Gelagat Nur Jannah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Gelagat Nur Jannah / Budak ni makin hari makin aktif. Dalam ketiga-tiga puteri saya, yang ni paling banyak akal, paling aktif.... Memang dia tak leh nak bawa masuk majlis. Habis dia sapu. Tangan, kaki, mulut semua cepat... Pening mak ayah dia ni... Kalau dia tak boleh ambil apa-apa dengak tangan dia akan gunakan kaki. Kalau naik kereta mesti la saya kena duk belakang dnegannya. Kalau tak habis button dalam kereta dia tekan. 



Bila duk belakang lak, dia nak panjat pergi depan. Memang kena ada kekuatan mental dan fizikal la mak dia ni. Walaupun kecil tapi kuat yang amat. Kita pegang asyik terlepas saja, dia ronta punya ronta... sakit tangan kita dibuatnya.... 



Pantang nampak apa saja benda dia nak main. Di bila saya tinggalkan dia dalam kereta, bila balik tengok dia dah ambil bekas makanan ni duk telengkup kat mukanya. huhuhu.... 


Bila dah habis susu, penat main baru dia nak tidur. Selagi tak penat memang susah la dia nak tidur dalam kereta. Ni kisah masa balik Kedah dari beraya kat kampung. Huhu... kak ngahnya asyik kena buli sahaja kat dia. hehehe... kesian kak ngah. 


Bila dah tidur aman skit rasa, sampai mak dia pun lena sama... kekeke..... penat la katakan... yuhuuuu.... Skang ni kalau malam saja dia nak terjun katil.... keliling katil la, saya letak bantal dan tilam.... lagi kita larang lagi dia seronok nak buat... Memamg mengucap sakan la saya.... Dah tutup lampu semua bagai pun dia nak main lagi. Mana la tak risau, kang jatuh tak tentu pasal.... 

Macamana ye you all kawal anak yang aktif boleh share dengan saya? 


1 comment:

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.