Product Review

[Product Review][bleft]

Jom Jalan

[Jalan-jalan][bsummary]

QuranHour Surah Luqman : Pembuka Jalan Kesempitan Bijak Dalam Kehidupan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah.... 
Sembilan hari bercuti, hari ni hari keempat bekerja.... Ahad dan Isnin dua hari lepas, saya sangat longlai masuk ke pejabat. Lemah sangat rasa diri, ntah kenapa energy dan kesihatan yang tak memuaskan. Apa pun allah jua Yang Maha Menyusun. Kembali aktif semalam bila masuk ofis melihat jam di hp belum pukul 8 selepas hantar anak-anak ke sekolah. Ternampak ada reminder di hp, kelmarin ada quranhour. Terus bergegas ke Pusat Islam. Sepagi di sana. Yang saya tak sangka.... Dalam dua hari yang longlai, ada bebarapa ayat Al Quran yang saya kenal. Hari Isnin saya belajar satu ayat daripada surah Al Ahzab ayat 32 yang membuatkan terkesan di hati saya dan juga surah At Tawbah. Bila balik saya terfikir-fikir ayat itu. Dek kala kelonglaian kelemahan, kepenatan diri saya, saya mula membelek surah At Tawbah untuk menaikkan energy diri yang longlai.

Selasa 27 Mac 2018
Semasa #QuranHour, surah Luqman dialunkan dan bertabur tentang maksud surah tersebut yang dihuraikan oleh Ustaz Fazrul Ismail Ketua Pegawai Penyelidik Modul Rumah Ngaji. Majlis Quran Hour ini dirasmikan oleh Mufti Negeri Kedah iaitu Yang Berbahagia Dato' Syeikh Fadzil Haji Awang.




Dalam mentadabur surah Luqman, Ustaz Fazrul mengemukakan empat soalan tentang surah tersebut tapi akal cetek saya ni hanya ingat dua sahaja.  Saya kongsi apa yang saya ingat, sebab tak catat masa dalam ceramah tersebut. Soalannya ialah, i) bagaimana untuk menjadi ibu bapa yang bijak? ii)  iii)  iv) apa perbezaan berita akhbar dan Allah Al Kaabir....

Jawapan Soalan Pertama
Bagi soalan pertama, jawapannya adalah persediaan untuk mereka yang belum berkahwin dan juga ibu bapa nak jadi bijak dalam mendidik anak-anak. Tanda ibu bapa bijak adalah mengawal emosi, sebagai contoh emosi marah. Ibu bapa yang bijak takkan marah anak-anak sepahkan rumah dan sebagainya, Malah ibu bapa yang bijak mampu menukarkan emosi negatif kepada positif, nampak yang baik-baik sahaja. Apa yang penting ibu bapa yang bijak sentiasa bersyukur atas ketemtuan Allah ke atas anak-anak. Walau bagaimana pun perangai anak-anak ibu bapa yang bijak akan cakap "Allhamdulillah" anak saya ada di rumah walaupun rumah saya bersepah atau anak-anak saya selalu bergaduh. 

Allahu

Rumah saya la tu selalu bersepah! anak-anak saya la ni selalu bergaduh!

Mampukah kita menjadi ibu bapa yang hebat?
InsyaaAllah, semua orang mampu menjadi ibu bapa yang hebat apabila mengambil dan menjadikan pegangan ayat Al Quran sebagai landasan dan ikutan serta turutan hidup. Kata Ustaz Fazrul lagi, kalau tak percaya bertadabur lah dengan Al Quran sejam setiap hari, ambil peganglah ayat Al Quran itu sebagai pegangan hidup tiap hari. InsyaaAllah, perkara luar jangka akan berlaku apabila kita mengikut Al Quran dalam setiap perlakuan dan tingkah laku kita.

Rentetan Hari Isnin dan Ahad Yang Longlai
Ahad, ada satu kisah hidup hamba Allah, yang Dia angkatkan menjadi terkesan pada saya. Manakala, hari Isnin, ayat 32 surah Al Ahzab yang terkesan di hati saya.... yang membuatkan ia saling terkaitan selama tiga hari ini. 

Surah Al Ahzab Ayat 32:
32. Wahai istri-istri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kamu bertakwa[3]. Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara[4] sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya[5], dan [6] ucapkanlah perkataan yang baik.

Ya Allah, saya bukan isteri dan perempuan yang di samping Nabi. Di samping suami pun belum tentu ini kan pula di samping Nabi saw. Yang mana perempuan di samping Nabi itu adalah perempuan yang bertaqwa.... sedangkan saya hamba yang lemah. Lemah dengan segalanya. 

Ayat ini juga memberi rentetan kisah seorang hamba yang Allah angkat darjatnya di hari kematiannya apa yang saya tengok kisahnya pada hari Ahad yang longlai.... Arwah diangkat darjat di hari kematiannya kerana seumur hidupnya mengorbankan sebagai seorang remaja demi untuk mengabdikan diri kepada Allah swt ke jalan keredhaan. 

Sedangkan saya, nak itu, nak ini, nak makan itu, nak makan ini. Penuh dengan nafsu! Banyak lagi dunia melekat di hati. Sedangkan orang yang bertaqwa itu, sikitpun tidak dikerumumi nafsu. Apa yang dibuat hanya nampak hebat Allah, tiada langsung hebat diri. Sentiasa rasa diri hina, Allah Yang Maha Agong Lagi Maha Besar!

Jawapan Soalan Keempat
Berbalik pula soalan keempat dalam surah Luqman. Allah Yang Maha Besar beza dengan akhbar. Berita di akhbar sangat cetek hanya ditulis apa yang berlaku dan tak ada tulisnya apa yang akan berlaku. Namun, Allah Yang Maha Besar ini lagi Maha Mengetahui, Dia tahu apa yang akan berlaku. Buktinya isi Al Quran dinyatakan apa yang akan berlaku kelak. Itu lah tanda kebijaksanaan Allah, manusia sedikit pun tak ada kebijaksanaan itu. Malah kita, sedikit pun jangan merasa bijak dengan apa yang kita miliki walaupun ada pangkat dan belajar tinggi. Kita tidak mampu mengetahui perkara ghaib dan siapa jodoh kita, bila kita akan mati dan sebagainya. Itulah tanda kebesaran Allah Ya Kabir dibandingkan dengan ceteknya akal manusia di surat khabar. 

Hina Di sisi Allah
Mampukah kita merasa hina di sisi Allah atau manusia? Mungkin boleh kita merasa hina di sisi Allah tapi mampu kah kita merasa hina di sisi manusia. Bak kata Ustaz Fazrul lag, manusia ada ego. Ego akan membuatkan manusia sukar merasa hina di samping makhluk lain. Walaupun sudah dinyatakan dalam ayat-ayatNya surah Luqman ayat 18,

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri".

.....memang sukar nak buat perkara ini, siapa yang rasa dirinya hina daripada makhluk lain? mampukah kita? walaupun sudah dijawab oleh Allah swt dalam ayatNya. 

Ustaz Fazrul menyambung, 
kita merasa hina di hadapan makhluk lain, tidak semestinya kita hina di sisi Allah swt. Allah Lagi Maha Mengetahui hati kita. Selagi kita menghinakan diri selagi itu Allah akan jaga kita, Allah akan melindungi kita daripada sikap hina manusia lain kepada kita. Malah, Allah swt akan sentiasa memelihara kita daripada hinaan manusia untuk kita. InsyaaAllah.....

Allah Ya Alim
Allah itu Maha Mengetahui, seperti mana ayat pertama surah Al Baqarah, Alif, Lam, Mim.... diulang kembali pada ayat pertama surah Luqman.... hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui akan maksudnya.... Kita harus yakin Allah Yang Maha Mengetahui segala hal, apa yakin apa yang kita buat hanya untuk mengabdikan diri kepadanya, dan yakin hikmahnya sangat tinggi. Sepertimana arwah hambaNya yang ditinggikan darjat ketika meninggal dunia itu... 

Mampukah Menghinakan Dunia 
Hanya satu jalan sahaja untuk dekat dengan Allah swt, solat! melakukan segala suruhanNya, dengan mengambdikan diri kepadaNya, meninggalkan dunia hanya untuk mencari redhaNya. Ramai yang bercanggah pendapat dengan kenyataan ini. Namun, ini adalah hakikatnya! Mampukah saya yang lemah ini? Allah kata dunia ini hina di sisinya. Dek diri yang lemah ini, menggagungkan dunia. Tengok itu... wahhhh..... tengok ini, wahhhhhahaha..... hebatnya! tiada yang hebat selain Allah jika mata ini dikaburi dengan dunia. Kata orang tak boleh tinggalkan dunia. Kita perlu dunia untuk hidup. Macamana nak makan kalau tak ada duit? Macamana nak cantik kalau tak ada duit? Macamana nak pandai kalau tak ada duit? Duit bukan segalannya tai duit perlu untuk segalanya.....

Ini ego yang selalu bermain di benak kepala! ye ka..... bagaimana mereka itu yang Allah mengangkat darjatnya. Mereka juga meninggalkan dunia untuk mengabdikan diri kepada Allah, berjuang ke jalan Allah... itu sangat saya cemburui. Di kala saya yang lemah tak mampu nak mengikutinya..... Namun, hanya doa dan doa yang mampu saya utuskan kepadaNya....

Bahagia?
Dengan dunia, bahagiakah kita? Kata Ustaz Fazrul lagi, ramai orang susah gaji kecil RM750 keje jaga, anak ramai namun bahagia. Tapi, ada billionaire duit banyak bunuh diri. Adakah dunia (duit) indikator kepada bahagia? Adakah duit boleh buat kita betul-betul bahagia? Ada jawan ye, dan ada jawab tidak. Itu terpulang pada diri dan iman kita, mana yang kita lihat mana lebih penting atau tidak. 

Natijahnya, apa yang di sampaikan dalam surah Luqman kelmarin, adalah jadikan Al Quran amalan dan ikutan kehidupan seharian. InsyaaAllah akan selamat daripada api neraka..... yakinlah dengan Allah, InsyaaAllah, allah akan menolong mereka yang berjuang ke jalanNya..... Allah akan membuka setiap jalan yang tertutup dengan ajaibnya. 

Semoga kita semua dilindungi Allah swt dan sentiasa berada di landasan yang tepat dalam redhaNya... Wallahualam....






2 comments:

  1. alhamdulillah..pengkongsian yg bagus

    ReplyDelete
  2. Allahu...terima kasih kak perkongsian...nak mengecilkan nafsu itu perjuangan....moga Allah bantu kita.

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.