Welcome to Bach. Media Technology (Hons.) School of Multimedia Technology and Communication UUM

Welcome to Bach. Media Technology (Hons.) School of Multimedia Technology and Communication UUM / Allhamdulillah, minggu ni masuk minggu ke-2 pengajian bagi semester 1 2018/2019. Belum terlambat rasanya, saya mengucapkan selamat datang pelajar baharu terutama pelajar yang menganbil pengajian dalam bidang Ijazah Teknologi Media (Kep.) dan semua pelajar baharu pusat pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi serta pelajar baharu di Universiti Utara Malaysia Sintok Kedah. 



Semoga kalian dapat menimba ilmu jasmani malah rohani di bumi Sintok ini untuk kalian sukses di masa hadapan. Media dui UUM mungkin tidak terkenal berbanding di universiti awam yang lain. Namun, di mana jua kalia berada dan di mana jua tempatnya kalian menimba ilmu itu adalah satu platform untuk anda majukan diri anda, membina sahsiah diri, jati diri, intelektual dengan siapa sahaja. Gunakan platform dan peluang yang kalian dapat ini sebaik mungkin. Dan ingatlah dengan siap sahaja anda berguru, jika seseorang itu memberi ilmu kepada anda maka, ia merupakan satu ilmu yang harus anda ambil dan amalkannya. 



Guru
Pemberi ilmu itu adalah guru, yang menjadi alat Allah bagi menyampaikan ilmu yang mereka ada kepada penerima ilmu. Walaupun mereka cuma si pengemis jalanan atau makcik dan pakcik cleaner, jika merekja menyampaikan satu ilmu, mereka juga dianggap guru. Malah seseorang yang menyampaikan sepotong ayat itu juga guru. Maka, ingatlah amalkan setiap pagi doa untuk ibu bapa dan guru-guru anda. 

Niat
Apabila anda melangkah sahaja ke universiti sematkan niat untuk belajar dan berjaya. Ada kala kursus yang diambil bukan pilihan, saya faham! Masa saya belajar dahulu, walaupun saya melangkah masuk ke universiti dengan kursus pilihan, namun saya faham dengan rakan-rakan sahaja yang mengambil kursus bukan pilihan mereka. Namun, bagi saya belum cuba belum tahu. Mungkin dah cuba terus jatuh cinta. Dan niatlah dengan yang baik. 


InsyaaAllah, jika anda tahu apa niat sebenar anda, anda akan bersedia sebagai hamba da khalifah Allah di bumi ini. Saya yakin anda pasti meniti jalan kejayaan. Walaupun kejayaa memang sukar dicapai, namun dengan usaha, akan pasti akan berjaya sepertimana dalam surah At Taubah ayat 105 yang bermaksud :

 Dan katakanlah wahai Muhammad “Hendaklah kamu semua berusaha (beramal ) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan .” 

Dan kini, 
Saya juga seperti kalian masih dalam berusaha dan sedang berusaha, dalam meniti sebuah kejayaan. InsyaaAllah sama-sama kita meniti kejayaan di bumi Sintok.

Seperti mana janji Allah akan mengangkat martabat orang yang berilmu.

“Allah mengangkat beberapa darjat orang yang beriman dan orang yang diberi ilmu pengetahuan.” (al-Mujadalah: 11)

Ilmu
Ilmu ada di mana jua, sama ada kita nak atau tidak mengambilnya. Adakala, masa juga mencemburi kita. Namun, tetapkan niat yang betul dalam mencari secebis ilmu, tetapkan niat hanya kepada Allah diperdahui sebelum niat dunia yang lain. Memang sukar untuk tetapkan niat. Adakalanya terpesong jua dibuatnya dalam menuntut secebis ilmu ini. Adakalah mungkin tersasar dengan dunia khayalan,,, namun InsyaAllah dengan jati diri dan pegangan agama yang ada dalam diri membentengi kita agar niat mencari lmu itu betul dan tepat.


Masa
Masa sangat penting dalam hidup ini. Seperti saya jua, kadang-kala saya sejujurnya juga tersasar menjaga masa. Pengalaman saya, ketika belajar semasa degree dahulu memang la terlalu sibuk, kadang-kala kerja assignmentpun last minute buat. Memang sampai sekarang pun jenis last minute…. So, jangan tiru macam saya! Tapi yang saya suka bila kerja last minute ni, nak menulis terutamanya, time tu banyak pulak idea mencurah. Siap satu paper dalam sehari sahja. Fuhhhh…. Gilerrr Sheila! Boleh lak ko buat! Yang selama ni duk peram sahaja idea. So, time management itu tersangat la penting. Set the goal, setiap hari apa yang nak achive sama la juga ibadah kita untuk Allah seperti “hari ni, saya nak solat awal”… Macam tu la gayanya.

Tapi
Saya memang tak sarankan anda sebagai pelajar baharu buat kerja last minute terutama buat assignment. Memang student saya dahulu buat latihan ilmiah terutamanya memang last minute. Latihan ilmiah setiap university peruntukkan 6 credit hour (2 semester), tapi ramai yang buat last minute. Siap menipu saya pun ada. Yang tu saya geram. MEmang nak sahaja saya bagi fail tapi memikirkan kesian dan humanities saya tak failkan student. Jarang student yang fail dalam kelas saya.


Planner
Memang sebagai pelajar jagalah masa anda dengan baik. Buat planning, siapkan awal assigmnet. Adakan planner bila nak mula dan sebagainya. MEsti kena mula awal untuk cari bahan dan sebagainya. Bila anda dah mula buat kerja awal, kawan-kawan anda mesti jeles, dan mereka juga akan terpengaruh dengan anda untuk membuat kerja awal. Serius saya cakap ni! Bila siap assignment awal , anda akan rasa satu beban dan release, rasa seronok yang amat. Tak percaya cuba dulu.

Best! Reward Yourself
So, anda boleh la bagi reward tuk diri sendiri seperti having a nice food dan sebaginya. Kalau saya suka makan, saya akan appreciate diri sendiri dengan makanan yang best….. Masa saya belajar dulu makanan yang best tu KFC, McDonald je la sebab school saya dekat dengan Giant, balik school jalan kaki terus masuk masuk Giant. Hehehe… memang itu la tempat makan saya persinggahan sebelum sampai rumah sewa.


Tawalkal
Sesudah usaha, tawalkal ler, kita dah usahakan. Apa lagi doa dan doa jangan putus doa untuk Berjaya. Susah kadang-kala nak tawalkal ni, sebab kita sering dihantui perkataan “kalua gagal”, “kalua aku gagal”…. Itu juga yang menjadi salah satu masalah saya ni. Mulut kata tawalkal tapi hati taku sahaja “kalua gagal”…. Tak apa! Jangan risau kalau gagal itu dah Allah sediakan, mungkin gagal hari ni tidak dikemudian hari. Mungkin gagal di dunia, insyaAllah di akhirat syurga menunggu…. Apa pun tawalkal harus yakin dengan Allah.


Allah Ya Allah
Serah semua kepadanya, Tarik nafas, selalu ingat Dia. Solat jangan lupa. Walaupun sesibuk mana. Sama la dengan saya, kekadang busy, solat dah hujung…. Aduihh… itu yang saya fail lagi…. Terkejar sana-sini, peluh lecun, nak solat! Yang sangat melemahkan saya. Saya ni, memang selalu dengan konsep “taka pa”…. sikit-sikit “taka pa”….. Allah ada. Tapi harus dan selalu ingat Allah Allah dekat dengan kita. Walaupun terkejar mana pun mesti kejar Allah.

Sama-sama la kita perbaik diri dahulukan Allah….

Nukilan
Saya yang lemah,


Aminnn…. 



 Welcome to UUM Sintok Kedah
The Best Place For You


3 comments:

  1. good luck kak sheila, semoga dipermudahkan urusan kak sheila kat sana

    ReplyDelete
  2. i still fail at journaling. hhaaha

    ReplyDelete
  3. All the best to you Sheila..
    Boleh share tak apa yang menyebabkan Sheila gigih terus belajar.
    Maaf kalau Sheila pernah post sebelum ni tapi LZ tak baca, mohon share tips ;)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.