Menu Berbuka: Nasi Arab Semudah ABC dengan Knorr dan Adela Memang Best

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Menu Berbuka: Nasi Arab Semudah ABC dengan Knorr dan Adela Memang Best / Allhamdulillah, Ramadhan 3, 1439H akhirnya dapat juga saya memasak untuk keluarga berbuka. Seronok bila dapat masak ni... hehehe.... Menu simple dan cepat sudah sebati dengan saya. Masak yang agak berat tapi sangat mudah. Nasi Arab ni bukan susah tau. Ini kali pertama saya cuba masaknya sendiri. Balik hari election minggu lepas mak saya cuba masak untuk kali kedua. Saya tanya resepi tolong apa yang patut. Resepi ni makcik saya yang ajarkan. Bahan-bahannya sangat la mudah, tak perlu nak fikir banyak rempah dan segala bagai.


Sehari sebelum puasa saya beli beras basmathi di kedai student foreigner di UUM. Kalau nak musim puasa saya suka beli kurma kat kedainya. Apa bahan masak, masakan arab kat kedai dia semua ada..... Masa pregnant kat baby Jannah saya beli minyak zaitun kat kedainya. Dah lama kat UUM saya tak berapa tahu kewujudan kedai ni tapi bila dah sama-sama student postgrade lepak buat tesis sesama kat library mereka ler yang ceritanya.


Back to the story, bahan-bahannya sangat mudah tau....
Beras basmathi (1kg)
Daging setengah kilo / ayam seekor
6 ulas bawang merah saya guna yang besar / 10 biji kalau kecil
4 / 6 biji bawang putih
Rempah 4 beradik
Buah tomato sebiji dihiris halus
Jintan Manis (2 sb)

Beras basmathi 1kg, cuci dan toskan.


Daging (1/2 kg) terpualang nak guna daging atau ayam. Daging saya rebus dahulu dan stok airnya guna untuk masak.


Bawang Besar (kunig) separuh, kalau bentuknya kecil boleh guna sebiji, bawang merah 6 ulas, bawang putih 4 ulas (dimayang), tomato saya guna sebiji (di hiris halus), rempah 4 beradik (bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.


Yang ni siap dihiris dan dimayang


Apa yang penting adalah jintan manis yang rempah macam dalam gambar kat bawah ni tau, bukan jintan manis yang serbuk. Jintan manis ni guna 2 sudu besar.


Jintan manis ni guna 2 sudu besar, dan ditumbuk


dan jangan ketinggalan chichen stock knorr yer, saya guna 3 sudu


Untuk menumis pula saya guna adela 4 sudu besar dan minyak masak. Nak guna minyak zaitun lagi digalakkan. Saya tak suka guna minyak sapi sebab ada bau sikit, tapi terpulang pada citarasa sendiri juga... kalau nak guna minyak sapi saya cadangkan guna 2 sudu sahaja. 




dan juga buah kismis dan gajus untuk hiasan

Cara-caranya:
Masukkan adela dan minuak masak, tumiskan bawang, rempah empat beradik, agak kegaringan masukkan jintan manis yang ditumbuk dan masukkan stok daging, masukkan tomato dan kemudian daging.... dan jangan lupa bila mendidih boleh masukkan chicken stock knorr memang hebat. 


Warnanya kekuningan, bila dah mendidih tu boleh la masukkan beras yang telah ditoskan. Opppsss... sebelum terbuka kalau u all guna ayam, biar ayam tu masak 3/4, dan boleh la angkat separuh ayam tu untuk di goreng. 


Contohnya kalau you all guna seekor ayam, separuh boleh diasingkan untuk digoreng dan separuh lagi dibiarkan di dalam nasi... Memandangkan saya guna daging, saya masukkan semua dalam nasi. 


sukatan air tak perlu banyak, nanti kang lembik pula tau.... Ikut dalam gambar ni saya, tambah lagi secawan air, biar ia sedikit tenggelam berasnya. Kemudian biarkan sehingga masak. Bila air tu mendidih kita masuk beras cepat jer ia masak tau. Dalam gambar ni disebabkan saya tambah lagi secwan air kena tunggu ia didih dulu... Boleh tutupkan peiuk anda. Kalau nak guna rice cooker pun boleh. Dan u all ada pressure cooker lagi senang. Bila dah hampir masak boleh la nak masukkan kismin dan gajus... Saya guna kismis sahaja sebab tak ada buah gajus... hehehe





Tu diaaa dah masak 
Sambal Lada 

Saya guna cili besar, gula (1 sb), bawang besar dimayang, tomato hiris halus


Cili besar u all blend jer dengan gula dan knorr 1/2 sk, siap! dah siap masukkan tomato dan bawang besar


Ulaman
Saya guna, timun, tomato, daun salad, daun Coriander. 
Daun coriander ni masam daun sup tapi jangn tertukar lak!


Kalau nak buat sup pun boleh, sebab saya masak pukul 6 setengah nak berbuka pukul 7 dan siap. Kul 5 baru p beli bahannya, tak payah la saya pikir nak buat sup... Berbuka jer dengan apa yang hadaaaa.... kekeke.... Saya kata cepat! Memang cepat, tak guna pressure cooker pun cepat sebab, tumis tu kejap jer bila semua bahan dah siap, bila dah mendidih masuk jer beras, air kering, SIAP!


Tapi nak cakap betul ni tau memang sedap sangat, bertambah saya makan.... Encik dady duk puji jer, so boleh cuba, bahan-bahannya memang simple sangat. Rasa marbelessss sangat-sangat dengan knorr memang best tak jemu tau dengan guna adela menyerikan masakkan anda.

Boleh cuba!

Allhamdulillah....





6 comments:

  1. Wahh sedap tu kak..nanti nak cuba la

    ReplyDelete
  2. Macam teringin nak buat jee...chicken stock pon dah ada ni...okehhh...nexttt

    ReplyDelete
  3. ya allah. mudah napok peseng tu. hahahahah. nk buat jugok eyh weekend ni

    ReplyDelete
  4. Bestnya nasi arab. Bulan puasa ni tak buat lagi menu ni. Boleh difikirkan nanti

    ReplyDelete

Powered by Blogger.