Marhaban Ya Ramadhan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Marhaban Ya Ramadhan / Allhamdulillah. Kembali kita betemu Ramadhan Al Mubarak 1439H. Kini sudah 2 Ramadhan. Di manakah Ramadhan kita? Bagaimanakah Ramadhan kita? Pertanyaan yang harus saya fikir kan. Bagaimana Ramadhan saya tahun ini. Adakah sama seperti tahun-tahun sebelum ini. 


Allhauakhbar
Sebelum melanjutkan penulisan ini, belum terlewat rasanya, saya mengucapkan Marhaban Ya Ramadhan buat semua pembaca saya yang dikasihi. Mohon maaf saya utarakan jika penulisan saya sebelum ini ada menyinggung dan membuatkan pembaca saya terguris. 

Saya mahu kongsikan beberapa pengetahuan serta ilmu yang saya dapati dua hari sebelum Ramadhan di majlis ilmu. Apay yang dikongsikan oleh penceramah adalah huraian Surah Al-Baqarah ayat 183 - 187 yang Allah swt menyariatkan dan menjelaskan tentang ibadah puasa. 

Ibadah Puasa Ramdahan Kasih Sayang Allah SWT
Ibadah puasa telah difardhukan oleh Allah swt pada tahun ke2 Hijrah. Walau bagaimanapun sebelum itu, umat Islam telah diwajibkan puasa pada 10 Syaaban dan juga puasa Nabi Daud. Namun, kasih sayang Allah swt kepada umat Nabi Muhammad saw, telah mensyariatkan puasa Ramadhan selama 30 atau 29 hari. Ini adalah kerana umat baginda saw adalah mempunyai jangka hayat yang pendek berbanding kaum terdahulu. Dan dengan kasih sayang Allah swt juga telah mengurniakan kepada umat baginda saw satu malam yang penuh rahmat bersamaan 1000 bulan iaitu malam lailatul qadar. 

A183
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
A184
(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.
A185
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
A186
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoakepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
A187
Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.

Sumber: Mysurah

3 huraian penting dalam ayat-ayat di atas:

Lima ayat ini menjelaskan tentang ibadah puasa yang mesti dilaksanakan oleh umat Islam. Segala hukum hakam, ganti puasa bagi mereka yang uzur (golongan tua) serta wanita haid juga diterangkan dengan jelas bagaimana untuk mengkhadarkan puasa.

Selain itu dalam ayat tersebut juga menerangkan tetang bagaimana waktu untuk suami isteri bersama ketika bulan Ramdahan dan waktu larangan bersama. 

Apa yang penting dalam ayat tersebut juga menyatakan tentang iktikaf di masjid semasa Ramadjhan, kebaikan dan juga larangan semasa beriktikaf. Sesungguhnya iktikaf itu sangat lah besar pahalanya bagi golongan lelaki dan tidak diwajibkan kepada wanita. Jika dapat melakukan iktikaf sepuluh malam terakhir tanpa keluar daripada masjid dan sebolehnya keluar selepas solat sunat hari raya amatlah besar ganjaran di akhirat kelak. 

Konklusi
Semoga Ramdhan kita kali ini membawa erti yang bermakna sebagai seorang hamba dan dapat membantu kita menjadi hambaNya yang bertaqwa. 

InsyaaAllah.





No comments

Powered by Blogger.