Al Jalil

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


41. AL JALIL
ALLAH Ya Jalil Yang Maha Mempunyai Keagungan dan Kesempurnaan, Maha kaya, Maha suci, Maha luas dan semuanya. Apabila sifat Al-Jalil mampu dilihat dengan mata hati akan nampaklah kecantikan dan keindahan ALLAH dan melahirkan suasana kekaguman yang luar biasa, akan membangkitkan kehairanan, ketakjuban dan penghargaan yang tidak terhingga sehingga tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Apabila keindahan ALLAH tersingkap, maka sifat Al-Jamil akan tersingkap dan seseorang akan merasakan kerinduan yang mendalam.
Penghayatan kepada Sifat Al-Jalil dan Al-Jamil akan mempamerkan budi pekerti yang luhur dan mulia kepada sesama manusia dengan kecantikan dalam dan luar. Menghayati Sifat Al-Jalil ialah kemampuan untuk merenung keagungan dan keindahan ALLAH melalui diri kita sendiri dan seluruh alam semesta ciptaanNYA.

BICARA HATI HAMBA
Allahumma Ya Jalil, sesungguhnya Engkau Maha Agong lagi Maha Sempurna. Seluruh keagongan dan kesempurnaan di alam buana ini milikMu secara mutlak. Engkau sempurna dari segi kekayaan, kebijaksanaan, keluasan, kehebatan, kekuasaan, kekuatan dan segala-galanya. Kami hambaMu yang dhaif dan penuh dengan kekurangan ini datang pada saat ini menunduk diri, merendah diri, menghina diri dengan penuh rasa kehambaan yang sangat tidak berdaya, bergantung dan bersandar kepada Mu Ya Jalil untuk apa jua keperluan hidup kami. Ya Jalil, ketika Engkau memberi kepada kami, kami dapat melaksanakan tugas sebagai khalifahMu, ketika Engkau tidak memberi, tiadalah daya kami sedikitpun. Ya Zohir Ya Jalil, nampakkan sentiasa pada pandangan matahati kami akan keagongan dan kesempurnaanMu dan kedhaifan serta kehinaan diri ini dan bimbing kami Ya Haadi untuk menjadi hamba dan khalifah sejati..

2 comments:

  1. hanya Dia yang memiliki kesempurnaan. Ya Rabb Al Jalil..

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.