Suramnya La Sheila Raya... hahaha

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



La Sheila Raya / Allhamdulillah... Salam Aidilfitri, maaf zahir batin buat semua yang sudi singgah ke teratak usang saya ni...

Dah berapa hari selamat sampai Kedah. Dah 2 hari masuk kerja. Relex kat Kedah sambil checking ada ka open house? keke... uppsss hampa, tak nampak bayang open house. Tak pa la, sebelum ni duk Kedah hampir 11 tahun ni, boleh kira la sekali ke dua kali g open house sahabat. Open house UUM pun boleh kira berapa kali saya attend... hahaha.... 


Raya Yang Suram
Agaknya bila la raya saya akan rasa best? hehehe.... xde la.... saya sedih la setiap kali raya! nak pula anak adik Nur Jannah saya tak sihat. Saya pula kena gastrik. Ini kali kedua saya kena sakit ulu hati semacam ni... Kali pertama masa raya juga, lupa dah tahun bila! Tak sangka finally sakit macam tu rupanya gastrik, bla doktor sahkan saya gastrik. Awal-awal pagi raya ke5 bergegas saya ke klinik. Ye la semalaman menahan rasa sakit. Tak sangka finally di sahkan gastrik. Wuhuuu... kena jaga makan la..... tapi bagus gak bila sakit ni Allah bagi hint memang suh jaga makan.... Ingat selalu macamana Rasulullah saw dan family nya makan.... Susah tau mereka nak dapat makan. Kita ni terlebih makan sebab tu  jadi macam-macam penyakit.

Kata orang walaupun apa pun masalah, jangan rasa sedih. Ceriakan hati, walaupun sedih.... tunjukkan kegembiraan. Yeahhhhh.....

Bila Dapat Balik Kedah
Alaahaiiiii..... rasa seronoknya bila dapat balik Kedah walaupun tak ada apa kat rumah ni, saya seronok. rumah, kadang-kala kecil itu la bahagia. Rumah usang itu lah bahagia daripada besar tapi kosong. Saya seronok walaupun hanya makan nasi berkuahkan kicap di rumah sendiri.... Anak-anak pun seronok. 

Allah Uji Sayang Kita 
Allah sayang kita Dia uji kita. Allhamdulillah dengan ujiannya kita akan bertambah kuat dan lebih positif. Sabar! yang penting... Itu paling utama. RahmatNya akan mendatang. Bila? kita tak tahu. yang penting yakin dengan Allah sebagaimana iman kita. Sukar mendukung Rukun Iman yang pertama. Tapi percayalah dengan segala ujian kita akan menjadi lebih matang. 

Motivasi
Walaupun sedih sakit itu tak seberapa. Ia boleh ditukar dengan kegembiraan.... Ramai lagi yang di luar sana dalam kesempitan dan kesedihan hidup menanggung segala bagai dugaanNya. Dugaan kita ni apa la sangat kan.... Biarpun bertahu dan berbelas tahun.... Yang penting sabar dan sabar mengahadapi segalanya..... InsyaaAllah......

Bila?
Saya tak tahu sampai bila ia akan berakhir. Yang pasti saya tahu akan ada penghujungnya. Bukan untuk diminta disanjung, walaupun saya tahu manusia ini tak adil menabur kasih dan sayang. Hanya Allah sahaja Yang Maha Adil. Saya tahu Allah itu Maha Adil. Biar la bukan di dunia, namun ada di akhirat kelak. Tak apa! apa yang pasti saya syukur sangat kerana selama saya membesar Allah datangkan saya rasa semua ini.... bukan pada orang lain, ia tanda kasih dan sayang Allah buat saya. Dari kecil, remaja ke dewasa rasa ini selalu di samping saya... Terima kasih Ya Rabb.... Dia mahu saya bergantung harap hanya kepadaNya, bukan kepada makhluk. Penghujung itu akan datang..... tunggu,,,,,,, ia akan datang bila akhirnya! Ameen.....

Allhamdulillah!





4 comments:

  1. Selamat hari raya kak Sheila.. Semoga akak cepat sembuh seperti sediakala dan ceria-ceria selalu.. Oh, ya! Tahniah pada kak Sheila kerana minggu nie akak terpilih untuk direview oleh saya.. Jemput singgah..

    https://www.shikinrazali.com/2018/06/sahabat-blogger-pilihan_26.html

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya kak Sheila

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.