Bila Anak Dah Faham Cakap Kita

Bila Anak Dah Faham Cakap Kita / Allhamdulillah, adik Nur Jannah dah nak masuk 1 tahun 5 bulan... Dia dah faham apa yang kita cakap. Bila di suruh terus saja dia buat. Itu menandakan dia faham. Walaupun dia baru boleh cakap mama, kaka, ngangah, dedey, meme, papa.... hhehehe.... tang "mama" je yang jelas dan terang.... 



Bila Nak Mandi
Adik Nur Jannah ni memang suka main air, cakap sahaja adik mandi.... terus sahaja dia buka seluar, dan ambil towel. Tahu aje dia... Tak payah suruh terus jer ambil towel.... Bila ambil towel dia tahu je nak letak towel kat mana. Dia selalu tengok saya letak towel di pintu, dia pun nak letak towel di pintu... hehehe


Nak Makan
Bab makan ni la, yang saya susah skit, sebab dia nak makan sendiri. Boleh kira je saya suap berapa mulut. Bila masuk dapur nak makan. Dia terus siap-siap ambil mangkuk plastiknya suruh buh nasi. Bila dah makan sendiri harus le satu ruang dapur la berterabur nasinya. Dan dia tahu tempat makannya di mana.... (kat tepi dinding) hehehe.... 

Bila Dia Dah Faham Kita Cakap....
Kita boleh terus ajar dia perkara yang boleh dan tak boleh. Kalau ikut psikologi Barat, tidak digalakkan kita menyekat dia melakukan apa yang dia suka walaupun itu walaupun itu akan merosokkan sesuatu perkara seperti menconteng dinding dan sebagainya. Namun, jika ikut Al Quran, banyak dalam ayat Al Quran menyebut "La", yaitu "jangan". Bag saya walaupun mencoteng dindding itu kreativiti anak tapi jika dibiarkan ia memudaratkan dan anak-anak kecil mula terbiasa buat perkara salah. Lebih baik ajar dia dengan "La" dan bagi sahaja buku atau kertas majung yang besar biarkan dia menconteng di situ.



Konsep Saya
Saya memang akan biarkan dia buat dahulu apa yang dia mahu, kemudian saya akan tegahnya sebelum mudarat. Pada awal dia akan buat apa yang dia suka dengan saya memerhati dan mengawalnya, bila saya nampak ia akan memudaratkan saya akan mencegahnya. Dinding rumah saya nak kata terlalu bersih tidak la, sebab ada saki baki anak conteng, tapi tak terserlah contengan anak-anak di situ. 

Baca: Tips Anak Syurga

Bab mengasuh dan mendidik anak saya banyak yang kena belajar, saya tak mahir dalam konsep pendidikan anak. Namun, sebagai ibu kepada 3 puteri saya sedang lalukan terbaik. Bila blur hal anak-anak saya hanya doa dan doa.... 

Anda mungkin banyak tips dan ibu bapa terbaik boleh kongsi dengan saya tentang mengasuh dan mendidik anak-anak....

2 comments:

  1. Cepat adik Nur Jannah belajar. Teknik dan pendekatan sis patut jadi ikutan parent lain...

    ReplyDelete
  2. aida pun tiap hari masih mencedok ilmu parenting dari parents yg lain, sheila.
    keep sharing.

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.