Surah Al Baqarah dan Terjemahan

Surah Al Baqarah dan Terjemahan / Allhamdulillah, saya ni belajar tafsir Al Quran tapi tu la kan dek kekadang busy tak dapat nak pergi. Allhamdulillah hari ni Allah Yang Maha Menysusun dapat juga pergi. Masuk ke dewan dah ayat ke 197. Cari lak dalam beg pen, pensel ada, buku nota lak tertinggal. Padahal masa nak pergi elok je duk susun buku last-last tak terperasan buku nota saya keluarkan dalam beg. huhuhu.... Buku yang ada dalam beg adalah dua buah buku yang baru beli bulan lepas belum di baca lagi.... 


Alamak,,, mana ada tempat kosong kat buku tu kat situ la saya coretkan nota! Kau dah kenapa Sheila??? Sama la pagi tadi, bila jer member call breakfast, terus keluar bawa wallet kunci bilik ofis lupa lagi nak bawa. Terpaksa la menebalkan muka lagi pinjam master key kat ofis, memandangkan kunci spare bilik saya di main office ntah mana hilang....

Aduihhh....

Last lepas je pinjam kunci tu, terus pergi hantar master key dan bagi kunci spare afis yang saya sengaja buat pendua lebih untuk smpanan main office.... 


So, Surah Al Baqarah
Ayat 197-206 : tentang ibadah haji, apa yang saya dapat menerusi ayat berkenaan. 

Selalu sebut dan sentiasa mengingati Allah, kerana keadaan ketika mengerjakan ibadah haji akan menguji kesabaran, dalam apa jua situasi dan keadaan selalu ingat Allah.... 

Bertaqwa Kepada Allah:
Sentiasa dan lebihkan menyebut Allah
Ingat kepada Allah sebagaimana Allah memberi petunjuk dan hidayah untuk membuat ibadah haji, begitulah kena banyak bersyukur
"hendaklah kamu semua bertolak turun dari padang Arafah dan kamu hendaklah banyak minta ampun kepada Allah kerana amalan kamu yang duduk di pinggir bukit adalah amalan yang direka-reka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.

Dua Golongan Mereka Minta Dengan Allah
1. Golongan yang meminta duniawi
2. Golongan yang meminta dunia dan akhirat. Seperti mana doa di bawah yang saban hari kita minta.

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


Ya Allah, berikanlah kepada Kami kebaikan di dunia, berikan pula kebaikan di akhirat dan lindungilah Kami dari siksa neraka.” (QS. al-Baqarah : 201)


Sejarah Kaum Musyrikin, Yahudi dan Nasrani
Al kisahnya, surah Al Baqarah ini mengisahkan umat terdahulu iaitu kaum musyrikin Mekah serta kaum Yahudi dan Nasrani. 

Kaum musyirikin Mekah ini adalah kaum yang tidak ada kitab dan mereka jahil tentang agama. Walau bagaimanapun kaum Yahudi dan Nasrani adalah kaum yang adakitab, namun kitab mereka banyak terpesong dan direka-reka. 

Apa yang penting dalam ayat tersebut, mengisahkan tentang kaum musyrikin Mekah ini memandang darjat mereka tinggi berbanding dengan kaum. 

Dan dalam ayat 203, tidak salah jika ada yang meninggalkan Mina pada hari kedua, dan tidak juga salah tinggal di Mina lebih lama dan mereka yang tinggal di Mina lebih lama maka hendaklah bertqwa kepada Allah.

Ayat 204-206:
Menceritakan tentang kaum Musyrikin Mekah ini bersumpah dengan nama Allah akan bertaqwa kepada Allah sedangkan apabila mereka pergi kepangkuan kaumnya, mereka kufur dan melakukan kerosakan tanaman, binatang ternakan dan sebagainya. Apabila disuruh bertqwa kepada Allah mereka sombong. Bagaimana perbuatan mereka akan dibalas dengan neraka jahanam. 

Hari ni itu yang saya dapat daripada intipada kelas tafsir tersebut. Allahmdulillah. sebagaimana kita menuntut ilmu dunia, jangan dilupakan ilmu akhirat. Hendaklah melebihkan dan memahami wahyu sebelum menghembuskan nafas terakhir. Itulah nasihat ustaz kepada kami. 

InsyaaAllah. Terima kasih Ya Rabb... 

Lindungilah kami,,,,

No comments

Powered by Blogger.