Product Review

[Product Review][bleft]

Jom Jalan

[Jalan-jalan][bsummary]

3 Sebab Kenapa Ramadhan Kita Tidak Sukses

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



3 Sebab Kenapa Ramadhan Kita Tidak Sukses / Entry peringatan tuk diri sendiri yang lemah. Pejam celik, puasa sahur puasa berbuka dah melangkaui 7 Ramdahan. Di manakah Ramadhan kita sejak 7 hari ini? Adakah sudah melalui jalan menuju kejayaan? atau pun adakah sama seperti tahun-tahun sebelumnya. 



Sememangnya kita hambaNya yang lemah, sedikit pun tidak ada daya upada melainkan semua dayanya. Malah nak belek Al Quran pun tak mampu jika tidak disusunkan dengan dayaNya Al Baarik. Di sini saya mahu kongsikan 3 sebab kenapa Ramadhan kita tidak berjaya? Sama juga diri saya ni yang lemah dan entry ini adalah pengalaman saya yang daif ini. Berjaya dengan erti kata Ramadhan sebagai mendidik kita menjadi hambaNya yang bertaqwa yang mana seperti yang Allah swt berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 183: 


Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.


1. Hawa Nafsu
Selalu dibelenggu oleh hawa nafsu. Sebelum Ramadhan lagi dah mula mencari-cari kelengkapan raya. Mahu cantik dan bergaya dihari lebaran. Tak raya lagi dah kalah dengan segala bagai promosi,,,, nak juga tengok apa yang di promokan apa yang murah? pastu dah tengok wah... murahnya mula la nafsu membeli nak beli itu dan ini. 


2. Bisikan Syaitan
Bila dah tengok murah, nafsu membeli pun ada mula lah dibisikkan oleh syaitan prmosi ni, "Belilah, cantuk tu, murah tu. Rugi kalau tak beli pasni mesti susah dah nak dapat harga tu"..... hhhmmmm.... itu peranan syaitan promosi ni..... Dek jiwa yang lemah akhirnya terperdaya juga dengan bisikan syaitan ni. 


Sama la juga nak khatam Al Quran 30 juzud. Dah hari ke7 ni, "takpa lambat lagi, Ramdhan kan sebulan boleh lagi cover. Jom masak dulu, blogging dulu, tengok kan page view dah turun kalau tak publish entry".... "jom ler lepak kat facebook dulu", walaupun bulan mulia ni iblis dah dibelenggu, tapi jangan salah faham, dibeleggu atau diikat. Namun syaitan ni mampu lagi hembuskan bisikan mereka pada manusia. Kalau tak bulan yang mulia ni tak ada la orang tak berpuasa dan berbuat dosa.


3. Berhala Dunia
Berhala dunia di bulan Ramadhan sangat banyak terutama makanan dan pakaian. Dah plan nak makan itu dan ini, Nak makan di mana? Kecantikan dan kemewahan berhari raya, dari rambut hingga ke kaki harus lengkap dan cantik untuk lebaran. Tengok sahaja baju cantik, kasut, hadbang, tudung yang pelbagai semua rasa nak. Kelengkapan keluarga semua nak match dan sebagainya. Hinggakan raya sampai 5, 6 pasang itu kira sikit la. Sebab rayakan sebulan. hehehe.... Itu belum lagi rumah yang nak cantik. Bukan tuan sahaja nak cantik di lebaran rumah pun mahu juga cantik untuk pengunjung datang. Apa pun luruskan niat! 


Dengan 3 asbab inilah membuatkan Ramadhan kita tidak berjaya membantu dan mendidik hati dan membawa roh kita kembali ke fitrahNya dan menjadikan kita hambaNya yang bertaqwa seperti mana surah Al Baqarah ayat 183. Konklusinya sama la Ramadhan kita dengan tahun-tahun yang lepas.

Bagaimana Untuk Mengatasinya?
Boleh gunakan kaedah ini ------->>> Penyucian Hati

InsyaaAllah belum terlewat, sama-sama kita mendidik hati dan mendidik jiwa dan menjadikan Ramdhan sebagai universiti terbaik membentuk seorang hambaNya yang bertqwa.

p/s: peringatan untuk diri sendiri dan hasil pengalaman lepas saya. Semua gambar dari sumber google.






7 comments:

  1. tq sharing, sangat bermanfaat..:)

    ReplyDelete
  2. Takut PC kak...kadang kita anggap hal kecil....tapi bila diabaikan merosakkan Ramadhan tanpa sedar...itu yang selepas habis Ramadhan semua sama tiada perubahan pada diri...Allahu.Moga Allah terima ibadah kita semua..

    ReplyDelete
  3. ruginya kalau sekadar dapat lapar dahaga

    ReplyDelete
  4. Nice sharing.. . Sama2 muhasabah diri..

    ReplyDelete
  5. perkongsian yang bagus
    semoga dapat menghadapi 3 cabaran ini pada Ramadan kali ini :)

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.