Product Review

[Product Review][bleft]

Jom Jalan

[Jalan-jalan][bsummary]
Powered by Blogger.

Konsep 'Enjoyment' Dalam Filem Hantu Kak Limah Membawa Kejayaan Besar

Konsep 'Enjoyment' Dalam Filem Hantu Kak Limah Membawa Kejayaan Besar / Allhamdulillah. Sabtu lalu sempat saya membawa anak-anak menonton filem yang semakin mendapat tempat di hati penonton iaitu Hantu Kak Limah. Kini, telah mengutip 27.5juta setelah 15 ditayangkan tidak termasuk ke hari ini iaitu hari yang ke20. 


Pelakon Hantu Kak Limah

Filem Hantu Kak Limah dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Allahyarham Rab Khalid, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz, Pekin Ibrahim serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida memberi suntikan yang membuatkan penonton ingin ke pawagam.

Enjoyment atau Keseronokan Dalam Filem Hantu Kak Limah

Kali ini saya akan mengulas secara sudut pandang akademik tentang konsep 'enjoyment' atau keseronokan menerusi filem Hantu Kak Limah yang membawa keyajaan kepada kutipan pecah panggung.


Istilah 'Keseronokan'

Istilah keseronokan mula diperkenalkan oleh Raney (2003), Zillmann (1988b) dan Zillmann dan Bryant (2004) iaitu kecenderungan yang positif atau kesukaan penonton terhadap kendungan media. Keseronokan dapat menggambarkan reaksi penonton terhadap mesej yang disampaikan dalam filem dan keseluruhan pengalaman menonton filem.

Dalam hal ini, keseronokan ditakrifkan sebagai sebahagian daripada istilah ‘kegemaran’. Kegemaran merujuk kepada penilaian positif terhadap sesuatu program atau karakter (Hoffner, 1996; Krcmar & Kean, 2004; Valkenburg & Cantor, 2000). Walau bagaimanapun, kedua-dua istilah ini sebenarnya membawa maksud yang berbeza (Nabi & Krcmar, 2004). Reaksi gemar adalah bagi mengukur reaksi secara kognitif dan afektif atau kedua-duanya terhadap mesej yang disampaikan oleh media. Manakala, keseronokan merujuk kepada reaksi terhadap mesej dan pengalaman menonton sesebuah filem, berkaitan dengan elemen situasi dan konteks (Nabi & Krcmar, 2004).



Keseronokan Menerusi Babak Terpilih Hantu Kak Limah

Sehubungan itu, dalam filem Hantu Kak Limah elemen keseronokan diperlihat menerusi beberapa babab dan watak yang dapat memberi kesan reaksi kognitif  malah afektif kepada penonton. Sebagai contoh pada babak pertama audiens diperkenalkan dengan watak utama iaitu Kak Limah, Khuda, Husin, Yeh dan Wani. Di dalam babak ini eunsur keseronokan dibangkitkan apabila kamera menunjukkan medium shot watak Hussien sedang memegang handle motor herly davidson, dan apabila kamera zoom out kepada watak Hussin ia menunjukkan bahawa Hussien sedang menaiki sampan dengan hanle motor di atasnya. Justeru, elemen keseronokan ini menunjukkan reaksi kegembiraan kepada audiens seterusnya telah menyampaikan mesej daripada pengarah yang menunjukkan watak Hussin minat terhadap permotoran (Nabi & Krcmar, 2004).

Bersambung.......

p/s: maaf saya terpaksa stop dulu di sini, InsyaaAllah.... akan saya sambung semula perbincangan ini jika kelapangan.....





2 comments:

  1. di KB x dok cinema jd kena tunggu kuar di TV la baru leh tengok. huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. RABIA TAK TENGOK LAGI HANTU KAK LIMAH .. ENTAH BILA LAH NAK PERGI PANGGUNG WAYANG NI.

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.