Lima Hari Berturut Senaman Pagi

Lima Hari Berturut Senaman Pagi / Allhamdulillah, syukur nikmat Allah yang banyak. Minggu ni dapat saya senaman pagi lima hari berturut. Hari Isnin malam dapat pergi mengurut then pagi Selasa sambung jogging.... Waktu pagi je la ada masa saya.... Kalau petang sibuk lak dengan anak sekolah. Pagi 7.30 settle hantar anak sekolah, terus ke pusat sukan dalam setengah jam siap la pusing 5 round track. 

Lega 
Baru lega sikit rasa otot-otot.... nak nak mak budak macam saya memang banyak urat putus.... Malam je selalu sakit urat, penat, lemau badan. Bila dapat luangkan masa senaman lega sikit rasa badan ni. 

Sauna
Syukur pagi ni pusing padang 3 round then sambung g sauna... yuhuuuu lama dah tak bersauna. Bayaran RM3 sahaja bagi staf dan juga pelajar di Pusat Sukan UUM ni.... kalau outsider saya tak pasti lak. Lupa pula nak tanya. Kat pusat sukan UUM ni memang selesa nak bersukan.

Baca : UUM Di Dalam Rimba, Universiti Di Rimba Hijau


Bersihkan Badan
Bila dah puas bersauna cukup la setengah jam, bersihkan badan, mandi, siap! pergi breakfast kemudian terus ke library memulakan kerja ku!

Allhamdulillah
Segar rasa badan. seronok sangat.... jangan lupa solat dhuha Sheila! huhu... kalau dah mula buat kerja memang lupa solat dhuha, kadang-kadang ingat tapi banyak sangat kekangan sampai la ke Zohor... haish... jangan dibuat perangai cam ni Sheila oiii.... benda lain ko boleh buat senaman, bersauna bagai, nak solat dhuha 2 rakaan pun tak boleh.... kekeke.... itu la saya. Sikap malas nak p toilet ambil wudhuk. Kalau tak library seanag kemudahan dah ada, surau dekat saja dalam library senang nak solat sunat.....

Syukur
Jom sahabat kita mulakan langkah dengan senaman. Saya ni ada masa x dan juga nak bersenam, ini kali baru dapat lima hari straigh.... Kalau xdan nak buat naik tangga turun tangga je la saya.... janji otot kita gerak, jadi la.... Syukur dengan nikmat Allah apa pun yang Dia bahagi terima kasih Ya Rabb.... 




5 comments:

  1. terbaek. semoga sihat selalu :)

    ReplyDelete
  2. Teruskan kak...terbaiklah...alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. wahh!!! bestnyaaa.. seronok bila buat. rasa macam capai satu kepuasan buat diri.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, senaman boleh meningkatkan kesihatan..
    Cuma kadangkala LZ tak berapa nak rajin bersenam, huhuhu

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.