sahaja, malah ilmu menghadapi dan handle anak-anak kecil juga perlu tahu, kerana anak-anak kecil ini cukup emosi. Tak kena gaya menangis la budak-busak... kekeke.... memang saya tak tahu apa nak cakap dengan anak-anak kecil. Bila dah ada nak sendiri baru nak belajar,.... Dari berpantang sehinggalah a to z saya belajar sendiri semasa melahirkan anak sulung secara cesarean dahulu. 


Allhamdulillah Ilmu Daripada Allah
Saya bersyukur apa yang Allah berikan kepada saya walaupun ketiga-tiga anak saya, saya berpantang dengan susah namun saya berjaya mengharungi semuanya..... Allah Maha Penyayang. Allah MAha Dengan Kasih Sayang. Dia bagi kita susah, tapi sebenarnya itu bukan susah pun. Dan cuma kita sahaja anggap ia susah sebenarnya itu kasih sayang Allah buat kita. Setiap apa yang kita rasa susah itu, Allah ajar satu-satu ilmu untuk kita menghadapinya. Saya bersyukur ketiga-tiga anak saya, saya berpantang dengan kasih dan sayang Allah. Saya dapat rasanya hanya Dia di samping saya ketika itu. 

Masa Berpantang Sangat Crucial : SABAR
Sama dengan situasi Nur Jannah, saya lalui dengan cukup sabar. Allah mengajar ilmu kesabaran dan kekuatan untuk sahaja. Kadang-kala sakit sendiri, dan pelbagai perkara yang tidak kena sahaja semasa berpantang, namun kasih sayang Allah kepada saya membuat kan saya kuat dan kuat. 

Konklusi
Tak kira anda ibu atau bapa, single atau belum ada zuriat, belajarlah sedikit demi sedikit ilmu parenting, sebab ada ketika Allah akan uji kita dalam banyak perkara yang kita tidak jangka dan menduganya. 

Semoga Allah merahmati kita semua. Allhamdulillah....

4 comments:

  1. Ana baru sorang anak kak. Tu pun terasa cabaran dia. Masa bersalin semalaman x boleh tido sebab dia menangis. Sampai semingg cmtu. Rupanya nk tido beribakan tgn kita. Hehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. perkongsian yang baik.. tak salah kalau kita belajar ilmu ibu bapa ini walaupun ada sesetengah ilmu tu diperolehi melalui pengalaman..

    ReplyDelete
  3. sgt penting!
    if x kpd anak sendiri, kpd anak buah, anak jiran, anak murid di sekolah.
    pada aida, ilmu parenting ni menjadikan org dewasa tu lebih amik berat.
    dia akan melihat setiap kanak2 tu sgt istimewa.
    perlu dibelai.
    perlu dijaga.
    perlu dilindungi...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.