Bila La Nak Senang Kalau Cam Ni

Bila La Nak Senang Kalau Cam Ni / Allhamdulillah, pagi yang ceria dan barakah. Salam hujung minggu awak-awak.... Kita kat sini hari kerja dan sekolah. Kak ngah Zara Adelia selsema, batuk, sakit tekak terus tak mau pergi sekolah. Saya bawa dia pergi walking bila masuk ofis... Kesian lak kat dia kena jalan jauh 2.8km.... 


Sampai sahaja kat ladang rusa kami stop kejap. Dah sampai 3/4 jalan, kami pit stop breakfast dulu.... Bagi dia makan kenyang-kenyang baru sambung walking sehingga sampai ke tempat mula.... hehehe


Bila La Nak Senang Kalau Cam Ni
Berbalik pada tajuk, dalam hati kita sebagai hamba yang lemah ni, selalu suka merungut. Biat itu sikit merungut, buat ini sikit merungut. Ada sahaja yang senang dirungutkan. Sikap suka merungut akan meragut seseorang ke medan jaya. Memang sukar nak ovoid bab merungut ni lebih-lebih lagi melibatkan orang lain yang ada sahaja dipandang tidak kena terhadap kita dan sebagainta. 

Detox
Oleh itu, sebolehnya sikap ini harus didetoxkan dalam diri, jika hendak senang. Senang dengan erti kata berjaya dalam apa jua yang diceburi. Sebagaimana, Rasulullah saw sentiasa beristigfar lebih 70 sehari, itu perkara mudah jika dipandang sekali imbas, namun sukar suka hamba yang lemah seperti saya untuk melakukan... walaupun ia 1 perkataan sahaja:
Rasulullah saw bersabda "sesiapa yang sentiasa beristigfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusuahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya sumber yang tidak disangka-sangka".


Sepuluh Kelebihan Beristigfar
  1. Dicintai Allah
  2. Diampunkan dosa
  3. Selamat daripada azab api neraka
  4. Mendapat balasan syurga
  5. Dapat melngecewakan dan memutus asa syaitan
  6. Melancarkan rezeki
  7. Membersihkan hati
  8. Terhindar adrpada orang yang zalim
  9. Ditambahkan kesejahteraan 
  10. Melapangkan kesempitan

Oleh itu, kalau la sikap kita ni sering merungut sahaja nak buat perkara semudah itu pun tak mampu, mana mungkin akan dapat senang di hari mendatang. Itu saya la, mengingat agar diri ini sentiasa tidak terpesong dan goyah dengan apa jua halangan, ingat untuk beristigfar selalu dan setiap masa. Kelebihannya sangat banyak dan besar faedahnya.

Cuma hanya sepotong ayat! ou can do it.... InsyaaAllah,,, Jom sama-sama kita senang di hari kelak, amalkan istigfar setiap masa dan saat... 


4 comments:

Powered by Blogger.