Antara Protein Diet Saya

Antara Protein Diet Saya / Allhamdulillah, ni antara menu diet saya selain sayur, saya juga mengambil protein, tapi biasa la kali ni saya goreng iaitu ikan cencaru sumbat sambal goreng. Namun, anda boleh juga bakar lebih selamat daripada menggunakan minyak. 


Memang senang nak sediakan. Cuma guna ikan cencaru belahkan badannya di bahagian tengah, lumurkan dengan garam kunyit.


Manakala untuk resepi sambalnya, saya menggunakan cili kering 2 biji, 1 biji cili padi, 2 biji bawang merah, sebiji bawang putih, sepotong serai, serbuk knor ayam dan sedikit gula. Cili kering dibelah dan dibersihkan dan direndam dahulu dengan air panas untuk bagi lembut. Selepas nampak cili kering dah mula lembut boleh la menumbuh kesemua bahan-bahan tadi sehingga lumat. 


Bila dah lumah boleh la masukkan dan sumbat di dalam belahan ikan tadi, Akhir sekali anda boleh menggoreng kan tersebut. Siap!


7 comments:

  1. Cancaru sumbat, antara pebret saya juga ni. Sedpanyaaaa

    ReplyDelete
  2. sedap nyer, sheila.
    cencaru ni aida jarang masak kat rumah.
    asben x brape suka sebab jaket nyer tu :)
    aida plak sgt suka! kekadang beli jugak. ngidam!!!

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.