Product Review

[Product Review][bleft]

Jom Jalan

[Jalan-jalan][bsummary]

Allhamdulillah Settle PTPTN dengan JanjiNya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Allhamdulillah Settle PTPTN dengan JanjiNya / Allhamdulillah, tertunai janji hanya Allah Yang Maha Besar. Ye, saya ni pelajar tak sedang-sedang jer, tak la nak berapa nak pandai. Dengan izin Allah walaupun keputusan peperiksaan tak berapa nak bagus janji lepas syarat dapat jua saya melangkah ke Ijazah Pertama 18 tahun yang lepas. Fuhhh... lamanya. Dengan diberi pinjaman pengajian daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Masa saya register sebagai pelajar, pada ketika itu 1 Ramadhan 2000, surat tawaran pinjaman PTPTN ini sudah disediakan. Saya hanya mencari nama saya pada surat-surat perjanjian yang banyak itu sahaja, bawa pada pegawai buka akaun, cop ibu jari dan sebagainya. Dalam 3 hari juga la saya terpaksa settlekan PTPTN ni di UiTM dulu. 


Al kisah ----->>> Mana Hilangnya PTPTN Saya? Ye, la duk syok bayar PTPTN tetiba hilang dari radar, kena hi jack ke saya keliru. Saya cuba call PTPTN namun, sukar menembusi talian ketika itu, membuatkan saya feed up terus saya ignore. 

Sehinggalah, dah masuk tahun 2016 pengkhiran tahun kalau tak silap, baharu muncul kembali kes PTPTN saya ni. Mereka emel pada saya baki tunggakan..... haduihhhh menyeramkan..... 2017 saya mula naik dari angin. Jarang saya naik angin ni..... terus call! aippppp dapat lak! Banyak soalan dan persoalan yang saya ajukan. Last sekali pengakhiran tahun lepas, saya pergi sendiri di pelajat PTPTN Tunjung semasa balik kampung bertanyakan kes saya. Baru clear! pegawai bertugas pun baik dan lembut jer layan saya. Kalau tak, nak naik angin lagi pasal ni.... hehehe....

Menifesto Pakatan Harapan?
Dengan susunan Allah swt, sebelum PRU saya membuat permohonan melangsaikan baki tertunggak. Allahmdulillah, kelmarin semua settle. Cuma tunggu bulan depan untuk dapatkan surat settlement hutang PTPTN ni. 

Saya buat permohonan bayar sebelum PRU, lepas PRU kes PTPTN ni diperbesarkan, dalam manifesto Pakatan Harapan untuk melangsaikan hutang PTPTN bagi pendapatn 4k ke bawah. Saya juga di bawah katagori yang sama. Dan saya tak tahu pun hal PTPTN ni ada dalam mana-mana manisfesto parti bertanding. 

Dengan waras saya berfikir hutang itu wajib dibawar oleh si pemiutang, apa pun akan disoal kelak. Dengan logik akal adakah orang nak bayar hutang kita secara langsanm yang bertahun lamanya kita hutang walhal tiap bulan ada sahaja interestnya. Sedangkan kita berlapang dada mengharapkan bantuan tersebut setelah sedap kita menggunakannya?

Saya cuma bertanya?

Apa pun aturan Allah sememangnya hebat! tepuk dada tanya iman. Allhamdulillah 

Salam Ramadhan.






9 comments:

  1. Bukan tidak perlu bayar , tp bila gaji suda mencapai 4k ke atas..maka wajib lah kita bayar hutang tersebutt... kak shaz x habis bayo lg ni ha...

    ReplyDelete
  2. confirm ke lunas PTPTN kalau gaji bawah 4000?

    ReplyDelete
  3. kalau mampu bayar je. kalau belum mampu tunggu sampai mampu dulu. ada banyak cara nak selesaikan hutang dengan ptptn. tak nak bayar tu bukan pilihan. kena byr tp fkir la cara mana yg sesuai dengan kita.

    ReplyDelete
  4. Pada husniey bayar je yang mana mampu, jangan tertangguh.. Alhamdulillah kak sheila terlepas dah satu beban tu..

    ReplyDelete
  5. Syukur bab PTPTN kak Sheila dah selesai...alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah kak.. saya pun dah lama langsai bayar ptptn ni. Mula-mula bayar sebab malas nak dengar officemate membebel hehe berkat dia membebel juga timbul kesedaran nak settle kan semuanya cepat-cepat. Sekarang alhamdulillah, bukan dia je yang settle kita pun sama

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah
    saya pun dah settle bayar ptptn 2 tahun lepas...
    rezeki bayar langsam dapat jimat duit dalam 1 ke 2 sem macam tu sebab diskaun
    hehehe

    ReplyDelete
  8. manifesto tinggal manifesto kak,yang tiada dalam manisfesto dilaksanakan dulu contohnya tukar kasut hitam,hehe apa2pun tahniah kak,akhirnya ...saya suka orang yg berprinsip berhutang tetap kena bayar,tak macam org lain,bila hutang wat tak tahu sahaja

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.