Product Review

[Product Review][bleft]

Jom Jalan

[Jalan-jalan][bsummary]

Jangan Menangguh Untuk Berubah

Jangan Menangguh Untuk Berubah / Bukan senang untuk berubah, hati kena kental, fizikal dan mental, iman di dada kena kuat. Semua orang ada perasaan untuk berubah lebih baik. Namun, selalu dibatasi dengan dengan perasaan dan sebagainya. Seperti saya yang lemah, bila sahaja melihat mereka bertudung labuh, berjilbab, alahai sejuknya mata memandang. Sering terfikir bila agaknya saya akan memakai seperti itu? Apa pu jika tengok kebaikan saya hanya mampu mendoakan saja semoga saya juga akan berubah ke tahap yang lebih baik dari segi iman saya seperti ibadah wajib solat dan sebagainya. Di bawah ini saya mengambil satu petikan untuk manfaat semua. 



Jangan ditangguhkan keinginan untuk melakukan kebaikan ketika kita mampu melakukannya. Ini kerana mati tidak pernah menangguh nangguh untuk menemui kita.

Mati Bila Sahaja

Mati akan datang menjengah kita tidak cepat sesaat mahupun lambat sesaat bahkan ia tepat pada waktunya menuruti ketetapan Tuhan.

Boleh jadi peluang untuk melakukan kebaikan itu adalah peluang terakhir yang kita ada sebelum kita dibawa pergi "menemui" Tuhan. Lalu pastikanlah ia dilakukan sebaik mungkin dan jika boleh, biarlah ia memberi manfaat yang berpanjangan.

Elak Perkara Buruk

Adapun maksiat, jangan sekali kali kita mencari cari peluang untuk melakukannya. Berusahalah sebaiknya untuk tidak melakukan maksiat kerana boleh jadi ketika atau selepas kita melakukan maksiat, mati datang menjengah tanpa diduga disaat taubat belum sempat dilakukan lagi.

Sentiasa Berdoa

Oleh itu, sentiasalah kita berdoa memohon kepada Tuhan agar kita diberi taufiq (kemampuan) untuk melakukan banyak kebaikan dan berjaya menahan diri daripada melakukan maksiat.

Tuhan ada berfirman ; 
"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!. Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!" [99:7-8]

Menjadi Hamba Yang Bijak

Justeru, menjadilah kita orang yang bijak dengan memilih kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Wallahu'alam

#AkhiAdifGorment
19 Zulkaedah 1439H
1 August 2018

10 comments:

  1. semoga kita sama-sama dpt jadi manusia yg lebih baik aminnnn...

    ReplyDelete
  2. semoga kita semua dipermudahkan dan diberi kekuatan olehNya utk berubah ke arah kebaikan..

    ReplyDelete
  3. insyaAllah kak sheila.. peringatan yang bagus ni..

    ReplyDelete
  4. Usually, I never comment on blogs but your article is so convincing that I never stop myself to say something about it. You’re doing a great job Man. Best article I have ever read

    Keep it up!

    ReplyDelete
  5. Terima kasih untuk peringatan kak..takut rasa mati datang tak kenal masa..

    ReplyDelete
  6. InshaAllah
    Thanks atas peringatan ni :)

    ReplyDelete
  7. doakan saya supaya dapat berubah k arah yang lebih baik. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 1522

    ReplyDelete
  8. Zumal harap zumal dapat istiqamah untuk berubah...

    ReplyDelete
  9. semoga dipermudahkan, niat tiap pagi nak berubah jadi baik

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.