Jumpa Kak Chah @Habsah Hassan

Jumpa Kak Chah @Habsah Hassan / Allhamdulillah. Buka bicara minggu yang padat. Hari Isnin, masuk ofis terus siapkan slide presentation for the seminars. The 1st seminar, I am joint for this year. Ini pun dalam kelam kabut saya dibuatnya. Paper belum siap, terus jump pada slide presentation.  Nasib baik la hari Isnin, jadual saya pukul 2.30 petang. Pukul 11.30 perasmian seminar dan ucaptama untuk seminar ini adalah Prof Adjung bagi pusat pungajian saya iaitu Kak Chah atau Habsah Hassan. Dan kelmarin hari penutup dan pemberian sijil. 


Sangat terkesan dengan speech nya dengan tema seminar iaitu "Menggarap Kepelbagaian, Hubungan dan Cabaran Revolusi Industri 4.0"..... Menurut beliau dalam bidang seni, teknologi memang diperlukan dan terlalu cepat berkembang sehinggakan tidak mampu untuk mengejarnya. Namun, harus diingat dalam perkembangan teknologi yang drastik iaitu Revolusi Industri 4.0, harus dipastikan aspek "humanities" dikekalkan. Itu adalah akar umbi bagi ummah. Jika akar tidak kuat mana mungkin buahnya akan berkualiti. 


Apa Itu Revolusi 4.0?

Revolusi 4.0 merujuk kepada kilang-kilang pintar dimana mesin dihubungkan dengan capaian sesawang kepada sistem yang boleh menggambarkan rantaian pengeluaran keseluruhan dan membuat keputusan sendiri. Ia mewakili sistem siber-fizikal, Internet of Thing (IoT) dan Internet Sistem.

Senang cakap revolusi 4.0 ini seperti robot mesin dan sebagainya. 



Konklusi
Daripada ucapan beliau tersebut, menyatakan walaupun teknologi sangat pantas berkembang, dan kita hendak tak hendak mesti juga menggunakannya dalam kehidupan seharian. Walau bagaimanapun, apa yang utama jangan mengabaikan sifat kemanusiaan.

5 comments:

  1. betul sangat apa yang diperkatakan itu, sifat kemanusiaan itu jangan dipinggirkan walaupun kita hidup dalam kecanggihan teknologi

    ReplyDelete
  2. Teknologi jangan sampai menjadi asbab kita kembali ke zaman jahiliah..

    ReplyDelete
  3. wahh best dapat jumpa orang yang hebat tu

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.