Redeem Voucher Lazada

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Redeem Voucher Lazada / Allhamdulillah, April lalu saya join contest birthday Lazada for blogger. Saya ni boleh kira beberap barang je beli kat Lazada sebelum contest tu.... Di sebabkan bila saya duk survey barang di laman sesawang yang lain ada banyak perbezaan menyebabkan ada barang yang diperlukan dibeli di Lazada. 

Allhamdulillah....
Dengan penyertaan tersebut, saya telah memenangi RM100 voucher Lazada. 


Dengan voucher tersebut saya telah membeli 4 barang, terutama handphone untuk mami saya di kampung. Ye la sekarang ni saya guna handphonenya sejak saya bersali dan berpantang masa melahirkan Nur Jannah di kampung setahun 3 bulan yang lepas..... Sebelum tu sejak kehilangan handphone saya tak guna smarphone, itu la saya menggunakan semula, dan mula ada wassup. 


TP-Link Neffos Y5 Y5i 4GLTE 5-Inch
Dengan voucher tersebut saya ganti semula smartphone mami saya. Sebab mami saya pun dah bersedia nak guna smartphone, Sebelum tu dia duk bising susah guna smartphone dan bil dia meningkat naik. Dah sakang dia sedia nak guna semula saya beli la gantikan smartphone dia yang saya guna. TP-Link Neffos Y5 Y5i 4GLTE 5-Inch dengan harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan voucher RM40, allhamdulillah akhirnya dapat saya ganti smartphone mami saya.





Philips Avent Teats Natural 2.0 3 months Variable Flow
Barang kedua yang saya guna dengan voucher tersebut adalah Philips Avent Teats Natural 2.0 3 months Variable Flow. Terpaksa beli teats Nur Jannah dah pecah digigitnya. Beli yang umur 3 bulan sebab Nur Jannah akan gigit teats nya juga, harus terbelah besar the hole teats. huhuhu..... 




GOQ V3 4K 30fps Sport Action Waterproof Camera with Accessories (Yellow) FREE Floating Bobber

Kenapa saya beli camera ni? 
Dari tahun lepas lagi saya berminat dengan kamera ni. Memandangkan bidang pengajian saya pengajian skrin terutama filem, saya perlukan satu kamera yang praktikal dan kecil untuk di bawa kemana sahaja. Dengan 4k 30f sudah cukup untuk saya merakam apa yang disukai. Selain itu saya juga suka kamera ni sebab ia ada fish eye shot... Erm... itu yang menarik kalau shooting biasa.... 



Warna Kuning?
Tak tahulah kenapa bagi barang-barang macam ni saya suka kuning terang.... huhu... sama juga macam blog saya.... Tukar duk tukar la warna lembut last-last warna kuning ni juga saya pilih..... Dulu saya memang tak suka kuning. Dari kecil warna kegemaran saya merah.... terutama merah cili.... huhu.... bila dah remaja skit dah umur saya 25 tahun saya mula memujuk hati sukakan warna pink.... dan sampai skang saya masih suka warna pink... kekeke.... tapi tuk barang macam ni saya prefer kuning..... Saya ada sepasang baju raya warna kuning terang ni tau... kekeke.... 

taraaaa
v
v
v
v
v


kekeke..... aduihhhhh.... gilerrrr Sheila, ni gambar 1st time g Cameron sebelum mengandung kat Nur Jannah..... dan item keempat tripo kat bawah ni....


Andoer Universal Mini Phone Tripod

Tripod ni saya beli tanya menggunakan duit, full guna voucher RM20... harganya belas-belas ringgit sahaja tau masa tu.... memang berbaloi sangat sebab masa saya beli masa tu raya deal promotion dan juga free postage. Saya ingatkan local sending, rupanya daripada China. Penghataran pun cepat saya sangat berpuas hati. Dah la kul 8.30 mesej telefon saya berbunyi yang mengatakan barang dah sampai kat ofis saya.... biar betul? hahaha.... memang betul, 8.30 pagi sampai sungguh..... hehehe.....

Dengan jayanya saya guna vaucher tersebut untuk empat item di atas. Terima kasih Ya Rabb. SesungguhNya Dia lah Yang Maha Memberi Rezeki. 

Allhamdullah.... 


3 comments:

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.