Mencari Barang Hilang Dengan Zikir

Mencari Barang Hilang Dengan Zikir / Sudah seminggu lebih saya berhadap dengan masalah kehilangan barang. Barang yang hilang pula, barang yang saya guna setiap hari.... Oh... tidak, di mana mata ku! hehehe.... ye la, saya ni rabun tahap tinggi juga rasanya. Power saya 450 tu.... tinggi! mula saya pakai spek sejak tingkatan 2 tahun 1994 yang lalu. Power saya pada memula pakai spek dalam 125, sekarang dah meningkat kepada 450. Fuhhhh..... memang kalau tak pakai boleh langgar tiang saya!


Ditambah pula dengan masalah ingatan saya yang tak berapa nak konsisten sekarang ni, memang saya lupa kat mana saya letak spek saya! Saya tanya kakak, nampak tak spek mama? kata jawa dengan pertanyaan "mama tak jumpa lagi, spek mama, kakak ingat mama dah jumpa"... a'aa kakak tak jumpa lagi!


Solat Memberi Petunjuk

Berlalu perbualan, saya melangkah untuk solat maghrib. Dengan hati yang sangat mengharap untuk menjumpai kembali spek saya yang hilang, saya manruh harapannya kepada Yang Maha Kuasa. Saya kongsikan di sini apa yang saya buat, insyaaAllah dengan izinNya Dia permudahkan jalanNya. /sebolehnya kusyuk dalam solat, sangat menghinakan diri di hadapanNya, suci dan bersihkan hati, istigfar, mohon ampun dengan dosa-dosa.... Selepas solat, saya baru teringat untuk zikir nama Allah Ya Muid, Ya Alim.... lepas berdoa terus beberapa kali saya membacanya, dengan tiba-tiba saya seakan digerakkan ke suatu arah, lalu menghulurkan tangan saya ke salah satu tempat yang tidak nampak pada pandangan, tangan saya mencapai sesuatu dan itu spek saya....

Allah Ya Muid Ya Alim

Ya Allah hebatNya! Saya tunduk sujud, sayu sangat! Allah Yang Maha Berkuasa, Al Kabir, Al Mutakabbir.... Selama ni saya lupa namaNya Ya Muid, Yang Maha Mengembalikan....

Kat sini saya belajar satu perkara iailah hati! Kalau hati kita betul-betul suci mengharapkan pertolongannya, InsyaaAllah Dia akan membantu kita. Yang penting cuba sedaya-upaya buang perkara kotor atau fikiran negetif, jangan kata "no".... Istigfar banyak-banyak, InsyaaAllah akan dipermudahkan....

Terima kasih Ya Rabb...

Allhamdulillah....

2 comments:

  1. Dah jumpa ke spek kak shiela.. tu la kan kadang kadang lupa tu kita gelabah tapi mudah mudahan dapat jumpa balik

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.