Aku Tiada Berdaya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Aku Tiada Berdaya / Rentetan, entry saya di SINI. Tadi saya menghubungi penyelia kedua saya menanyakan pandangan apa yang saya perlu buat.... Katanya sepatutnya dari awal saya buat sebegitu. Saya ni lurus bendul, orang berkias saya tak faham. Fikir punya fikir apa yang harus saya buat? tanya dengan terang, baru dapat jawapannya. Nasib baik dia bagi jawapan. Ya Allah, saya terima dengan redha. Terpkasa juga saya membuat semula analisis saya, menulis semula dari bab 3 sehingga bab 6... Mana yang boleh diselamatkan, selamatkan! mana yang kena tulis semula kena buat semula.... 


Expired
Lesen software yang saya guna untuk analisis sudah expired. Terpaksa swap juga! nak buat macam mana? nak tak nak terpaksan jua saya terus kan sehingga ke garisan penamat. Sedih sangat. Dengan kekangan saya ini, duit dan masa. Nak menulis perlu ada kekuatan bukan nak main tulis, semua fakta. Penulisan ilmiah bukan seperti penulisan blog. 

Sabar Itu Indah
Apa pun saya terima dengan redha, Saya tak tahu apa akan berlaku kemuadian. Saya lulus atau gagal dalam pengajian ini? Lulus dengan berapa lama pembetulan? Malas sudah saya nak memilirkannya! Tentang perkerjaan saya yang nak kena terminate pun! yang penting nak submit tesis ni saja. Saya dah cukup penat! penat sangat-sangat! apa yang boleh saya katakan selain sabar!

Bukan Milik Saya
Mana nak ada daya saya semua ni! langsung tiada berdaya melainkan semua milikNya.... Ilmu ini pun bukan milik saya. Tiada apa yang milik saya semua milikNya. Lagi banyak saya belajar lagi hina terasa diri, besar sungguh keangungan milikNya.... 

Allahuakhbar!

Terima kasih memberikan saya rasa ini, situasi ini, rintangan ini. Jika ini yang ditentukan saya redha. Saya buat yang terbaik dengan izinNya.

Allhamdulillah....




4 comments:

  1. semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  2. Insyallah setiap kesukaran pasti ada jalan penyelesaian

    ReplyDelete
  3. Ye sabar itu Indah. Semoga dipermudahkan ye

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.