Dugaan Menyiapkan Tesis

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Allhamdulillah... Salam Sabtu, hari ni baru ok sikit. Allhamdulillah... sejak hari Khamis pergi USM, kejap saja jumpa penyelia saya ambil tesis yang dikirimkan oleh penyelia kedua saya kepada penyelia pertama. Katanya "kesian you terpaksa tiap minggu datang" tak apa la prof! 

Dah siap ambil saya call husband duk mana. Kat tempat biasa la katanya.... kejap je jumpa? ye la nak ambil tesis je.... bincang kejap dengan penyelia pertama saya apa yang dicadangkan oleh penyelia kedua untuk baik pulih lagi tesis saya! Dengan tegas saya explain pada penyelia saya tentang penggunaan teori yang dicadangkan oleh penyelia kedua. Dia boleh terima sebab saya! 




Do It Again!
Allhamdulillah, tapi banyak pula yang penyelia kedua saya komen, "do it again, up to you, do it again up to you" sedikit sebanyak membuatkan saya berfikir panjang. Apa yang harus saya buat?..... dengan mengambil kira masa kritikal saya! pekerjaan saya yang nak kena terminate ni, memang down la sikit bila balik dari USM tu... Kelmarin, seharian saya tak buka latop. Saya bersyukur penyelia pertama memahami keadaan saya.. Katanya "kalau nak tambah lagi bila boleh hantar" "bila nak hantar?" saya kata kalau saya siap buat pembetulan yang ni, minggu depan saya hantar! Kenapa sebelum ni tak komen panjang lebar banyak-banyak? 

Nak kena do it againnnn, saya terpaksa swap lagi kad kredit yang dah banyak guna tuk petrol tiap kali ke USM tu, tuk renew lesen software untuk analisis semula dapatan kajian saya, re write itu sangat mengambil masa yang berminggu-minggu. Ia satu kekangan dari segi kewangan..... Saya pun dah tak berapa ingat dah berapa kali saya buat semula, tulis semula tesis saya. Dah banyak sangat dah saya buat semula. Saya kena bertegas apa yang saya buat kali ni. Sebab masa viva saya juga yang kena defend apa yang saya buat. Penyelia-penyalia saya tak boleh nak masuk campur. Saya dah tak mampu nak jadi pak turut. Saya dah kena tawalkal dah..... Dah setahun lebih saya buat pembetulan tesis ni selepas hantar 1st draft. Dah beranak pinak dah saya nie.... hehehe... Baby Jannah pun dah hampir setahun. Tesis belum submit lagi. 


Aturan Allah
Apa pun tak apa la, ini semua urusan Allah dan aturannya buat saya..... mungkin Allah nak bagi saya kekuatan untuk semua ni. Sebab saya ni memang la jenis lurus bendul apa orang cakap saya ikut. Mungkin kali ni Allah nak ajar saya supaya pertahankan diri. Pertahankan apa yang saya buat jika ia betul go on.... Mungkin Allah juga nak ajar saya yakin dengan diri sendiri. Hanya saya yang faham apa yang saya buat. Ya Allah kuatkan semangat saya dalam apa jua keadaan pun.... Dekatkan saya dengan Mu.... Apa lagi yang saya mampu katakan untuk diri sendiri, selain dari SABAR! SABAR dan SABAR kan..... :)

Ujian Memberi Rahmat
Apa jua Allah bagi ujian dah sesuai dengan kitakan. Kita jer rasa susah sebenarnya Allah kata itu lah yang terbaik tuk kita. Esok harus memulakan pembetulan buat terakhir kali.. Hopefully. InsyaaAllah dengan izinNya. Rasa cam nak p jogging esok pagi dah berminggu-minggu tak pergi! rasanya dah sebulan kot. Mengeluarakan angin-angin stress yang ada dalam badan ni... hehehe... bagi segar skit! sebelum memulakan pembetulan seterusnya. 

Allhamdulillah.... 

Apa pun, saya doakan para pembaca saya semua berada dalam sejahtera dan diberkati hendakNya... Amiiinnn.... 






8 comments:

  1. SEMOGA ALLAH MEMBERI ILHAM UTK MELAKUKAN PEMBETULAN TESIS DGN LBH SEMPURNA...MMG SUSH NK CAPAI KEJAYAAN YA SHIELA HATI MSTI TEGAR N YAKIN...

    ReplyDelete
  2. Salam.. InshaaAllah moga segalanya berjalan lancar kak.. :D

    ReplyDelete
  3. MashaAllah kagumnya dengan sis. Kitaorang yang students still bawah tanggungan parents,single, takyah ulang alik pun still malas nak study, siapkan assigntment & thesis *menangis* Semoga Allah permudahkan semuuuuuuuuuuuuuaaaaaaaaaaa urusan sis! Goodluck! jgn give up <3

    ReplyDelete
  4. Insya Allah segala usaha keras tu akan mendatangkan hasil yang kita sendiri tak sangka...ameeennn

    ReplyDelete
  5. Ya Allah kak sheila, kita takut baca bila kena tolak banyak banyak kali dengan sv ni. Takut nak hadap untuk tahun-tahun akan datang. semoga Allah mempermudahkan urusan kak sheila ye. Ameen.

    ReplyDelete
  6. In Sha Allah
    pasti boleh punya
    ada hikmah semua yang terjadi :)

    ReplyDelete
  7. semoga Allah permudahkan urusan sheila..aamiin

    ReplyDelete
  8. bila baca entri sheila ni macam agak meremang nak sambung study , rasanya dah cukup rasa qanaah dalam diri. Serah pada Allah semua. biasalah sv kejap tanya itu ini nak tengok kita yakin ke tak dengan apa yang kita buat.. huu

    semoga dipermudahkan urusan shiela nak siapkan tesis .

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.