Tak Kisah Dipandang Kedekut Bersedekah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

senyum juga sedekah



Tak Kisah Dipandang Kedekut Bersedekah / Allhamdulillah. Syukur dengan nikmat kasih sayang Ya Rahman Ya Rahim. Allhamdulillah.... sedekah ikut mampu! satu topik yang biasa didengar dan umumnya diketahui sebagi Muslim kita hendaklah mengamalkan sedekah. Namun sedekah yang bagaimana? Secara jujur susah saya perkatakan di sini.... 

Walhal ada yang mengatakan pada diri sendiri "saya bukan seorang yang berduit". Adakala terpaksa juga kais pagi makan pagi, kais petang makan petang walapun bergaji bulan. 

Apa yang diberikanNya, sudah cukup dan memadai kerana ketentuanNya adalah benar! walaupun tak mampu nak bermewah dengan itu dan ini dan memberi sedekah terutama pada teman yang dekat. Ada sesetnegah orang lebih selesa apabila sedekah itu tidak diketahui orang. Selagi apa yang ada di dalam beg duitnya dia menghulurkan mana yang mampu. Jika tiada wang untuk didermakan, lalu dapat juga mengerahkan tulang empat kerat mencari di mana ada surau untuk dikemaskan dan dibersihkan. Jangan berfikir panjang untuk bersedekah!

Kedekut Nak Sedekah
Ada orang tak mampu nak memberi lebih dari kemampuan yang ada kepadanya. Dia lebih sanggup dianggap kedekut untuk bersedekah di hadapan sahabat sebab tidak yakin sedekah itu ikhlas atau tidak bila dilaksanakan di hadapan hamba Allah yang lain. Apa yang diamal jika tiada wang ringgit setiap hari ketika memandu menuju ke tempat kerja boleh juga mendoakan pemandu lain atau sesiapa pun yang dipandang dan terpandang, sama ada orang itu senyum mahu pun tidak disedekahkan syurga untuk mereka. InsyaaAllah, dengan sedekah itu membuatkan hati menjadi tenang. Tanpa memikirkan balasan makhluk. Bersedekahlah dengan niat!

Ada juga yang bersedekah di cafe kerana lebih senang memberikan sedekah pada malcik dan pakcik cleaner sedang membuat kerja dengan memasukkan duit di dalam saku mereka dan terus berlalu. Cara sedekah pelbagai yang boleh diaplikasi sama ada mahu atau pun tidak sahaja. 

Walaupun tidak banyak duit, kerana duit itu rezeki Allah semuanya.... namun, metod lain yang boleh dilakukan walaupun bukan sedekah kepada kawan teman yang dekat, boleh bersedekah pada orang lain. Jangan riasu diperkatakan! sebagai kedekut nak bagi sahabat dan teman, kerana Allah Maha Mengetahu. Jangan pula segan kepada sahabat dan teman yang sentiasa memberi sedekah, sebab Allah dah susun yang terbaik di mana? pada siapa? yang harus disedekahkan.  

Ada juga yang lebih selesa bersedekah di tabung masjid dan anak-anak yang tak kenal datang singgah ke masjid iu juga saluran bersedekah. Bersedekah itu rutin Baginda SAW

Biarkan dikatakan kedekut untuk bersedekah secara bersemuka, kerana apa yang dilakukan hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Apa yang penting jangan lokek bersedakan dan ukur baju di badan sendiri. 

Allhamdulillah




14 comments:

  1. Betul tu jangan lokek jangan kedekut..
    Beri yang mampu sudah cukup

    ReplyDelete
  2. Setuju...banyak cara boleh dilakukan untuk bersedekah..ada teman dan saudara mara tanya PC...kau tak pernah bersedekahkah..kerana PC dan En Suami belum dikurniakan zuriat..dan bagi PC .. sedekah itu TIDAK PERLU diwarwarkan..ditunjuk atau dipemer..cukup niat kemudian lakukan,Malaikat mencatat Allah SWT melihat.Balasan kepada setiap sedekah itu tidak semestinya zuriat..rezeki dan nikmat Allah itu tersangat luas.Yang masih sempit anggapan sesetengah orang sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. janji Allah tahu apa yg kita buat ye PC... semoga PC dipermudahkan kurnian zuriat.... Aminn

      Delete
  3. abe kie bagi sedekah biar pun sedikit.

    ReplyDelete
  4. betul. x kisah la nak sedekah berapa pun. dah nama pun sdekah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... sedekah biar ikhlas, tak pa la sikit ke byk allah Yang Maha Menghitung kelak

      Delete
  5. banyak atau sedikit sedekah tu, yang penting ikhlas :)

    ReplyDelete
  6. Banyak cara untuk kita bersedekah. Cuma nawaitu tuh kenalah ikhlas kan.

    ReplyDelete
  7. kan!walaupun sedikit, nilai tu sama besar dengan orang sedekat juta-juta. asalkan niat kita betul.

    ReplyDelete
  8. setuju,,
    tak semestinya bersedekah tu kene beri pada pengemis
    kadang belanje kawan2 pon dikira sedekah
    yang penting niat kita tu kene ikhlas
    assalamualaikum
    salam kenal
    ayu dah join
    done follow

    http://hidayuayumie.blogspot.com/

    ReplyDelete

Powered by Blogger.