Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018 / Allhamdulillah..... selamat kembali Sheila, hehehe.... wish tuk diri sendiri dek selalu sibuk agar tak putus semangat blogging. Buka jer fb nampak segmen HH.... wow... cam menarik jer... saya klik dah cuna baca dan faham apa syaratnya. Menarik sangat! Syarat yang dikenakan juga mudah, ye la dah nak masuk bulan Ramadhan mesti banyak azam kan... teutama untuk mempebanyakkan ibadah.

IsyaaAllah.... azam saya tahun ni ialah:

1. Memperbanyakkan solat sunat.
Jika tahun-tahun lepas, Allhamdulillah solat terawih mampu saya laksanakan cuma ada la tertinggal 2, 3 hari kalau tak silap tahun lepas. Saya hanya mampun buat sendirian di rumah. Harapnya tahun ni saya boleh boleh di surau. Walaupun masa tu baby Jannah baru berapa bulan, dengan karenah baby Jannah masa kecil tu dia suka menangis sampai tak terkejar huru-hara juga saya jadinya. Allhamdulillah, kini baby Jannah dah setahun lebih, Ramadhan kali ni saya mahu concentrate pada perkara sunat di samping yang wajib. Apa yang penting target saya nak solat tahajjut selagi mampu solat tak mahu saya tinggalkan tahajjut. 

2. Nak Khatam Al Quran
Tahun lepas saya tak khatam dibulan Ramadhan saya sempat khatam sebelum baby Jannah lahir. Ramadhan tahun lepas baby Jannah baru 2 bulan lebih, sebab saya ingat lepas raya puasa saya masuk kerja selepas 3 bulan cuti bersalin. Kini pengajian saya baru di juzud awal. Semoga dipermudahkan untuk saya kkatam.... 

3. Masak makanan sendiri
hehehe.... dah bertahun lamanya saya tak masak properly masa bulan Ramadhan. Ramadhan saya di tempat kerja, sibuk di perpustakaan... Ramadhan 2 tahun lepas, saya dan rakan-rakan sibuk di library, masuk jer asar kami sama-sama ke pusat Islam solat berjemaah. Keluar dari masjid ambil bubur lambuk dan lepas tu singgah cafe beli lauk tuk berbuka. Saya akan beli lauk untuk berbuka dan sekali dengan sahur. Kat rumah saya hanya masak nasi putih sahaja. Lagi pun halangan utama, husband saya tak bagi saya masak. Katanya kos masak sendiri lagi banyak daripada beli. Ye la kat cafe UUM tu makanan semua murah. Memangs ejak saya kerja situ Allhamdulillah, belum pernah kena cirik birik dan sebangainya. Makanan untuk berbuka dan sahur paling mahal saya beli sekali dengan kuih muih RM20... Kalau tak budget harian saya bawah RM16.... murah sangatkan.... tapi tu la, memang tekak saya ni dah redha, hingga kan tak tahu nak makan apa yang ada saya makan jer la dek en husband tak bagi masak..... hehehehe..... alasan kedua dia tak bagi saya masak sebab, saya sibuk dengan pengajian saya. Tak payah nak masak katanya. kuikuikui..... InsyaaAllah tahun ni kalau tak masak lauk pun saya teringin nak buat onde-onde sebab tesis saya dah siap, satu daripada alasan tu dah settle dan satu lagi alasan beli kat cafe UUM tu, tahun ni student mula cuti sem sebelum puasa, so cafe semua tutup.... saya dengar P.Islam akan buat pasar Ramadhan, tapi ye la kan harga dan sedap dan bermutu kualiti, tentu x tak sama dengan kat cafe UUm yang saya dah biasa beli dan makan... ermmm... so dua alasan boleh settle la tuk saya masak sendiri kat rumah..... hehehe..... lagi pun kami jarang makan kat luar. Tahun lepas kami tak langsung berbuka di luar sebab baby Jannah masih kecil kan... dan saya lak dah berapa tahun rasanya 4, 5 tahun dah tak jejak ke pasar Ramadhan. Hanya husband saya sahaja yang ke pasar Ramdhan beli kuih dan air.... InsyaaAllah..... semoga dipermudahkan.

4. Duit Raya
Duit raya tuk mak ayah. Allhamdulillah, tahun lepas hasil blogging saya dapat bagi duit raya pada mak ayah saya. Syukur sangat. InsyaaAllah nak continue juga tuk tahun ni... Memang la bulan-bulan saya bagi tapi duit raya tu lain macam skitkan feelnya kalau bagi mak ayah.... InsyaaAllah...

5. Bertadarus
Saya ni tak pernah tau masa bulan puasa bertadarus. Saya pun tak tahu kat mana tempatnya. Life saya kat UUM masing-masing sibuk kerja walaupun saya full time student kat USM Penang. Walaupun saya tiap hari solat di P.Islam, tapi tak ada yang bertadarus masa bulan puasa di sana. Semoga tahun ni Allah buka peluang dan tunjukkan jalan untuk saya join tadarus Al Quran beramai-ramai.....

Cepat-cepat join shabat ku, tarikh akhirnya 29 April 2018. Sematkan azam terbaik kita tuk Ramadhan kali ni... InsyaaAllah semoga Allah permudahkan azam kita semua.... 


3 comments:

  1. insyaAllah. kak sheila print planner yg yuni hntr tu. smoga bermanfaat !

    ReplyDelete
  2. Eh! eh! eh! yang no 3 tu samalah kita hehehehe...
    Semoga terlaksanakan semua azam-azam tu

    ReplyDelete
  3. Semoga terlaksana semua azam sis.. Selamat bersegmen juga ye..

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.